Sebaik sahaja masuk ke dalam Glatic Mall , aryan dan adel memasuki Victoria Secret. Tempat perfume yang berada di hadapan adel terdapat iklan jessica sebagai model Victoria Secret.
"Jessica model for Victoria Secret ?" Adel melihat iklan yang dipaparkan serta mengambil perfume yang menarik perhatiannya. Ketika itu aryan berada di sebelahnya. "Kenapa ?" Aryan melihat adel. Tak silap dia adel ada kata sesuatu.
"Kenal Jessica tak ?"
"Jessica ? Model syarikat Arriz ? Kenapa ?"
"Ouh. Dia bahaya , stay away from her"
"Bahaya ? Kenapa pula ?"
Adel berlalu keluar dari Victoria Secret sesudah berkata sebegitu . "Aryan cepatlah. Tak ada yang menarik kat situ" adel sudah jalan ke depan dahulu. "Eh tunggulah" Aryan senyum dalam diam.
'Heylah hati .. Asyik nak cair je hari ni'
*****
Zack mencampakkan gambar yang baru didapatinya. Gambar tersebut menunjukkan adel dan aryan sedang jalan sebelah menyebeleh.
"Siapa mamat ni ?!" Jerkah zack kepada anak buahnya. Anak buahnya mampu menundukkan kepala sahaja. "Sa ... saya tak tahu bos" terketar-ketar mulut dia untuk bercakap.
"Aku nak kau cari siapa lelaki ni sekarang !!" Jeritan zack mengejutkan semua anak buahnya. Nick meramas kasar rambutnya. "Tak boleh jadi . Adel aku punya . Tengku Adelina aku punya !" Jerit zack sekali lagi.
"We need to inform nick" bisik salah satu anak buah zack. Sebenarnya Raiden dan Nazzim menyamar sebagai anak buah zack kerana mereka tahu akan niat jahat zack terhadap bos mereka.
"Yes you right"
*****
Adel dan aryan menikmati makan tengah hari di Subway. "Ada nak beli apa-apa lagi ke ?" Aryan melihat adel yang sedang makan burgernya. Adel melihat aryan seperti sedang berfikir.
Aryan mengelap tepi mulut adel yang comot kerana sos menggunakan tisu. Adel menjadi kaku. "Patutlah Arrel kata , aku kena jaga kau elok-elok. Makan pun comot" Adel terus menyedut minumannya. Aryan senyum nipis.
"Aku nak pergi washroom . Jaga beg aku" Adel berlalu pergi ke washroom dan meninggalkan handbagnya di atas meja supaya aryan dapat jaga.
Adel membasuh tangannya lalu melihat cermin. "Aryan memang gila" Adel menggelengkan kepalanya sebelum mencalit lipstick di bibirnya dan membetulkan rambutnya lalu memakai semula mask.
"Dah ?" Adel tanya kepada aryan yang sedang melemparkan senyumannya kepada adel. Aryan mengangguk lalu mereka berdua keluar dari Subway untuk mencari barang yang masih belum dicari. Adel senyum kelat. Tak betul ke dia ni ?
"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang ?" tanya adel sambil kaki mereka berdua melangkah masuk ke Sephora. "Aku bahagia" Adel senyap. Kalau teruskan perbualan dia yakin aryan akan cakap benda yang merepek.
"Ada tak ?" Adel menggeleng. Benda yang dia cari tak ada. Muka adel nampak sangat yang dia kecewa. Aryan rasa kesian pula. "Tak apalah lain kali aku teman kau lagi. Jom" ajak aryan ketika adel sedang duduk di bangku.
"Pergi mana ?" Adel mendongak untuk melihat aryan. Aryan senyum. "Aku belanja tealive" Adel senyum walaupun aryan tidak nampak. "Okay" Mereka berdua memasuki lift untuk pergi ke tingkat yang menempatkan tealive.
YOU ARE READING
Iloveyou Miss Mafia
Fanfiction[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...