MM23

3.8K 196 4
                                    

"Mama ! Achik dah ada bakal isteri !" tanpa salam , hana terus masuk ke rumah. Aryan yang dengar jeritan hana , kelam kabut masuk ke rumah.

Tengku Raulya yang dengar jeritan anak perempuan bongsunya yang baru balik dari Korea beristighfar panjang . Perangai menjerit dia masih tidak hilang . Ingatkan kalau duduk dengan nenek dia selama sebulan , hilanglah sifat menjerit itu . Tapi tidak.

"Waalaikumsalam" perli Tengku Raulya sambil bercekak pinggang. Hana menggaru kepalanya yang tidak dibaluti apa-apa. "Assalamualaikum!" sengaja hana beri salam kuat .

"Mama tahu tak . Achik tu dah ada bakal isteri" beritahu hana seperti budak kecil. Aryan yang ingin berjalan ke arah mamanya untuk bersalam , terus pandang hana tepat . Dia ingatkan topik tu hana dah tak nak cakap. Rupanya topik tu masih hidup ya.

Tengku Raulya pandang aryan pelik ." Kamu bercinta dengan siapa ?" tanya Tengku Raulya . Aryan yang sudah berdiri disebelah Tengku Raulya menggelengkan kepalanya tanda tidak ada.

"Mana ada mama. Hana tu tipu je" jawab aryan tenang . Adeh , mama ni pun . Awat hang caya depa nu. "Anak mama yang bongsu tu kan kuat menipu. Jadi janganlah caya apa yang dia cakap" kata aryan lagi lalu beredar ke ruang tamu.

Tengku Raulya pandang hana ." Betul ma . Bukan bakal isteri , tapi makwe dia kot" yakin hana beritahu mamanya tentang adel . "Siapa ?" soal Tengku Raulya.

"Tengku Adelina . Puteri Spain . Cucu Raja Spain" beriya-riya hana . Seperti inginkan adel sebagai kakak iparnya. "Mama ! Achik dengan adel tak ada apa-apalah . Stop it" rengek aryan dari ruang tamu.

"Kalau ada apa-apa pun apa salahnya" jerit Tengku Raulya . Senang dia lihat muka masam anak ketiganya. Masam bagaikan cuka. "Jangan masam-masam lah muka tu ! Nanti Kak adel lari !" ejek hana pula .

"Mama , hana !" kali ini rengekan aryan lebih kuat . Mahu meletup dia nanti , cepat-cepat Tengku Raulya dan hana lari . Haihlah Tuan puteri , do you feel the same ? I don't think so.

*****

"Huk huk huk" terbatuk-batuk adel di markasnya. Siapa pula lah yang cakap pasal aku ni ? "Huk huk huk" lagi sekali adel terbatuk . Muka adel merah . Nick memberikan adel sebuah air botol mineral . Adel mengambilnya lalu meneguk sehingga air yang penuh sebentar tadi tinggal setengah sahaja.

"Kau ok tak ?" tanya Nick sambil matanya ligat memeriksa cctv yang menunjuk blackrose serang hendap redkiller ."Ok ok" kata adel dengan suara yang agak perlahan . Mungkin disebabkan batuk sebentar tadi.

"Adel , sini" panggil Nick untuk adel melihat apa yang dia nampak. Adel bangun lalu bergerak ke tempat yang diduduki Nick. "Ada apa ?" Adel tidak faham dengan apa yang nick ingin tunjukkan .

"Cuba tengok dekat box merah tu" kata nick . Adel melihat , lalu mengangguk. "Benda hitam yang melekat dekat box tu hidden camera . Black rose sengaja buat budak-budak lain cedera sebab blackrose nak kau turun padang" Adel mula faham . Bukan sikit ahli redkiller yang cedera , banyak .

"Kau nampak budak ni ?" tangan Nick menunjuk ahli blackrose perempuan . Adel mengangguk sebab dekat cctv itu hanya menunjukkan satu perempuan sahaja . "Dia tengah pandang cctv ni sambil senyum sinis . Look" kata nick lalu meng-zoomkan. Dengan jelas adel nampak senyuman sinis itu seperti sedang mengejek 'loser' .

Adel mengepal penumbuknya. Redkiller tidak akan selemah ini apabila tiada adel , tapi kenapa mereka terlampau lemah seperti .... ada sesuatu yang tidak kena.

