MM13

4.9K 222 2
                                    

Terpisat-pisat adel bangun . Lepas solat subuh tertidur sekejap . Penat semalam masih tak hilang dek latihan tembakan.

'Kalau mummy tahu mesti mummy 'basuh' habis-habis'

Adel turun dari katilnya dengan terhuyang-hayang untuk pergi ke tandas dengan tujuan basuh muka . Rambutnya yang sedikit serabai dibetulkan dengan gaya messy bun.

Adel menutup pintunya rapat untuk turun ke bawah . Dari bilik adel nak ke tangga lebih kurang tiga meter . Bagi adel itu terlampau jauh . Dah nama pun istana.

Tepat adel lalu depan pintu Tengku Arrel , pintu itu dibuka oleh tuannya. Adel dapat agak yang Tengku Arrel ingin turun ke bawah dengan menggunakan lift . 

"Morning along!" Sapa adel ceria macam tak ada apa akan berlaku . Baik-baiklah dulu sebelum buat jahat , hehe.

"Morning princess" balas Tengku Arrel ceria juga . Keluar sahaja dari bilik , dah dihidangkan dengan sapaan adik kesayanganz

Dalam sekelip mata adel sudah lari dari pandangan Tengku Arrel dan masa adel lari adel sempat menjerit 

"Pagi-pagi along kena exercise , see ya" Tengku Arrel yang mulanya blur dapat menangkap kenapa adel lari . Tengku adel merengus perlahan.

'Haihlah adik . Suka cari gaduh' Bicara hati Tengku Arrel.

Tengku Arrel dengan berat hati terpaksalah turun bawah dengan menggunakan tangga utama istana yang panjang tak terkata, eh eh. Tengku Arrel abang yang adel senang kenakan tapi Tengku Arriz abang yang sering usik adel . Dia punya nakal lain macam.

Adel sampai ke ruang tamu utama besar yang boleh menempatkan ramai manusia. Adel melangkah ke arah sofa yang memang empuk gila . Bila adel duduk di sofa itu , adel teringat akan pergaduhan tak matang mereka bertiga .

Balik je Spain mesti berebut nak duduk dekat sofa tu . Tak kisah lah Tengku Arrel mahupun Tengku Arriz . Dua-dua nak duduk dekat sofa empuk , yang dikenali sebagai , soft silver kerana sofa itu berwarna silver.

Tapi sekarang dah tak , jarang sangat nak luangkan masa bertiga. Semua sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.

"Girl !" jerit Tengku Arrel . Dia yang baru turun nampak girl dia mengelamun .

Adel yang seronok mengimbau kenangan lalu tersentak dengan jeritan langau yang memanggilnya. Bagi adel jeritan itu amatlah menyakitkan telinganya.Pandangan tak puas hati adel lemparkan ke Tengku Arrel.

'Ishh , penyibuk betul' marah adel dalam hatinya .

"Why ? Along ada buat salah ke ?" Soal Tengku Arrel tak bersalah. Bukan tak bersalah , dia memang tak tahu apa salah dia . Adel mengeluh perlahan sebelum bergerak meninggalkan Tengku Arrel sekali dengan soalan yang dilontarkan sebentar tadi .

'Sesungguhnya abang long saya memang blur'

"What ! Girl tinggal Along ? Seriously sis ?" Tak percaya Tengku Arrel dengan adik perempuannya . Dan sekali lagi Tengku Arrel bercakap sendiri .Sampai sahaja di ruang makan kedua, adel terus duduk di kerusi berwarna biru kepunyaannya .

Ruang makan kedua tema warna warni kerana ruang makan kedua ni tersorok dan tidak seperti ruang makan utama yang memang bertemakan gaya mewah , gold. Adel rasa malas pula nak sarapan di ruang makan utama. Mungkin sebab ada aryan ? Siapa tahu.

Sarapan adel dihidangkan egg sandwich kegemaran adel dan susu coklat . Adel lebih gemar susu coklat berbanding susu sahaja . Tak sedap, tawar.

Adel yang elok bersarapan sambil melihat YouTube , tersentak dengan bunyi kerusi ditarik di hadapannya . Adel mendongak sedikit untuk melihat gerangan yang kacau dia menikmati sarapannya .

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now