MM48

3.1K 170 3
                                    

Adel yang sedang berjalan di lobi utama hospitalnya diikuti oleh Amir dilanggar oleh seseorang. Adel terdorong sedikit ke belakang. Amir cuba untuk menahan adel dari jatuh dengan memegang bahunya.

Adel menarik nafas dan membetulkan rambutnya lalu melihat orang yang melanggarnya. Kiara senyum sinis. Adel memandangnya tajam.

Adel dan Kiara menjadi tumpuan orang ramai yang berada di lobi utama. Sudah tentu lobi banyak orang kerana ianya lobi utama. Salah satu ianya menarik perhatian kerana Kiara terlanggar CEO HPM.

"Opss , sorry. Aku 'ter'langgar" kata Kiara dengan perlahan serta senyuman manisnya yang palsu. Adel terpaksa senyum dengan manis untuk menjaga imej hospital dan juga dirinya.

"Tak apa" Adel senyum sambil tangannya memegang bahu Kiara lalu menekan bahunya. Muka Kiara yang berkerut membuatkan adel automatik senyum.

"Don't mess up with me , slut" Adel menepuk bahu Kiara lalu senyum seperti tiada apa yang berlaku dan berlalu pergi untuk naik ke bilik mesyuarat. Kiara mengetap bibirnya kuat.

"Berani dia panggil aku slut ?!" Jerit Kiara ditandas. Mereka yang berada dalam tandas melihat Kiara lalu berkata satu sama lain. Dengan perasaan malu Kiara menapak keluar dari tandas sambil menundukkan kepalanya.

"Argh tak guna !"

"Ini sahaja untuk hari ni" doktor yang terlibat dengan mesyuarat sebentar tadi berpusu-pusu keluar manakala adel masih setia duduk di bilik mesyuarat ditemani oleh beberapa bodyguardnya.

Adel menyandarkan dirinya ke kerusi. Dia cuba untuk berfikir kenapa Kiara masih mencari pasal dengannya walaupun adel tidak pernah mencari masalah dengannya.

"She in my problem list now" Adel menutup matanya sebentar. Telefonnya yang berdering membuatkan mata adel terbuka. Adel mengambil iphonennya yang berada ditepinya.

"Hello ?"

Senyap. Tiada sahutan.

"Hello ? siapa ni ?"

Senyap. Tiada sahutan buat kali kedua.

"You waste my time" Adel meletakkan telefonnya dimeja dengan kasar. Bodyguard yang berdiri jauh dari adel sedikit terkejut. Amir yang berada dibelakangnya dua kali ganda terkejut kerana dia berdiri dibelakang adel.

Telefon adel berdering lagi sekali. Tanpa melihat nama pemanggil adel sergah orang yang menelefonnya.

"Don't disturb me lah!"

"Hello adik ? Adik ok tak ni ?"

"Daddy ?"

"Ye daddy ni"

"Sorry dad. Kenapa daddy call ?"

"Balik rumah awal sikit ye. Daddy nak bincang something"

"Ok daddy. See you there. Bye"

"Bye"

Adel yang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat terserempak dengan Kiara. Kiara senyum manis kepada adel namun adel masih tetap memasang muka dinginnya.

"Malang betul aku hari ni" kata adel ketika Kiara berjalan ditepinya. Kiara berhenti tepat disebelah adel. "Kenapa ? Dah muak tengok muka cantik aku?" Kiara melihat adel tanpa rasa takut.

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now