MM37

3.4K 187 5
                                    

Sudah sebulan berlalu Tengku Arrel dan Alice menjalinkan hubungan. Salah satu sebab Tengku Arrel balik juga kerana ingin menunaikan hasratnya. Tengku Adam dan Tengku Nalicia sudah berada di ruang tamu untuk mendengar hasratnya.

"Apa yang along nak bagitahu mummy dengan daddy ?"

"A ... Along nak khawin" Tengku Adam dan Tengku Nalicia mengucap alhmdulillah. "Siapa bakal menantu mama tu ?" Tengku Nalicia bertanyakan tentang Alice.

"Nanti mummy tahulah. Esok pagi baru dia flight"

"Jadi bilanya mummy boleh jumpa dia ?"

"Bila bila pun boleh mummy ku sayang. Bila mummy nak jumpa dia ?"

"Makan malam ? Invite her to join our dinner tomorrow ok ?"

"But mummy , princess ?" Tengku Nalicia faham apa yang hendak dikatakan oleh anak sulungnya. Kejadian tiga hari yang lepas membuatkan adel dan aryan masuk hospital. Tapi adel sudah keluar semalam manakala aryan masih ditahan di wad.

Tengku Nalicia melihat Tengku Adam. "Abang , say something" Tengku Adam yang perasan akan tolakan tangan isterinya melihat Tengku Nalicia.

"I will talk to her" mereka berdua mengangguk. Semenjak kejadian itu , adel akan melawat aryan setiap hari. Mungkin disebabkan rasa bersalah atau ..... cinta ?

*****

"Adel , kau tak rasa ke kau macam suka dekat aryan ?" Soal Tengku Feya. Hanya Feya sahaja yang berada di Malaysia manakala Tengku Ratna dan Tengku Kayla berada di Spain.

Adel tersedak ketika mendengar soalan yang tidak bernas oleh Tengku Feya. "Kau merepek apa ni fey ?" Adel melemparkan pandangannya ke luar tingkap cafe. Matanya dihidangkan dengan dedaun hijau dan pelbagai tumbuhan.

"Eh little sis , aku tak merepek ok . Takkan kau tak perasan dekat perubahan diri kau sendiri ?" Tengku Feya mengetuk tangan adel yang berada di atas meja. Adel menunjukkan muka bosannya.

"I'm not change lah fey" Adel menjeling Tengku Feya lalu menyedut minumannya. Tengku Feya mengeluh perlahan. Slow betul adel ni. Takkan dia tak tahu yang dia dah berubah. Dari segi perasaan.

"Apanya yang berubah. Cepat bagitahu aku" Adel melihat Tengku Feya semula. "Kau—" belum sempat Tengku Feya membuka mulutnya , adel memotong.

"Aku makin cantikkan ? Tahu dah" Mata Tengku Feya membulat. Tengku Feya pura-pura ingin muntah. Memang tak dinafikan , hanya mata adel dan rambutnya sahaja yang berlainan dari Puteri Spain yang lain.

Rambutnya yang dari lahir coklat keperangan manakala yang lain berwarna hitam pekat. Matanya yang berwarna biru cair berbeza sekali daripada Puteri Spain yang lain.

"Ye , cantik cantik" Adel gelak apabila mendengar jawapan daripada mulut sepupunya. "Hurry up fey. Apanya yang berubah" Adel melihat Tengku Feya yang berada di hadapannya.

"Perasaan. Look , kau layan aryan dengan elok sedangkan kau paling dingin dengan lelaki" Adel melarikan pandangannya dari Tengku Feya. Ye , dia tahu . Selalu berjumpa aryan membuatkan dia ingin mengenali aryan lebih dekat.

"See. Kau sendiri dah tahu apa yang berubah. Why not kau teruskan ?" Adel mengacau airnya dengan straw. Dia takut. Dia tak nak aryan cedera sebab dia. "Little sis , dengar tak ?" Adel mengangguk. Tengku Feya melihat adel.

"Apa yang kau nak takutkan ? Takut dia cedera sebab kau ? Heh come on lah adel. Kau ada redkiller dan carmonara. Paling penting sekali , kau ketua segala mafia. Don't you forget , your nickname , evilgirl" Adel melihat Tengku Feya. Dia boleh baca fikiran aku ke ?

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now