MM26

3.8K 193 5
                                    

"Nick" panggil adel apabila hanya nampak Nick sahaja di ruang tanya mansionnya. "Bila kau sampai wei ?" tanya Nick . Tak sedar . "Sah-sah lah kau tak perasan sebab kau layan tv" balas adel bosan.

Nick sengih. "Mana yang lain ? Kumpulkan semua orang dekat tempat biasa . Sekarang" adel berkata dengan tegas. Nick mengangguk. Adel memasuki bilik mesyuarat. Dia duduk di kerusinya.

Ketukan pintu membuatkan mata adel melihat pintu itu. Kesemua ahli redkiller berada dalam bilik mesyuarat. Nick duduk di kerusi sebelah adel.

"Nick , kau dah jumpa wan ?" tanya adel. Nick mengangguk. "Dia dekat mana ?" tanya adel lagi. "Dekat bilik bawah tanah" balas Nick lancar . Adel senyum. Bukan senyuman biasa.

"Korang semua tahu tak kenapa aku panggil ?" suara adel dilontarkan. Ada yang menggeleng , ada yang diam sahaja. Takut mungkin. Adel berdiri sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Asal korang leka masa lawan dengan blackrose ?" tanya adel lembut . Senyap . Suasana tegang dapat dirasai. "Aku tanya sekali lagi , kenapa korang leka sampai ada yang cedera teruk ?!" adel jerit sambil menghentak tangannya ke meja. Mereka semua tundukkan kepalanya.

"Boss , sebenarnya ada orang ugut mereka . Saya tak tahu apa-apa sebab masa tu saya tak ada dekat mansion. Balik-balik je ada yang kata kita kena kalah masa lawan dengan blackrose. Saya tak tahu apa-apa pun. So time fight tu saya tak dengar cakap mereka" terang Tarqim tenang.

Adel mengangguk. "Siapa je yang ada dekat mansion time tu ?" tanya adel. Adel melihat semua muka ahli-ahlinya. Hafdan , Raiden dan Nazzim mengangkat tangan. "Siapa yang berani datang mansion kita ? Siapa orang luar tu ?" tanya adel sambil matanya menikam tiga muka lelaki yang berada di hadapannya.

"Budak blackrose , bos" balas nazzim takut-takut. "Apa yang dia cakap sampai korang patuh arahan dia ?!" tanya adel kasar. Apa yang adel rasa sekarang nak marah , nak mengamuk , nak menjerit.

"Dia kata kalau kitaorang menang masa fight tu , dia akan tangkap bos sekeluarga"  balas raiden. Adel melepaskan keluhan kasar. "Janganlah dengar cakap dia. First of all terima kasih sebab fikir pasal aku . Tapi korang fikirlah pasal maruah redkiller. Berani ke blackrose nak sentuh keluarga aku ? Diaorang tahu kan sisi evilgirl aku ? Sekali sisi tu keluar 'no more sympathy'" beritahu adel panjang.

Hafdan, Raiden dan Nazzim menundukkan kepalanya. Memang betul apa yang adel kata. Tak ada siapa berani sentuh keluarga Park kerana mereka kerabat di-raja . Lagi-lagi adel pula terkenal dengan dua grup yang dipegangnya.

Adel membetulkan rambutnya yang diikat secara ponytail. "Dahlah tak apa. Lain kali jangan dengar arahan orang lain . Tak kisahlah dia ugut apa-apa sekalipun . JANGAN DENGAR" ayat belakang ditekan. Hafdan , Raiden dan Nazzim pandang bawah . Adel memang perli mereka .

Ada ke patut dengar arahan orang lain sedangkan mereka di bawah redkiller ? Tak patut bukan ? Sebab itu adel marah. Adel merengus perlahan.

"Dah settle kan ? Now aku nak korang pergi berlatih lagi ! No more rest" Adel keluar dari bilik mesyuarat diikuti Nick. Nick hanya mendiamkan dirinya.Nick tahu bahawa adel dikuasai perasaan amarah yang membuak-buak.

Adel menolak pintu bilik bawah tanah kasar . Wan yang terikat di tiang terkulai lemah . Mungkin nick atau budak-budak yang lain dah belasah dia kot , fikir adel. Wan membuka matanya perlahan-lahan. Matanya yang lebam terasa sakit apabila dibuka.

"Dah bangun ?" tanya adel kasar . Wan pandang muka adel. "Dah sayang" balas wan lemah tapi senyuman sinis menghiasi muka wan yang luka. Adel mengetap bibirnya. "Don't call me like that bit*h" jerkah adel tepat di muka wan.

