MM17

4.2K 179 0
                                    

"Tengku Arrel dan Tengku Aryan perlu berangkat sekarang" seorang lelaki  berbadan tegap muncul sambil menundukkan badannya lalu berkata dalam bahasa melayu . Fikir orang Spain tak tahu cakap melayu ?

Tengku Arrel dan aryan berdiri dan mengambil luggage masing-masing . Tengku Arrel jalan ke hadapan Tengku Aqash dan Tengku Avella untuk bersalaman . Aryan pula hanya menundukkan badannya . Dia tidak berani untuk bersalaman dengan raja Spain .

"Aryan , sini" panggil Tengku Aqash.

Aryan pergi ke Tengku Aqash apabila namanya dipanggil .

"Ye atuknda"

"Cuti-cuti datanglah sini . Jangan malu-malu" Tengku Aqash menepuk lembut bahu aryan lalu mengajak aryan untuk datang lagi ke istana mereka.

"Baiklah atuknda" balas aryan lancar . Dah tak gagap mungkin . Tengku Arrel dan aryan berada di luar istana dan bersedia untuk menaiki kereta alphard ver Spain.

"Bye along" kata adel dengan bersusah payah untuk menguntumkan senyuman.

Tengku Arrel senyum lalu mendepakan tangannya  dan adel sekarang berada dalam pelukan abang long nya . Tengku Arriz ? Awal-awal lagi dia dah jumpa sebab dia perlu uruskan beberapa urusan. Tengku Arrel yang mendengar esakan kecil adel , tergelak sedikit.

"Alahai budak kecil ni . Along ada kerja sikit dekat Korea , nanti along balik" Tengku Arrel menenangkan adel . Tahulah dia kenapa adel nangis , bila dah start kerja , nak jumpa tu susah ya amat .

Aryan yang memerhati dia hanya senyap . 'First time aku nampak Arrel jenis yang dapat tenangkan orang'Tengku Arrel meregangkan pelukan mereka lalu menyeka air mata di pipi adel .

"Comotlah adik along ni" Tengku Arrel cubit pipi adel , maka merahlah pipi adel belah kanan . "Sakitlah " marah adel lalu memuncungkan mulutnya .

Tengku Arrel menepuk perlahan mulut adel .
"Muncung-muncung , hilang nanti bibir tu baru tahu" ugut Tengku Arrel . Dia paling pantang nampak adik-adik dia muncungkan mulut , nak je dia kepit .

Mulut adel yang muncung sebentar tadi sudah tiada , ni kalau dia muncungkan juga mulut dia . Memang hilang betullah macam Tengku Arrel kata .

"Jarang-jarang aku nampak kau macam tadi" aryan mulakan dahulu percakapan mereka . "Macam pelik je soalan kau tu ? Perli aku ke apa ?" bidas Tengku Arrel sambil melirikkan matanya ke Aryan.

Aryan tahan gelak . Aku nak perli dia pada waktu-waktu macam ni ? Buang masa aku jee.
"Mana ada aku perli . First time aku nampak kau lembut dengan perempuan"

"Dah tu adik aku . Sah-sahlah aku lembut" Tengku Arrel menggelengkan kepalanya. "Ye tak ye jugak . Hehe" balas aryan berserta sengihan.

Selama 30 minit perjalanan dari istana ke Malaga Airport yang dipandu oleh driver personal castle . Tengku Arrel dan aryan ke Malaga Airport. Sebelum turun sempat Tengku Arrel memakai mask.

Tengku Arrel dan aryan diiringi oleh beberapa pengawal peribadi istana. Boleh nampak kesesakan ini berlaku kerana putera kelahiran Spain yang berada di Malaga Airport.

"Kalau aku tahu sesak macam ni , aku tak balik dengan kau" bisik aryan tepat di tepi telinga Tengku Arrel kedengaran seperti dia marah .

"Aku terlupa nak bagitahu kau" balas Tengku Arrel  sambil menarik aryan untuk dekat dengannya supaya tidak kena langgar.

*****

Pagi yang cerah di Spain , dimulakan dengan bareface adel setelah bangun dari tidur selepas selesai solat subuh . Adel menikmati sarapannya bersama Tengku Aqash , Tengku Avella dan Tengku Arriz .

Kebiasaannya meja makan rumah lain akan riuh-rendah tapi tidak bagi keluarga di-raja Spain . Mereka akan makan dengan senyap melainkan perekata itu amat penting untuk semua dengar .

Tengku Aqash amat mementingkan adat istiadat dan perilaku bagi putera-putera dan puteri-puterinya .Selesai sahaja bersarapan , adel tak henti-henti dari mengikut Tengku avella .

"Kenapa ?" soal Tengku Avella hairan . Adalah tu yang dia nak minta , itu yang Tengku Avella sedang fikir . "Can I go out somewhere ?" tanya adel . Nak keluar kena lah minta izin . Lagi-lagi dekat Spain.

"Boleh , but bodyguard will follow you , no excuse" jawab Tengku Avella tegas . Muka adel sedikit muram apabila dengar perkataan 'bodyguard' . Perkara paling adel tak suka bila balik Spain nak keluar istana kena bawa bodyguard . Rasa rimas ada , rasa macam diperhatikan dan yang paling penting sekali TAK BEBAS .

'I hate it'

"Nenda , perlu ke ?" Adel Cuba nasib . Mana tahu hati nenda hari ni lembut . "I said bodyguard , means bodyguards" sekali lagi , Tengku Avella berkata tegas .

'Bila dah tegas sangat ni , tak ada luck lah nak keluar sorang-sorang'

"Okay nenda" balas adel perlahan lalu menundukkan kepalanya sambil mengangkat kaki untuk pergi ke lift .

*****

Adel bersiap dengan memakai t-shirt hitam yang bercorak sunflower dan dikenakan dengan jeans putih berserta sling beg berwarna putih .

"Angah nak pergi mana ?" tanya adel apabila terserempak dengan Tengku Arriz sebaik sahaja adel sampai ke ruang tamu . Tengku Arriz yang sedang tilik jam ditangannya mengangkat kepala apabila terdengar namanya dipanggil .

"Angah nak pergi office . Tak nampak Angah hensem sekarang ni ?" Tengku Arriz puji dirinya sendiri sambil melayangkan senyum bangga .

Memang tak dinafikan yang Tengku Arriz sekarang nampak hensem , tambahan pula dikenakan dengan kemeja hijau lumut yang memang padan dengannya .

"Eleh , setakat hensem macam ni je . Tak hadaplah" ejek adel . Tengku Arriz dan adel bagaikan Tom and Jerry dan lagi satu , dua orang ni juga bagaikan anjing dan kucing .

"Bye budak busuk" ejek Tengku Arriz pula sambil mengangkat kakinya untuk keluar dari istana . Adel hanya senyap . Kalau dia terus kan juga , memang tak pergi office lah Tengku Arriz .

Selesai bersalaman dengan Tengku Avella , adel terus masuk ke dalam melbourne di-raja . Mula-mula adel memang tak nak naik melbourne sebab memang boleh nampak sangat yang dia ni kerabat di-raja . Adel kalau boleh nak rahsiakan tapi Tengku Avella tentang habis-habisan.

'Matilah aku' bisik hati kecil adel . Apa yang mati pun tak tahu .




























^Stay tune to next chapter^
🌸 To be continue 🌸
Done💯✔️

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now