MM55

2.9K 148 1
                                    

"Aku dengar bos dah tak senyum langsung dah sekarang. Kau tahu kenapa ?"

"Tak. Kau tahu ke ?"

"Bos jadi macam tu sebab Puteri Adelina"

"Puteri Spain ? Seriouslah ?!"

"Apa yang korang gosipkan ni ?" Amir yang baru sahaja melewati tempat rehat itu terdengar akan kata-kata mereka lalu berhenti untuk kepastian. Dua pekerja itu terkejut lalu meminta maaf dan berlalu pergi.

Amir menggelengkan kepalanya lalu menaiki lift untuk pergi ke bilik kerja aryan. Tanpa mengetuk pintu , Amir memerjah bilik kerja aryan. Aryan yang sedang mendail sesuatu di komputernya menggelengkan kepalanya.

"Kau nak apa mir ?" Amir sengih lalu duduk dikerusi hadapan aryan. "Tahu eh kau" aryan menjelingnya lalu melihat semula komputernya.

"Tahulah , kau je orang yang suka datang tanpa dijemput and masuk tanpa ketuk" Amir sengih buat kali kedua lalu melihat muka aryan sehingga membuatkan aryan pelik.

"Kau dah kenapa ?" Amir masih melihat muka aryan. "Kau dah tak pernah senyum ke ?" Aryan menjelingnya. Amir melihatnya tajam manakala aryan mengeluh kasar lalu menampar pipi Amir dan membuatkan dia tersentak.

"Sakitlah bruh !"

"Siapa suruh kau pandang aku macam tu" Aryan menyandarkan dirinya ke kerusi dengan riak muka yang tidak bersalah.

"Kau tak nak tahu ke apa dah jadi dengan adel ?" Aryan menggeleng begitu juga mukanya yang mendatar namun dalam hatinya perasaan sayang dan ingin tahu masih ada. Aryan senyap manakala Amir senyum.

"Betul ni tak nak tahu ?"

Senyap.

"Setahu aku dia pengsan sampai sekarang" Aryan tidak berkata namun matanya melirik ke Amir. Perasaan ingin tahu melonjak naik apabila perkataan 'pengsan' lancar keluar dari mulut Amir.

"Emm ... Kenapa dia pengsan ?" Amir berdiri dari duduknya. Aryan mengetap mulutnya. Aduh , boleh pula terlepas cakap. "Buat apa kau nak tahu , kau kan benci adel" Bagai ditikam dari belakang. Dia pernah bagitahu Amir yang sekarang dia benci adel.

Aryan menjelingnya. "Dahlah , aku tak kesahlah dengan adel sekarang" Amir mengangkat bahunya lalu menoleh untuk melihat aryan. "Jangan sampai menyesal" Kali ini aryan pula yang menjelingnya.

"Tak adanya aku nak menyesal ! Dia ada Darl sekarang !" Amir gelak namun aryan melihatnya tajam. "Kau rasa lawak ke ?!" Aryan mengendahkan gelak Amir.

"Teruk betul kau punya jeles. Dah sayang dia ke bro ?" Aryan mengetap bibirnya kuat. Terlepas kata kenalah hadap ejekan Amir tu. Amir duduk semula ke kerusinya. "Aku nak tanya kau ni"Aryan hanya melirik ke arah Amir.

"Kau sure yang adel dengan darl ?"

"Surelah , adel siap rangkul lengan dia lagi tau !" Amir memandang aryan dengan senyuman lebar. "I get the answer" Aryan menjelingnya tak puas hati.

"Jawapan apa pulak dah"

"Answer that you really fall in love with adel"

Aryan senyap lalu menyambung semula melihat komputernya. Aku ni tak pandai menipu orang ke ? Setiap kali nak menipu mesti orang tak caya.

"Kau tak rasa pelik ke ?"

"Natang apa pula yang tetiba rasa pelik ?" Aryan dah meluat dengan Amir. Amir menjelingnya.

"Kenapa adel berubah perangai , sebelum ni kau dengan adel ok. Kau bagi ayat sweet mesti dia senyum tapi sekarang dia macam nak jauhkan diri dari kau. Don't you feel it's weird ?"

Matanya sahaja yang melihat komputer namun fikirannya terfikir dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Amir. Amir melihat muka Aryan , dia tahu yang aryan tengah fikir.