Wan senyum sinis. Adel mengambil pisau yang berada di atas meja. Adel mengelilingi wan. "Berani kau tikam belakang aku ?"

ZAP

Pisau itu selamat membuat garisan di tepi muka wan. Wan menahan kesakitan. Darah yang menitik jatuh dihiraukan. Apa yang dia tahu , dia menyesal sebab tikam belakang bos dia.

ZAP

Sekali lagi pisau itu selamat mendarat. Kali ini pisau itu mendarat di bibir wan. Darah berjujuran jatuh seperti hujan yang berwarna merah . "Ma—afkan sa—ya" kata wan gagap.

Sakit itu lagi menyengat apabila dia hendak menggerakkan bibirnya. Nick yang duduk di kerusi itu hanya melihat . Nak tolong ? No way ! Jangan harap ! Itulah jawapan adel.

"What did you say ? Maafkan kau ? Maafkan kau bila kau dah tikam belakang aku ? Heh , jangan harap !" jerit adel . Suaranya bergema di bilik bawah tanah.

Wan terpaksa menanggung kesakitannya sekarang . Dia perlu menanggung akibatnya. Dia cari pasal , dia lah yang tanggung . Bukankah begitu kata-kata manusia pada zaman sekarang ?

"Apa je yang blackrose bagi dekat kau sampai kau berani tikam belakang aku ni ?" tanya adel sambil menarik rambut Wan. Wan terdongak. "Sa—sakit" rintih wan. Adel hanya senyum sinis.

"Blackrose bagi kau badan dia ke ? Maruah dia ke ? ... ermm lagaknya betullah apa yang aku tekakan ?" adel menarik rambut wan lagi kuat.

"Arghhh" jerit wan sakit. Lagi sakit apabila adel memijak tangan wan yang diikat . Adel memijak tangan wan sekuat yang mungkin. "Le-pas-kan sa—saya" rayu wan. Dia tak hiraukan bibirnya yang berdarah.

"Pada lah dengan muka kau" ejek Nick yang dari tadi hanya melihat pergerakan adel. "Sebok je . Kau duduklah situ diam-diam" adel berpaling melihat Nick . Nick sengih busuk .

Adel mengelilingi wan lagi sekali. "Apa je yang blackrose cakap dekat kau ?" tanya adel sambil bermain pisau yang berada di tangannya. Wan menggeleng. Tinggal 60% je untuk hidup , wan pmasih berdegil . Tak nak beritahu muslihat blackrose kepada adel.

Adel membuat garisan di belakang badan wan. Panjang . Wan menjerit kesakitan.Dia menyesal. Sungguh. "Now , kau nak bagitahu or still dengan keputusan kau ?" tanya adel lagi .

Wan menggeleng. Adel menikam perut wan. "Arghhhh" jeritan wan kali ini lebih kuat dari yang sebelumnya. "Sa—sa—saya ba—bagi—tahu" nafas wan tidak teratur. Bagaikan tersekat-sekat.

Nyawanya bagai dihujung tanduk. Betullah apa yang dia selalu dengar 'no more sympathy' yang selalu dikatakan oleh musuh redkiller. Kini , dia sendiri yang merasai apa yang musuh redkiller rasa. Nyawa dia sekarang berada dalam tangan adel.

"Blackrose tak ada rancang apa-apa. Mereka dah dapat apa yang mereka inginkan. Cuma ..." wan berhenti seketika . "Cuma apa ?!" jerkah adel. "Kalau kau ada teman istimewa nanti , mereka akan serang orang tu" perlahan sahaja wan kata.

Adel senyum sinis . "If I have a special partner , no one can touch him !" beritahu adel keras. "Terima kasih sebab kau dah membantu sangat-sangat" adel menarik rambut wan lagi sekali.

"Arghhh" adel melihat perut wan yang sudah ditikamnya sebentar tadi. "Parah ni luka kau ...... aku parahkan lagi !" adel tikam di perut wan lagi. Lebih dalam. "Arghhh" darah memercik keluar lebih banyak dari yang sebelumnya. Adel membiarkan pisau itu berada di perut wan.

"Nah kau habiskan dia" adel berpaling panggil nick. Nick tersentak. Tinggal nyawa-nyawa ikan je. Pandai betul bos aku ni. "Kau jelah" hari ini Nick malas untuk 'makan' orang. "Tak ada . Kau habiskan then letak dia dekat tempat biasa" usai kata adel keluar untuk membersihkan tangannya daripada cecair berwarna merah.



















Vote and comment
Done 💯✔️
❗️ Stay tune for the next chapter ❗️
























Adel mengganas. Btw bab ni memang untuk adel je dan sisi mafianya

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now