*****

Staff-staff KV'sky masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan tergesa-gesa. Mesyuarat mengejut diadakan. Tentu sekali CEO KV'sky akan turun. 'Ni mesti sebab dana menurun' bicara hati kecil Alice.

Pintu bilik mesyuarat dikuak. Tengku Arrel masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan muka ketatnya . Staff-staff KV'sky berdiri tegak apabila CEO masuk ke dalam bilik mesyuarat. Suasana yang tegang membuatkan seseorang rasa gelisah dan takut.

"Siapa yang ambil duit syarikat ?" Tengku Arrel tanya seperti ada yang akan mengaku kesalahan. Senyuman sinis tidak pudar dari bibir Tengku Arrel. Tiada jawapan , tiada pengakuan . Senyap.

Di tangan Tengku Arrel terdapat sebuah fail berwarna kuning. Tengku Arrel buka . Dia tak baca lagi fail yang Amir bagi . Dia pun tak tahu lagi siapa yang ambil duit dana syarikat. Tengku Arrel membuka fail. Muka Tengku Arrel yang terkejut cukup untuk buat semua pekerja KV'sky

Tengku Arrel meletakkan fail kuning itu ke atas meja. Satu persatu muka pekerja KV'sky dipandangnya. "You guys know well me . I can be a good boss , but when you mess up with me . I'm a devil boss" Tengku Arrel berkata dengan nada keras. Semua staff KV'sky dalam ketakutakan . Bukan kali pertama mereka melihat renungan Tengku Arrel seperti sekarang .

"Dato' Daus, my room now !" sekali lagi nada keras dilontarkan berserta nama . Mungkin Dato' Daus kot ambil duit syarikat . Fikir semua staff KV'sky.

Tengku Arrel keluar dari bilik mesyuarat dan diikuti dari belakang . Muka Dato' Daus pucat. "Dato' , kenapa pucat semacam ni ? Dato' ada buat salah ke sampai takut macam ni sekali ?" Tengku Arrel dan Dato' Daus sudah berada dalam Office Tengku Arrel .

Dato' Daus setia berdiri dihadapan Tengku Arrel . Tengku Arrel tak percaya , Dato' Daus yang ambil duit syarikat. Mati-mati aku caya dia , sekali dia tikam belakang .Tua macam mana sekalipun , aku dah tak kesah . Dia ambil 2juta , banyak kot .

"Apa masalah Dato' ambil duit syarikat ?!" jerit Arrel . Nampak macam kurang ajar tapi nak buat macam mana . Tengku Arrel tengah naik angin.

Alice yang terdengar jeritan bossnya terhenjut sedikit bahunya . Bilik Tengku Arrel kalis bunyi . Sampai ke meja Alice dapat dengar suara Tengku Arrel yang lantang .

"Aku tak suka tengok syarikat kau maju sedangkan syarikat aku yang dah lama bangun jatuh sebab syarikat hanat kau !" jerkah Dato' Daus . Muka dia yang pucat tadi sengaja di buat-buat . Dia memang dah lama pasang niat untuk ambil duit syarikat Arrel .

Tengku Arrel senyum sinis . "Dato' fikir , dengan ambil duit 2 juta dapat jatuhkan usaha saya selama ni ? Lagi-lagi Dato' seolah-olah tengah cabar saya . Don't you forget that I'm prince's Spain?" ayat belakang Tengku Arrel perlahankan.

Raut wajah Dato' Daus berubah. Dia silap . Dia tak fikir panjang. Dia tak ingat siapa Tengku Arrel selain daripada CEO , dia cucu sulung Tengku Aqash. Peluh merintik di dahi Dato' Daus.

"Dato' tak fikir panjang ye sebelum nak buat kerja kotor ni ?" Tengku Arrel mengelilingi Dato' Daus. "Ka—kau nak buat apa? Setakat putera sulung spain je !" jerkah Dato' Daus lagi . Dia tak fikir mungkin akibat yang dia akan hadapi.

"Sementara aku tengah baik ni ... better Dato' keluar dari syarikat saya sekarang dan jangan pernah tunjuk muka kau dekat sini lagi !" kali ini Tengku Arrel pula yang menjerit.

Dato' Daus terduduk . Terkejut disebabkan jerkahan Tengku Arrel yang kuat . Alice menggelekngkan kepalanya .






















Vote and comment
Done ✔️💯
Stay tuned for the next chapter
















Next chapter , ada orang akan mengamuk.
Rupanya Dato' Daus lah yang ambil duit KV'sky

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now