MM56

3.1K 164 3
                                    

Sebulan dua minggu sudah pun berlalu , hari gelap adel ketika berada di hospital selama seminggu sudah pun berlalu dengan baik dan hari rabu pada tarikh 19/9 merupakan hari yang istimewa bagi semua rakyat jelata Spain dan kerabat di-raja.

Dewan utama istana yang berada tidak jauh dari istana sudah tersergam indah dan mewah. Dewan istana yang bertemakan white and gold membuatkan  dewan itu lebih mewah dari sebelumnya.

Keluarga kerabat di-raja yang bergelar puteri memakai gaun berwarna violet blue manakala yang bergelar putera pula memakai tuxedo hitam dan adel sudah semestinya memakai gaun berwarna white blue.

Dalam masa 30 minit , pertabalan akan dijalankan. Adel yang sedang berada dalam bilik makeup dengan juruhias makeupnya sedang membetulkan solekan di muka adel.

Ketukan pintu membuatkan adel tersentak , Tengku Arrel dan Tengku Nalicia masuk serentak dan serta-merta senyuman menghiasi muka adel.

"How beautiful my little princess" kata Tengku Nalicia membuatkan adel automatik bangun dan memeluk Tengku Nalicia. Tengku Nalicia membalas pelukan adel dan mengusap lembut belakang badannya.

"Mummy , daddy and your brother will always support you princess. Don't be nervous , just smile" adel menganggukkan kepalanya , beban dan rasa gemuruh sebentar tadi sudah melayang jauh apabila dengar akan kata-kata sang mummy tersayang.

"Thank you mummy"

"Welcome princess , mummy keluar dulu"

Sebaik sahaja Tengku Nalicia melangkah keluar dari bilik solek , Tengku Arrel yang berdiri belakang adel melihat adel dengan muka yang sukar ditafsirkan.

"Kenapa tengok adik macam tu ? Tahulah cantik kan" adel gelak perlahan dengan kata-katanya. Tengku Arrel hanya senyum nipis. Dia tak tahu macam mana nak bagitahu. Bertambah pelik adel dengan Tengku Arrel.

"Did you have anything to say at me ?" Tengku Arrel menggeleng berserta senyuman lalu mengusap rambut adel perlahan.

"Goodluck my little princess" adel senyum. Tengku Arrel berlalu keluar dari bilik makeup tersebut. Tinggal 10 minit sahaja sebelum pertabalannya. Adel melihat mukanya dicermin sekilas lalu membetulkan mahkotanya.

Dewan istana sudah dipenuhi dengan keluarga kerabat di-raja dan beberapa keluarga yang rapat dengan Tengku Aqash dan Tengku Adam. Luar dewan yang penuh dengan bodyguard serta memegang pistol masing-masing di sisi tangan.

Tengku Adam dan Tengku Nalicia menyambut tetamu dengan senyuman manis. Keluarga yang dinantikan oleh Tengku Adam sudah datang dan membuatkan senyuman Tengku Adam lebih lebar.

"Tahniah adam untuk puteri kesayangan kau" Tengku Adam senyum sambil menepuk bahu si dia. "Terima kasih haydan , mana anak-anak kau ?"

Tengku Haydan menoleh ke belakang untuk melihat anak-anaknya yang baru turun dari kereta.
Muka aryan tanpa senyuman membuatkan Tengku Adam melontarkan soalan kepada Tengku Haydan.

"Kenapa dengan aryan tu haydan ?"

"Tak tahulah , cuba tanya. Aku pergi dekat isteri aku dulu ya" Tengku Adam mengangguk serta senyum.

Sebaik sahaja aryan masuk ke dalam istana , dia disambut dengan mesra oleh Tengku Adam. "Kamu tak sihat ke aryan ?" Aryan senyum kelat. Tak nak datang , tapi kena juga sebab mama dah belikan tiket.

