MM58

3K 175 4
                                    

Tiga hari sudah pun berlalu dan keluarga Tengku Adam akan pulang kecuali Tengku Arriz kerana harus menguruskan syarikatnya , AL Global.

Tiba sahaja di KLIA2 , Adel minta untuk berlalu ke tandas manakala yang lain menunggunya di starbucks.

"Pa , tu bukan ke uncle Adam ?" Tengku Haydan melihat ke arah Tengku Artalya lihat. Dapat dilihat ada yang memakai mask dan itu merupakan Tengku Arrel dan ada juga beberapa bodyguard.

Tengku Haydan bangun dari tempat duduknya dan menuju ke meja yang diduduki oleh Tengku Adam sekeluarga.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam ... eh Haydan" Tengku Adam melihat Tengku Haydan berserta senyuman. "Tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Baru balik juga ke ?" Soal Tengku Haydan dengan memberikan senyuman kepada yang lain.

"Haa. Tak nampak pula tadi dalam flight"

"Ha tulah , aku pun tak nampak keluarga kau"

Tengku Raulya baru sahaja hendak bangun dari tempatnya. "Mama nak pergi mana ?" Tengku Raulya senyum mendengar soalan anaknya. Tahu sahaja.

"Mama nak pergi dekat aunty Nalicia ... nak ikut ?" Aryan senyum lalu bangun dari duduknya. Tengku Rayyan menyiku perut aryan. Tersentak aryan.

"Gatal eh kau achik"

"Achik copy along je , kan kak sha ?" Aryan melihat kakak iparnya untuk soalan tersebut lalu Tengku Natasha hanya mengangguk dan mengundang tawa mereka sekeluarga.

Tiba sahaja di meja keluarga Tengku Adam , Tengku Raulya berlalu ke Tengku Nalicia manakala aryan menuju ke Tengku Arrel yang duduk bersebelahan kerusi kosong.

"Yo bro"

"Yo" Arrel melihat sekeliling namun hampa , orang yang dirindui tidak ada. Tengku Arrel yang perasan akan tindakan aryan memanggil aryan dan membuatkan aryan sedikit terkejut.

"Kau cari apa ?"

"Tak ada" aryan duduk sebelah Tengku Arrel dan menatap telefonnya. Tengku Arrel simpan senyum.

"Mummy" suara ceria perempuan  yang menarik perhatian aryan membuatkan aryan menoleh ke hujung meja , Tengku Adelina Natrah Park !

Adel menyalami tangan Tengku Raulya sambil senyum.  Adel yang mengenakan dress bunga paras lutut menarik perhatian aryan. Tambahan pula rambut keperangannya yang dilepaskan , sungguh menawan.

Adel yang tidak perasan akan aryan terus melulu ke tempat duduk Tengku Arrel. Sampai sahaja di kerusi Tengku Arrel , adel melihat sekujur tubuh badan lelaki yang duduk membelakanginya. Adel menarik kerusi untuk duduk bersebelahan abangnya.

Sebaik sahaja aryan mengangkat mukanya berserta senyuman , adel turut membalas senyuman aryan. Adel menarik semula kerusinya untuk duduk bersebelahan aryan. Aryan senyum gembira manakala Tengku Arrel tidak senyum.

"Adik , duduklah sebelah along" kata-kata Tengku Arrel membuatkan adel dan aryan ketawa. "Alaa rel , bagilah chance dekat aku"  balas aryan dengan senyuman yang lebar.Tengku Arrel menjeling mereka berdua lalu bangun untuk duduk bersebelahan Tengku Nalicia.

Aryan menatap adel yang sedang menyedut minumannya. Tatapan aryan membuatkan adel meletakkan semula minumannya.

"Asal tengok aku macam tu ?"

"You look beautiful today" adel melihat sekeliling takut ada yang mendengar kata-kata aryan. Mahu keluarga mereka berdua heboh disebabkan kata-kata manis aryan.

"Senyaplah" adel memukul lengan aryan perlahan. Aryan masih senyum. Mata adel membulat melihat senyuman yang masih menghiasi muka aryan.

"I miss you" adel yang sedang menikmati airnya tersedak lalu melihat aryan. Aryan melihat adel dengan tenang.

