MM38

3.3K 187 6
                                    

"Aku kata bunuh dia ! Bukan cederakan dia je !" Jerkah wanita itu sambil menolak kepala lelaki yang berada dihadapannya. "Ta .. tapi bos, saya dah tikam perut dia" balas lelaki dihadapannya perlahan. Kepalanya ditundukkan. Tidak berani untuk mengangkat kepala.

"Setakat tikam macam tu je !!" Jerit wanita itu lagi. "Get out now !" Lelaki itu keluar tergesa-gesa tanpa menoleh ke belakang. Wanita itu menolak semua barang yang berada di atas mejanya.

"Tengku Adelina Natrah . Aku tak akan bagi kau bahagia walaupun dengan sesiapa. Kau tak layak !"

Gambar adel dan aryan dipegangnya. "I wouldn't let you happy with this man , adel" gambar itu direnyukkan lalu dicampak. Wanita itu mengambil telefonnya lalu mendail orangnya.

"Ye bos"

"Cari Tengku Aryan ada dekat mana and one more thing Tengku Adelina"

"Easy bos"

"Kalau adel suka aryan , target aku sekarang cuma aryan ataupun .... aryan jadi milik aku" senyuman sinis dilemparkan.

*****

Adel dan Tengku Arrel memasuki markas. Tengku Arrel duduk di sebelah nick manakala adel duduk dihadapan nick. "Nick" nick mengangkat mukanya apabila namanya dipanggil oleh adel.

"Oh ha. Aku dapat tangkap sorang daripada 7 orang tu" mata adel bersinar apabila ayat tersebut menyentuh gegendang telinganya. Tengku Arrel melihat adel. Nampak sangat dah , adel dah jumpa 'mangsa' .

"Where he is ?"

"Bilik bawah tanah"

Adel langsung bangun dan jalan terus ke bilik bawah tanah. Nick dan Tengku Arrel mengikuti adel yang mungkin sudah sampai ke bilik bawah tanah.

Adel membuka pintu bilik tersebut lalu menghempas pintu itu dengan kuat. Lelaki itu melihat pergerakan adel. Adel berdiri di hadapannya sambil memakai glovenya yang berwarna hitam.

"K .. kau nak buat ap .. apa ?!" Tergagap lelaki itu apabila melihat adel mengasah pisau dihadapannya. Betul-betul dihadapannya. "Kau rasa aku nak buat apa ?" Senyuman sinis dilemparkan oleh adel.

Adel mencangkung dihadapannya lalu memainkan pisau itu dipipi lelaki tersebut. Lelaki itu menutup matanya akibat rasa pedih dipipinya. Adel menekan pisau itu di pipinya. Darah berjujuran jatuh.

"You look like cry but with blood"

"Kau fikir dengan cara macam ni aku akan buka mulut ?"

Adel menyuruh Nick untuk mengikat lelaki tersebut di kerusi. Senang sikit dia nak buat 'kerjanya' . Nick menarik lelaki tersebut dengan kasar. Cara halus dia tak nak ikut , cara kasar je berjalan.

"You know what ? Aku tahu kau memang tak akan buka mulut kalau aku berlembut dengan kau. So better aku terus tunjuk belang aku kan"

Adel pergi ke meja yang terdapat pelbagai peralatan untuk mengajar musuhnya. Satu-satunya yang menarik perhatian adel ialah kapak. "Kau nampak ni ?" Adel menunjukkan kapak yang sudah berada di genggamannya.

Adel memandang lelaki mata itu. Tepat. "Pandang mata aku bila aku bercakap !" Jerit adel dihadapan mukanya lalu menarik rambut lelaki itu sehingga dia terdongak ke atas. Dia menutup matanya. Dia tidak berani untuk memandang tepat ke anak mata adel.

Mata biru cair Tengku Adelina Natrah mampu mencairkan sesiapa sahaja , begitu juga mata biru cairnya mampu menikam musuhnya.

"Kau tak berani nak pandang kan ?!" Jerit adel. Lelaki itu mengangguk walaupun kepalanya masih terdongak ke atas. "Siapa suruh kau serang aryan ?!" Adel melepaskan rambut lelaki itu kasar.

Senyap. Tiada jawapan.

Adel menghayunkan kapak itu di pahanya. Jeritan lelaki itubergema di bilik bawah tanah. Adel mengeluarkan semula kapak itu dari pahanya. Darah mengalir keluar. Tiada langsung senyuman di muka adel. Aura evil girl terasa.

Adel menjatuhkan kapak itu disisinya. Adel mengambil pisau yang dicampaknya sebentar tadi. Adel pergi ke belakang lelaki itu lalu membongkokkan dirinya untuk berbisik kepadanya.

"Tell me now" bisikan adel di tepi telinganya membuatkan dia berasa seram sejuk. Lelaki itu menggeleng. Tanpa kata , adel menikamnya di perut dari belakang. Sama seperti mereka buat terhadap aryan cuma dari belakang. "Arghhhhh" darah memenuhi lantai.

Bajunya sudah dipenuhi dengan cecair merah. Bau hanyir yang kuat langsung tidak menganggu adel untuk meneruskan kerjanya. Dia cuma nak tahu siapa yang suruh dia buat , itu pun susah ke nak bagithau ?

Adel berdiri dihadapannya lalu menampar lelaki itu. Kuat. Tengku Arrel dan nick yang melihat tamparan tersebut terasa . Seperti mereka pula yang ditampar. "Kuat woi adel" Tengku Arrel senyum.

"Dah kena banyak macam ni pun kau tak nak bagitahu ?! Nak aku tunjuk senjata rahsia aku ?" Lelaki itu terkulai lemah. Tidak mampu untuk melihat adel yang berada dihadapannya.

Adel memandang nick. Nick menekan butang merah. Serta merta dinding berwarna kelabu dihadapan ternaik ke atas lalu akuarium yang sebesar dinding berada dihadapan mereka.

"You want see moly ?" Lelaki itu mengangkat kepalanya apabila perasan akan adel yang melihatnya. Buaya sebesar 6.5 meter berada di hadapan mereka. Adel melihat reaksi lelaki itu.

"Aku ... bagitahu" Adel melihatnya. Pipinya yang sudah calar , pahanya yang luka besar , perutnya yang kena tikam , takkan still tak nak bagitahu ? Setia setia nak pergi mana ?

"I'm lie" ujar lelaki itu lalu gelak. Begitu sinis bagi adel. Tengku Arrel yang melihat itu dapat meneka bahawa adel akan buat lebih. "Kau !" Adel menampar buat kali kedua. Dan adel menikam di perut lelaki itu buat kali kedua. Adel tikam lebih dalam.

"Black ... rose .."

Adel dapat rasakan yang sisinya lagi satu akan keluar lalu Adel membuka glovenya serta duduk di sebelah Tengku Arrel. "Along , sisi adik" tersekat-dekat bicara adel. Baju mafianya yang penuh darah dihiraukan. Tanpa banyak kata Tengku Arrel memeluk adel.

Tengku Arrel beri arahan kepada Nick untuk membersihkan mayat lelaki itu dan menyimpan semula moly. Tengku Arrel melepaskan pelukannya. Ya , hanya Tengku Arrel dan Tengku Arriz sahaja mampu hilangkan sisi tersebut.

Tapi bagaimana pula dengan aryan ? Tengku Aryan Kyle Lee. Kejadian dia Glatic Mall tempoh hari.
















































Vote and comment 🌸
Done 💯✔️

































Guys , adel ada moly lah ! 🐊

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now