MM77

2.6K 146 6
                                    

Redkiller dan carmonara berpakaian serba hitam begitu juga adel dan aryan. M-17 dan CZ 74 disisipkan di pinggangnya. Aryan melihat adel yang begitu bersemangat. Tangannya menyentuh bahu adel. Adel melihat aryan tidak berperasaan.

'Dia ... dah keluar'

Wanita itu melihat pintu markasnya yang tertutup rapat. Topi berwarna merah diambil dan dipakai. Amar melihat bosnya. Dia ingin menghalang namun dia tidak ingin melukakan perasaan bosnya.

"Attention. In a few minutes , redkiller and carmonara will be —"

Tolakan pintu markas yang kasar membuatkan blackrose melihat ke arah pintu. Wanita itu kawal riak apabila melihat aryan berada di sebelah adel. Senyuman sinis dilemparkan.

"Welcome my beloved guest especially aryan" Kata-kata yang dilemparkan membuatkan adel melepaskan tembakan ke arah satu konco blackrose yang berada di hadapan mereka. Aryan melihat adel terkejut.

"Wow ! Aku tak rasa kau adel" Wanita itu senyum sinis begitu juga adel. Adel jalan setapak ke hadapan dan membuatkan aryan automatik memegang tangan adel.

"Get off" Aryan melepaskan tangan adel perlahan-lahan. Nick dan carl mengeluh serentak. Apakan daya , sisi adel langsung tidak kenal belas kasihan.

Aryan melihat konco wanita itu dan ternampak muka yang agak biasa dilihatnya. Amar menundukkan pandangan dari aryan namun aryan pasti itu amar. Tak mungkin amar bekerja untuk wanita ini ?

"You such a bit*h" Ujar adel dengan tepat ditepi telinga wanita itu. Wanita itu menjeling adel. Dia cuba untuk menampar muka adel namun adel dapat menangkap tangan wanita itu dari hinggap di pipinya.

"This situation is familiar ..." Wanita itu menepuk pipi adel perlahan dan mengarahkan konco-konconya untuk menyerang redkiller dan carmonara.

Wanita itu mula menyerang adel dahulu. Bahu adel menjadi sasaran tumbuk. Adel memegang bahunya yang pernah dijahit disebabkan wanita dihadapannya. Adel menumbuk perut wanita itu dengan kuat. Wanita itu mengundur lalu melihat adel tidak puas hati.

Dalam pergaduhan yang berlaku antara dua kumpulan mafia , aryan mencari amar untuk mengetahui maksud disebalik kejadian ini. Rambut amar yang berwarna blonde membuatkan aryan senang untuk mencari amar. Aryan menarik tangan amar dan membawa lelaki itu keluar dari markas tersebut.

"Wey lepas , aku kena tengok bos aku"

"Explain to me Amar Daron" Amar mengeluh perlahan sebelum menceritakan kenapa dia bekerja sebagai setiausaha blackrose dan sebagainya.

"Wait , you mean this girl is —" Tembakan bertubi-tubi dari dalam markas membuatkan dua lelaki ini masuk ke dalam dengan tergesa-gesa. Adel melepaskan tembakan hampir ke semua konco blackrose.Aryan dan amar tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

"And again I'm impressed" Tepukan wanita itu memenuhi mansion tersebut. Suasana yang tegang tidak mengganggu wanita itu untuk mengejek adel.

"Tell me , kenapa kau susah payah nak bunuh aku and kau siapa ?!" Jerkahan adel membuatkan wanita itu senyum sinis. Luka yang berada di tepi pipinya membuatkan wanita itu menyelitkan rambut depannya ke belakang telinga.

Adel melihat wanita itu tajam. Rasa ingin tahu ideniti wanita dihadapannya membuak-buak. Adel berjalan setapak ke hadapan dan menolak topi yang dipakai wanita iu sehingga jatuh topi tersebut ke lantai. Adel kelu. Bibir pinknya menjadi pucat.