"What did you say ?"

"I say , i miss you princess"

*****

"Boss nanti nak datang"

"Bukan ke baru tiga hari ? Kenapa bos dah ada dekat sini ? Nope , i mean hari pertabalan"

"Adel kena balik awal sebab HPM and korang"kata nick lebih kepada memerli. Mereka yang mendengar kata-kata nick menjelingnya.

"— maksud aku , blackrose. Mata tu tak payah nak jeling sangat" sambung nick berserta gelak tawanya  dan berlalu keluar dari bilik latihan menembak mereka.

*****

"Mummy , adik keluar dulu" kata adel lalu menyalami tangan Tengku Nalicia. "Adik tak penat ke sayang ?" Adel senyum lalu memeluk Tengku Nalicia.

"I'm okay mummy , lagipun aryan ada sekali —"

"Kirim salam dekat aryan"

"Adik ?" Tengku Nalicia senyum mendengar soalan adel. Adel senyum lalu mencium kedua belah pipi Tengku Nalicia dan berlalu keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta ferrari aryan.

"Hai princess"

"Hai my prince" aryan senyum kacak manakala senyum nak tak nak.

"— eh salah aryan" senyuman dimuka aryan hilang. Mukanya yang sebentar tadi gembira bertukar cemberut.

"Cepatlah gerak" gesa adel terhadap aryan kerana aryan tiada tanda-tanda mahu memulakan perjalanan. "Okay fine , my prince" adel simpan senyum. Kenapa dia ni gedik sangat ?

"That's right , where we want to go my princess ?" Senyuman menghiasi muka aryan disebabkan perkataan 'prince' yang dilontarkan oleh adel. Adel senyum nipis.

"My mansion" kata adel dengan suaranya yang ceria tanpa melihat reaksi aryan. Aryan menelan air liurnya. Dia tak salah dengar kan ? Mansion redkiller ? Kepunyaan evilgirl ?

"Seriously ?" Soal aryan dengan matanya yang besar dan mukanya yang terkejut. Aryan melihat muka adel tidak percaya. Adel tahan gelak ketika melihat muka aryan.

"Yes my dear" kata adel dengan lembut. Aryan menggeleng sambil mengemam bibirnya. Dia tak berani , bukan apa. Vibes redkiller dengan vibes evilblack beza sekali.

*****

"Macam mana mummy ?"

"Kamu dengan Alice akan kahwin hujung bulan ni" kata Tengku Nalicia dengan gembira. Tengku Arrel turut senyum lalu memeluk Tengku Nalicia.

"Dah nak jadi suami dah along" suara Tengku Adam yang agak perlahan membuatkan Tengku Nalicia ingin menangis.Anak sulung yang sentiasa berada di sampingnya akan berkahwin dan mempunyai tanggungjawab terhadap isterinya.

Tengku Nalicia cepat-cepat menyeka hujung matanya sebelum Tengku Arrel perasan. Tidak mahu anaknya nampak kesedihannya namun dia masih gembira dengan takdir tersebut.

"Along nak buat dekat mana ?" Soal Tengku Adam. Tengku Arrel sedikit mengeluh. Untuk kebaikan semua , kemungkinan dia akan memilih untuk melangsungkan perkahwinan di Spain , negara mereka.

"Buat dekat Spain jelah daddy" Tengku Adam dan Tengku Nalicia mengangguk serentak.

"Daddy dah bagitahu nenda dengan atuknda ke ?"

"Belum lagi , daddy ingat nak bagitahu masa pertabalan adik tapi banyak sangat nak kena buat sampai tak ada masa" Tengku Arrel mengangguk faham , dia juga sibuk kerana pertabalan adel.

"Sayang , adik mana ?" Soal Tengku Adam. Tengku Arrel juga menganggukkan kepalanya. Hampir 1 jam balik dari KLIA2 , dia tak nampak kelibat adel. Tengku Nalicia senyum. Tengku Arrel dan Tengku Adam pelik melihat senyuman Tengku Nalicia.

"Adik keluar dengan aryan" Tengku Adam dan Tengku Arrel senyum mendengar jawapan yang dibalas oleh Tengku Nalicia. Senang mendengar aryan dan adel sudah berbaik.

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now