"Masuklah aryan , nanti kita cakap pasal adel ya" Tengku Adam senyum manis manakala aryan senyum kelat. Macam mana nak cakap pasal adel kalau adel dah berpunya , uncle ?

"Mama"

"Aryan , uncle nalicia tanya pasal kamu ni"

"Ya auntie ?"

"Kamu dengan adel macam mana ? Hubungan kamu berdua serious kan ?"  Tersentak aryan dengan soalan Tengku Nalicia. "Kami berdua tak ada apa-apa hubunganlah auntie" perlahan sahaja suara aryan.

"Tapi dua tiga hari ni adel asyik cakap pasal kamu" aryan yang mahu melabuhkan punggungnya terus mengangkat muka melihat Tengku Nalicia.

"Tak apalah , nanti kita cakap lagi dengan adel ye" aryan hanya senyum nipis. Tengku Rayhana yang duduk sebelah aryan menyiku tangan abangnya.

"Nak apa ?"

"Kata adel dengan darl"

"Manalah achik tahu. Jangan cakap pasal dia , achik tak nak harap apa-apa dah" Tengku Rayhana menjelingnya sedangkan dalam hati dia gembira sebab dia tahu hakikat yang sebenar.

'She still love you'

*****

"Our gorgeous princess , Princess of Tengku Adam Park , Tengku Adelina Natrah Park"

Pintu dewan dibuka , semua mata tertumpu pada puteri ke-9 Spain. Lensa kamera tidak berhenti daripada mengambil gambar adel.

Mata aryan juga tertumpu ke adel. Muka yang dirinduinya selama ini , muka yang ingin ditatap selama mungkin namun apakah daya , adel milik orang lain.

Sampai sahaja di atas pentas , adel sudah sedia untuk membaca ikrar . Selesai sahaja selesai membaca ikrar adel duduk dikerusinya  dan matanya meliar untuk melihat sekeliling dan tepat sekali mata adel dan aryan bertembung. Baru sahaja aryan ingin mengalihkan pandangannya , adel senyum. Aryan terkedu.

Pertabalan dilancarkan dengan Tengku Aqash menyentuh bahu adel dengan menggunakan sebilah pedang dan juga meletakkan mahkota diatas kepala adel.

Selesai sahaja bergambar satu keluarga , adel turun dari pentas tersebut bersama abang-abangnya. "Adik abang nampak cantiklah" puji Tengku Arrel sambil meletakkan tangannya di bahu adel. Adel senyum.

"Buat apa along puji girl , tengok hidung dia dah kembang dah tu" adel menjeling Tengku Arriz yang berada di sebelah kirinya.

"Adik sini sekejap" panggilan Tengku Nalicia yang berada di meja keluarga Tengku Haydan membuatkan adel automatik memandang Tengku Arrel.

Dengan berat hati , adel melangkah juga ke arah mummynya. "Ya mummy , kenapa ?" Aryan yang sedang melihatnya membuatkan adel bermain dengan tangannya.

"Kamu dengan aryan ada masalah ke ?"

Kepalanya bagai dipukul. Adel dan aryan terkejut , tekedu , terkaku di tempat masing-masing.

"Tak mummy kami tak ada masalah"

"Dahtu kamu berdua ada hubungan kan ?" Adel dan aryan tersentak dengan soalan sama yang diberikan oleh Tengku Nalicia dan Tengku Raulya.

"Adel dah ada—"

"Haa , aryan dan adik ada hubungan lebih dari kawan" adel segera memotong kata aryan. Kata adel membuatkan Tengku Nalicia dan Tengku Raulya senyum.

Aryan melihat adel terkejut namun adel hanya mengeluh dan melihat muka aryan. Tengku Arrel dan Tengku Arriz yang dengar kata adel juga turut terkejut.

'Jadi maksudnya adik akan bagitahu aryan ?'


















Hello guys ! I'm sorry 🥺❄️

















Done ✔️💯
Vote and comments🦋






















Stay tune to next chapter 💚

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now