Malangnya lelaki di sebelah aryan mempunyai pisau lalu menikam aryan dengan menggunakan pisau. Darah dari tepi perut aryan keluar dengan perlahan-lahan. Aryan rebah di lantai. Tangannya memegang perutnya yang mengeluarkan cecair berwarna merah.
Adel melihat aryan lalu mendekatinya. Adel memegang tangan Aryan "Please stay" Aryan senyum nipis dengan membalas pegangan tangan adel.
Hanya ada dua sahaja lelaki yang tinggal. Mereka berdua gelak kuat kerana mereka dapat laksanakan arahan bos mereka. "PADAN MUKA KAU !" Jerit lelaki yang dari tadi . Mungkin dia ketua mereka.
Adel melihat mereka. Dia mengepal penumbuknya. Adel melihat aryan. Mereka berdua turut memegang tangan antara satu sama lain. Dengan tiba-tiba keseluruhan mata adel bertukar menjadi biru gelap.
Aryan yang perasan akan perubahan mata adel hanya senyap kerana dia tahu akan sisi adel yang lagi satu sudah keluar. Adel bangun tanpa berkata apa-apa dan berdiri dihadapan lelaki itu.
"Kau dah bangunkan aku , devil sight. That means no more sympathy" Tanpa membuang masa adel mengambil dua pisau yang berada di tepi kakinya lalu menikam mereka berdua dengan serentak tanpa belas kasihan. Darah tidak memercik ke baju adel.
Adel mengeluarkan isi perut lelaki itu. Aryan yang melihat akan perkara itu tidak percaya kerana dia sendiri tidak pernah mengeluarkan isi perut sesiapa.
Adel pergi ke aryan. "This is not literally adel , aryan" kata adel dengan tenang tapi aura devilnya dapat dirasai . Mata biru gelapnya masih menguasai adel maksudnya itu bukan adel . "Can you bring her back ?" Soal aryan perlahan dengan penuh harapan. Matanya yang kuyu ditambah pula dengan kesakitan di perutnya.
"No . Aku tak boleh. Hanya orang tertentu sahaja" balas adel tanpa secalit senyuman dimukanya . Mukanya begitu tegang. Tangan kiri aryan yang bersih tanpa cecair berwarna merah memegang pipi adel.
"Adel , I know you still there , please. I need you"
Mata adel tertutup dan matanya perlahan-lahan bertukar menjadi asal seperti sediakala. Aryan melihat mata adel dan dia mengukirkan senyuman. "You here" kata aryan sebelum matanya tertutup.
"Aryan ! Aryan !" Jerit adel lalu mengambil telefonnya untuk menelefon Nick dan ambulans. Adel melihat tangannya dan terdapat luka. Darah dari lengan adel masih keluar. Adel hanya mampu menahan dan mengabaikan sahaja kesakitan itu .
3 minit kemudian , Nick sampai dahulu berbanding ambulans. "Bersihkan lelaki-lelaki ni" tanpa banyak kata , Nick dan budak-budaknya mengalihkan jasad yang sudah tidak bermaya.
Nick mengambil kesempatan untuk mendail nombor Tengku Arrel dan beritahu keadaan adel dan aryan. Dengan tergesa-gesa , Tengku Arrel menaiki motorbike dan memecut terus ke Hospital Park Medical.
Dalam ambulans , adel memegang tangan aryan penuh erat. "Please stay" tanpa dipinta, adel menitiskan air mata. Air matanya masih tidak berhenti walaupun mereka sudah sampai ke hospital.
Luka pada lengan adel yang terkena pisau dihiraukan , dia lebih mementingkan aryan pada waktu ini. Aryan dilarikan ke ER untuk menerima pembedahan. Adel tunggu di luar. Adel duduk di kerusi yang disediakan lalu menangis sambil menekup tangan ke mukanya.
Tengku Arrel yang baru sampai terus memeluk adel. Adel membalas pelukan Tengku Arrel dan membuatkan tangisannya lebih kuat. "Along , macam mana ni" kata adel dalam tangisannya. "Ni semua salah adik !" Adel menyalahkan dirinya.
YOU ARE READING
Iloveyou Miss Mafia
Fanfiction[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...