"Ki—Kiara ?!" Kiara senyum sinis. Dia mengelilingi adel berserta pisau ditangannya. Aryan melihat situasi tersebut dengan lebih dekat. Dia berasa tidak sedap hati dengan tindakan kiara.

"Kau blackrose ?" Soal adel kasar sambil melihat kiara dengan tajam. Kiara gelak sinis. Satu hirisan pisau itu hinggap di lengan kiri adel. Darah yang mengalir keluar dihiraukan manakala aryan berasa panik namun dihalang oleh nick. Dia hanya mampu berdoa agar adel selamat.

"Aku blackrose but the real is I'm daughter of blackrose" Ujar kiara dengan penuh rasa dendam.

"You mean Luna Greek ?" Nada adel yang sinis membuatkan kiara ingin menikam adel di perutnya namun adel dapat tahan pisau itu dan menggenggamnya. Darah jatuh ke lantai setitik demi setitik. Aryan yang berada di tepi amat risau dengan keadaan isterinya.

Dengan sedaya upaya adel menarik pisau itu dari pegangan kiara. Pisau jatuh di tangan adel dan membuatkan adel mengahalakan pisau ke muka kiara. Pipi kiara calar buat kali kedua.

ZAP

Kiara memegang pipinya. Kesan darah di tangannya membuatkan dia menumbuk perut adel dengan kuat. Adel berundur ke belakang. Aryan berlari ke adel. Bahu adel dipegang. Adel melihat aryan dengan matanya yang berkaca.

"Abang , please" Aryan menggeleng. Dia tidak kuat untuk melihat isterinya. Mahu sahaja dia menarik adel keluar dari mansion tersebut.Aryan mencium dahi adel. Tangisannya pecah begitu juga adel. Suara tawa kiara membuatkan pasangan itu melihat kiara.

"Sedihnya drama depan aku ni. It's okay aryan , after adel mati kau ada aku" Serta merta mata adel bertukar biru gelap. Amar mendiamkan dirinya. Dia terasa dan kecewa.

Pemukul besi yang berada di sebelahnya di ambil dan jalan dengan laju ke kiara. Satu pukulan kuat dibelakang badan kiara. Kiara jatuh terduduk. Dia melihat adel dengan tangisannya.

"Kenapa kau bunuh parents aku ? Kenapa ?!" Esakan kiara kuat. Adel memukul kiara sekali lagi dengan kuat. Kiara sudah mengalah. Dia tidak mampu melawan.

"Bangun" Mata biru gelap adel melihat kiara tajam. Kiara mendongak melihat adel. Tangisannya menjadi kuat. Aryan datang dekat ke adel lalu memeluk adel dari depan namun adel menolak aryan. Pemukul besi diangkat tinggi. Adel senyum sinis manakala kiara memejam rapat matanya. Dia tidak kisah jika itu takdirnya.

"Jangan !" Amar menghalang adel. Adel melihat amar tajam. Aryan bangun dan cuba untuk memeluk adel.

"Sayang ... abang tahu sayang ada" Adel memejamkan matanya. Mata biru cairnya kembali semula. Dia melihat kiara dan amar yang berada dihadapannya. Aryan mengusap pipi adel.

Esakan kuat kiara menarik perhatian adel. Amar memeluk kiara. Bertambah kuat tangisan kiara. Tangisannya dilepaskan dibahu amar seolah-olah dia menceritakan semuanya kepada amar

"I killed your parents because its their fault. That's enough" Adel berlalu untuk keluar dari mansion blackrose namun adel jatuh pengsan dan penuh dengan darah dibadannya. Ditambah pula darah yang keluar dari hidungnya.

"Sayang !"

"Adel !"

"Girl !"












Vote and comment
Done ✔️💯











Hello readers ! This is me again , your beloved author >< so here mafia only . Have a nice day <3

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now