MM43

3.2K 168 4
                                    

"Adel , ini barang untuk kamu" Mak anie menyerahkan kotak bersaiz sederhana kepada adel. Adel melihat mak anie yang berada di tepinya.

"Adel tak order apa-apalah" Mak anie melihat semula nama yang tertera di kotak tersebut lalu melihat adel semula.

"Tapi ni ada nama kamu"

"Emm .. tak apalah. Terima kasih mak anie"

Adel membuka kotak tersebut di ruang tamu tingkat dua. "Siapa yang bagi ni ?" Dengan rasa ingin tahu yang kuat , adel membuka kotak yang diikat dengan reben itu.

Bangkai burung yang berbau hanyir dan terdapat sekeping gambar di atas bangkai itu. Adel mengambil leather glovenya yang berada dalam biliknya.

Gambar adel dan aryan ketika di Glatic Mall , muka aryan dipangkah dengan pen marker berwarna merah. Adel menggenggam gambar itu.

Adel turun dari tingkat dua dengan membawa kotak tersebut lalu buang ke dalam tong sampah luar rumahnya. Sekeping surat jatuh daripada kotak itu.

'Hi sayang , long time no see your bullshit face. I mean beauty face. Bf  ? Tengku Aryan Kyle Lee ?. Kau sayang dia kan , apa kata kau jauhkan diri kau dari dia sebelum aku bunuh. Hari tu orang aku terlepas. Mana tahu kali ni aku yang turun padang. See you again ,adel. I mean Tuan Puteri or should I say evilgirl?'

-BlckRse

Adel menggenggam surat itu lalu di campak ke dalam tong sampah. "Aku benci kau blackrose !" Gumam adel lalu masuk ke dalam biliknya. Pintunya dihempas kuat. Tengku Nalicia sedikit terkejut. Begitu juga Tengku Arrel . Tengku Arrel  melihat pintu adel.

'Girl , I know what you get. Stay strong princess'

Tengku Arrel melihat semuanya. Dari kotak yang bertukar tangan dan juga ketika Adel membuang dan membaca surat itu. Dia nak tolong tapi apakan daya , adel tidak akan bagi. Musuh adel sudah mulakan serangan.

*****

"Yow bro" Kali ini Tengku Arriz pula yang melawat aryan. Selepas menyapa Tengku Raulya ,Tengku Arriz duduk di sebelah kerusi katil Aryan. "Amacam ? Sedap ?" Tengku Arriz senyum penuh makna.

"Sedap sangat , sakitlah mesti !" Aryan menjeling Tengku Arriz. Tengku Arriz gelak. Aryan melilaukan matanya. Mana tahu adel ikut , bolehlah aku jumpa adel.

Tengku Arriz melihat aryan yang bagai memanjangkan lehernya. Macam zirafah pun ada. "Kau cari siapa ?" Aryan melihat Tengku Arriz sekilas.

"Kau expect aku bawa siapa ? Adel ?" Tengku Arriz menjongketkan keningnya. Aryan menggeleng. "Kenapa kau tak bawa adel sekali ?" Tengku Arriz rasa bersalah nak bagitahu jawapan yang sudah semestinya akan menyakitkan aryan.

"Dia busy" Tengku Arriz terus memalingkan mukanya. Aryan melihat Tengku Arriz yang cuba untuk mengelakkan matanya. "Kau tipu kan ?" Aryan duduk. Tangannya cuba untuk memegang luka di perutnya.

"Mana adalah" Aryan melihat tangan Tengku Arriz. Nak tahu dia tipu ke tidak , tengok tangan dia. Tengku Arriz sama macam adel. Tak reti tipu. Aryan memukul lengan Tengku Arriz.

"Kau tu tak reti tipu. Bagi jelah tahu"

"Dia tak nak jumpa kau" Aryan melihat Tengku Arriz tidak percaya.

*****

"Perlu ke adik buat sampai macam tu sekali ?" Seorang wanita yang dikenali sebagai kakak menegur adiknya yang melalukan perkara yang tidak patut. Wanita itu menjeling kakaknya.

"Perlulah. Don't you forget dia buat apa dekat nama dengan papa ?" Wanita itu mendekatkan mukanya ke adiknya.Kakaknya hanya mendiamkan diri sahaja.

"Dahlah dik . Berhenti sebelum jadi lagi teruk" kakaknya cuba untuk memegang rambut adiknya namun ditepis kasar. "Never. Darah di bayar darah" wanita itu duduk disebelah kakaknya.

"Akak tak payah nak risau pasal adiklah. Sebelum ni pun akak tak ambil berat pasal adik. Sekarang baru datang bila dengar rancangan adik ni ?!" Kakaknya cuba untuk memegang tangannya namun ditepis kasar.

"Akak balik jelah. Adik penat ni"

"Adik mengalah jelah. Tak payah teruskan rancangan tu , ye ? Mama dengan papa tak suruh pun adik ambil alih kumpulan tu kan ?"

"Apa je yang akak tahu ?! Jangan sesekali nak pujuk adik lagi supaya rancangan tu dibatalkan. No ! Keputusan adik muktamad"

"Tapi adik—"

"Dahlah kak. Sebelum adik kasar dengan akak baik akak baliklah" si adik menghempas pintu bilik kerjanya manakala si kakak masih tercegat di kerusinya.

"Amar , jagakan dia eh ? Jangan bagi dia buat benda yang tak patut" wanita itu memberikan arahan kepada orang kanan adiknya. Amar hanya menganggukkan kepalanya.

Amar memasuki bilik kerja bosnya. "Ye , bos ?" Wanita itu melihat amar yang berada dihadapannya. "Mana benda yang aku nak tadi ?" Komputer yang dipegang oleh amar dihulurkan ke wanita dihadapannya.

"Apa yang dia cakap dekat kau tadi ?" Mata si wanita masih tetap memandang skrin komputer. Tangannya laju menaip . "Dia suruh saya jaga bos" wanita itu menjelingnya sekilas.

"Tak payah. Aku boleh jaga diri aku"

"Saya tak kata pun saya nak jaga bos" mata si wanita itu mencerlung melihat amar yang berada dihadapannya.  Amar berdiri dihadapannya seperti tiada apa yang berlaku.

"Kau !!" Jerit si wanita. "Saya keluar dulu" amar menundukkan sedikit badannya lalu keluar. Wanita itu melihat amar yang keluar dari biliknya. Wanita itu sedikit mengeluh.

"Dari mula dia kerja sebagai orang kanan aku , dia cakap main lepas je. Apa yang tak kena dekat aku mesti dia bagitahu. Apa dia fikir aku ni gf dia ?"














































Vote and comment 🌛
Done 💯✔️

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now