MM57

3K 164 4
                                    

Halaman istana yang terpacak besar hanya dipenuhi dengan dua tubuh badan. Tiada bunyi ataupun suara . Masing-masing mendiamkan diri , antara rasa janggal mahupun rindu. Adel yang masih mengenakan gaunnya manakala tuxedo masih tersarung kemas di tubuh badan aryan.

"Aku minta maaf" adel memulakan percakapan. Adel menoleh melihat aryan yang masih diam. "Aku tahu ni salah aku tapi aku buat bersebab" adel menundukkan kepalanya. Tangannya tidak berhenti bergerak.

"Apa sebab dia sampai kau sanggup sakitkan hati aku ? Sebab aku sukakan kau ? Tu ke adel ?!" Suara aryan yang sedikit meninggi membuatkan adel diam terkutik.

"Look at me adel !" Adel menoleh melihat aryan. Matanya yang merah membuatkan aryan rasa bersalah.

"A—adel , aku minta maaf" adel menggeleng lalu melihat aryan. "No , I'm the one who should say sorry" adel menyeka air matanya.

Tengku Arrel hanya melihat dari jauh. Tak mahu menganggu walaupun dia ingin pergi kerana adel sudah menitiskan air matanya.

"Tell me , why you do this to me ?" Soal aryan dengan lembut. Adel mengeluh perlahan sebelum membuka mulutnya.

"Blackrose"Sebaik sahaja perkataan tersebut keluar dari mulut adel , aryan terkejut lalu melihat adel yang masih menundukkan kepalanya.

"Blackrose paksa kau untuk jauhkan diri dari aku ?" Adel mengangguk lemah tanpa melihat aryan. Aryan mengambil tangan adel lalu mengusapnya perlahan. Terkedu adel dengan tindakan aryan yang berani. Adel melihat tangannya yang berada di genggaman aryan.

"Why ? Kita dua boleh hadap blackrose. Kenapa kau nak sakit sorang-sorang ?" Adel menoleh melihat aryan.

"Tapi—"

"Tak ada tapi-tapi , we're face blackrose together. No matter what" adel melihat mata aryan untuk mencari kepercayaan. "You can trust me , princess" adel senyum begitu juga aryan.

"Ouh dekat sini rupanya adik" suara Tengku Arriz yang kuat menarik perhatian keluarga Tengku Adam dan keluarga Tengku Haydan. Adel segera bangun dari bangku tersebut.

Tangan adel yang berada dalam genggaman aryan turut terlepas. Muka aryan yang sedikit kecewa membuatkan adel menggeleng.

Tengku Arrel berjalan menghampiri Tengku Arriz. Tengku Arrel menampar lengan Tengku Arriz perlahan membuatkan Tengku Arriz terkejut lalu melihat abangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Dah kenapa along ni !"

"Tak nampak tu ?"

"Adik dengan aryan" balas Tengku Arriz selamba sedangkan dia tahu itu bukan jawapan yang Tengku Arrel nak. Tengku Arrel melihat Tengku Arriz tajam.

"Patutlah mummy cari adik tak ada dekat dalam , rupa-rupanya tengah dating dengan aryan" adel senyum kelat lalu berjalan ke arah Tengku Nalicia dan terus merangkul lengan Tengku Nalicia.

"Mummy bukan macam tulah. Adik dengan aryan cakap kosong je" kata adel untuk menutup malunya dengan aryan. Aryan mengusap belakang lehernya dan juga turut berdiri disebelah mamanya.

"Mama , this is not like what you're think" Kata aryan dengan perlahan. Tengku Raulya senyum lalu menepuk tangan aryan perlahan.

"Nampaknya , kita akan berbesan lah haydan" kata Tengku Adam kepada Tengku Haydan.

"Yelah , tak lama lagi dah tu" balas Tengku Haydan.

Perbualan antara Tengku Adam dan Tengku Haydan membuatkan adel dan aryan menundukkan kepala mereka. Adel dengan segera menarik lengan Tengku Nalicia untuk masuk ke dalam dewan.

Mereka yang melihat keadaan itu gelak. Aryan senyum. Baginya adel comel apatah lagi dengan pipinya yang kemerahan disebabkan usikan Tengku Adam dan Tengku Haydan.

*****

"Apa perkembangan adel sekarang ?" Amar meletakkan ipad di atas meja bosnya. Wanita itu menjeling amar sebelum mengambil ipad tersebut.

Princess Adel becomes more powerful

Our Beutiful Princess

"Kenapa dia jadi lebih berkuasa ?" soal wanita itu tidak puas hati lalu meletakkan ipad ke meja dengan kasar. Amar melihat ipad tersebut.

"Takkan bos tak tahu ?"

"Sebab aku tak tahulah aku tanya !"

"Sekali putera atau puteri Spain ditabalkan semasa hari jadi , mereka akan mempunyai kuasa di negara lain"

"Even bukan negara dorang pun ?" Amar mengangguk. Wanita itu bingung.  Kenapa dia tak pernah dengar pasal itu ? Adakah dia akan disabit ?

"So bos , better bos jangan cari pasal dengan adel lagi. Nanti bos dalam masalah" wanita itu melihat amar tajam. Amar tidak kisah langsung dengan pandangan tersebut.

"Never ! Aku tetap dengan pendirian aku. Darah dibalas dengan darah !"

"Bos , adel lebih berkuasa daripada bos. Dia lebih kuat daripada bos. Tolonglah mengalah" wanita itu menghentak mejanya kuat. Amar sedikit tersentak dengan hentakan itu.

"Kau fikir aku nak mengalah sebab kuasa dia je ?!" Amar mengangguk. Tidak peduli perasaan bosnya. Wanitu itu sedikit terasa namun tidak ditunjukkan olehnya.

"Bos , forget about revenge .. you're weak to face adel Princess of Spain" amar terus berlalu keluar dari bilik kerja bosnya. Wanita itu sedikit terkejut.

'Berani dia cakap aku lemah ?!'

*****

"Mama tengok achik ma ! Tak habis-habis senyum" Tengku Rayhana melihat aryan pelik. Tengku Rayyan dan Tengku Artalya hanya mampu gelak. Sudah semestinya aryan gembira selepas dapat tahu kebenaran.

"Achik , along tahu achik dah lama tak jumpa adel tapi jangan bagi nampak sangat" Tengku Rayyan mengusik aryan namun aryan masih senyum dan mengabaikan usikan alongnya.

"Achik !"

"Kenapa ma ?" Muka aryan terkejut dengan jeritan nyaring mamanya. Matanya dikelipkan berkali-kali. Adik-beradiknya berada dihadapannya. Makin pelik aryan melihat mereka bertiga berada dihadapannya.

"Ni dah kenapa semua ada depan achik ?"

"Achik ingat dekat siapa yang senyum sampai tak dengar orang panggil ?" Usik mereka bertiga. Kakak iparnya dan Daniell hanya senyum.

"Mana ada achik senyum" nafi aryan dengan dahinya yang berkerut.

"Eleh , nak menipu pula" Tengku Artalya memukul tangan aryan.

"Sakitlah kak !" Tengku Artalya hanya senyum tanpa rasa bersalah.

"Ingat adel kan tadi ?" Aryan mengalihkan pandangannya ke Tengku Haydan.

"Tahu-tahu je papa ni" serentak itu mereka semua gelak mendengar jawapan yang dilontarkan oleh aryan.



































Done 💯✔️
Vote and comment 🌸

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now