"One more thing , Carl dan Darl tu kawan adel dari kecil. Adel dah anggap twins tu macam abang dia , dorang pun bergurau kasar macam adel dengan Arrel and Arriz" Amir berdiri membuatkan aryan melihatnya.

"Kau nak pergi mana ?"

"Adel's bodyguard" Aryan hanya melihatnya dengan pandangan kosong. Baru sahaja Amir ingin melangkah keluar dari bilik kerja aryan , dia berhenti sejenak.

"Ryan , fikirlah dengan apa yang aku cakap. Maybe adel sorok something dari kau untuk protect kau and mana tahu dia sendiri yang sakit ?"

"Aku gerak dulu bro"

Aryan menyandarkan badannya ke kerusinya. Dia rasa apa yang Amir cakap semua betul namun dia masih teragak-agak sekiranya adel dan darl betul-betul pasangan kekasih dan yang akan sakit dia , hati  .

*****

"Awak kat mana ? Nak saya ambil ?"

"Kalau dah sampai bagitahu , nanti saya turun"

Tengku Nalicia yang lalu disitu terdengar akan perbualan Tengku Arrel melalui telefon. "Siapa yang nak datang long ?" Tengku Arrel senyum melihat mummynya.

"Alice , dia nak lawat adik" Tengku Nalicia senyum. "Bila parents Alice nak datang bincang ?" Tengku Arrel berfikir untuk mengingat semula.

"Alice kata lusa parents dia datang" Tengku Nalicia mengangguk tenang. Tengku Nalicia dan Tengku Arrel beralih duduk bersebelahan katil adel. "Adik tak nak bangun ke ? Dah 2 jam adik pengsan" kata Tengku Nalicia begitu sayu.

Tengku Arrel mengusap bahu mummnya lembut. Bunyi deringan telefon menyentakkan Tenggku Arrel , Tengku Arrel berlalu keluar dari wad VVIP yang didiami adel.

"Awak" Alice senyum ketika melihat Tengku Arrel berjalan ke arahnya. "So how's your day dear ?" Soal Tengku Arrel semasa mereka berjalan ke arah lift. "Boring , nothing to do at here you know" Tengku Arrel gelak perlahan mendengar jawapan Alice.

"Awak kata abang awak ada dekat sini , tak spendtime sesama ke ?" Alice buat muka.

"Dia balik sini bukan sebab nak holiday , sebab kerja. Jumpa dia pun tima sarapan je"

"Alaa biasalah tu , dah nama pun bisnessman"

Alice megiyakan sahaja kata Tengku Arrel. Sampai sahaja di wad adel , Alice terus menyalami tangan Tengku Nalicia. "Pucatnya muka adel auntie" Tengku Nalicia hanya senyum hambar.

Balik sahaja daripada adel menyerang mansion blackrose , tak sampai lagi masuk ke dalam biliknya adel terus rebah dihadapan lift dan yang paling terkejut sudah semestinya Tengku Adam dan Tengku Nalicia.

"Along tolong belikan nasi lemak boleh ?"

"Untuk mummy semua boleh" Tanpa banyak kata Tengku Arrel berlalu keluar dari bilik wad adel dan menapakkan kaki ke arah lift untuk pergi ke cafeteria HPM.

Sampai sahaja di koridor untuk ke arah cafeteria , Tengku Arrel terlanggar seorang wanita akibat leka bermain telefonnya. "Sorry miss" tergopah-gapah Tengku Arrel meminta maaf.

"Are you okay ?" Wanita itu berdiri lalu menundukkan sedikit kepalanya apabila perasan akan lelaki yang melanggarnya ialah Tengku Arrel. "I'm okay" senyuman yang dihadiahkan sebentar tadi oleh Tengku Arrel serta-merta hilang.

"I'm Kiara"

"I know" suara Tengku Arrel yang mendatar membuatkan kiara berasa pelik. Tadi okay , sekarang tak masalah betullah , sama macam adik dia , tak betul.

"Err , Tengku okay ?"

Muka Tengku Arrel yang sedikit tegang membuatkan Kiara segera mengundurkan dirinya dari cara mereka berjumpa. Dan muka tegang Tengku Arrel berterusan hinggalah ke cafeteria HPM.


























Vote and comment
Done ✔️💯










































Guys I'm back ! 🍒💗
Agak-agak kenapa dengan Tengku Arrel yea ?

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now