MM54

3.7K 155 8
                                    

"Dahlah tu aryan , dah dua jam" arah Tengku Rayyan yang melihat adiknya tidak berhenti berlatih menembak. Aryan mencampakkan pistol latihannya kasar lalu berjalan ke arah Tengku Rayyan serta mengelap peluhnya.

"Kau buat macam ni bukan pun adel datang balik dekat kau" kata Tengku Rayyan selamba begitu juga riak mukanya.Aryan melihat abangnya tajam. Kurang ajar betul , at least supportlah adik kau ni.

"Mulut abang tu memang nak kena jahit kan ?!" Tengku Rayyan mengangkat keningnya. Baru sahaja aryan ingin memukul lengan abangnya namun tergendala akibat bunyi deringan telefonnya.

"Dah dapat ?"

"Tunggu aku naik" Aryan meninggalkan Tengku Rayyan di ruangan bawah tanah tanpa memberitahunya. Tengku Rayyan melihat aryan tidak percaya.

"Dia tinggalkan aku dekat sini ?!"

"Mana laki tu ?"  Soal aryan kepada Jack sebaik sahaja sampai ke ruang tamu mansionnya. Jack menunjukkan lelaki yang diikat di kerusi. Aryan berjalan ke arahnya.

Aryan menumbuk perut lelaki tersebut sebaik sahaja berdiri dihadapannya. "Sakitlah setan!" Jerit lelaki itu. Aryan senyum sinis lalu melihat lelaki itu tajam.

"Siapa hantar kau ?" Lelaki itu melihat aryan dengan pandangan yang menjengkelkan. Tanpa banyak kata , aryan menamparnya. Ahli evilblack yang melihat itu berasa seram sejuk.

"Kau rasa siapa ?" Senyuman sinis yang dilemparkan oleh lelaki itu membuatkan aryan ingin membunuhnya tapi tidak boleh kerana aryan perlu tahu siapa yang menghantar lelaki tersebut.

"DW!" Jerit lelaki itu tepat di muka aryan dan membuatkan tangan aryan automatik menamparnya buat kali kedua. Lelaki itu melihat aryan dengan perasaan marah.

"Bawa laki ni pergi bilik bawah tanah" arah aryan lalu turun ke bilik bawah tanah dahulu. Tanpa banyak kata , Iyan dan syamil membawa lelaki itu ke bilik bawah tanah.

*****

"Semua dah sedia kan ?" Adel melihat mereka satu persatu. Redkiller dan carmonara mengangguk serentak. Mereka semua membetulkan mask berwarna hitam masing-masing.

"Bunuh yang lain , Blackrose bagi aku" Darl melihat adel terkejut begitu juga Carl dan nick.

"Ad—" tanpa sempat Carl ingin membuka mulutnya , adel sudah berlalu keluar dan memasuki kereta. Carl mengeluh perlahan.

Sampai sahaja di bangunan tersebut , adel mengetatkan ikatan rambutnya.Adel dan yang lain mengambil tempat masing-masing. Rempuhan pintu oleh kumpulan satu yang diketuai oleh Carl menandakan adel boleh masuk melalui pintu belakang.

"Kau siapa ?!" Tanpa banyak kata Carl menumbuk perut lelaki itu. Carl membuka masknya lalu senyum sinis. "Don't you know me ?" Mata lelaki itu membulat.

"Serang !"

Adel dan Darl sudah masuk ke dalam bangunan namun masih ada ahli blackrose di dalam bangunan.Enam orang menyerang adel manakala yang selebihnya menyerang Darl.

Adel menyepak perut lelaki yang ingin menembaknya lalu pistol yang dipegangnya terjatuh.Adel mengeluarkan pistol yang diselitkan di belakangnya dan menembaknya tepat di kepala.

"Headshot" Adel senyum sinis lalu melihat yang selebihnya. Mereka mengeluarkan pisau dan mengacukan pisau ke adel. Adel mengelak dan memulas tangan lelaki yang berada dihadapannya lalu adel menembaknya menggunakan tangan kiri.

Selesai sahaja menembak empat orang yang terakhir , bunyi tepukan yang kuat menarik perhatian adel dan yang lain. Carl , Darl dan Nick melihat satu sama lain.

Seorang wanita yang berpakaian berwarna dark red kecuali mask dan topinya yang berwarna hitam keluar dari bilik sambil melihat carmonara dan redkiller namun matanya tajam melihat adel.

"Tak sangka kau dapat jumpa aku secepat ni" Wanita itu turun melalui tangga. Adel melihatnya tajam. "Blackrose! Kau siapa ?!" Jerit adel. Dadanya naik turun , lagi bertambah marah apabila blackrose menutup identitinya.

"Kau fikir aku nak dedahkan identiti aku macam tu je ?!" Jerit wanita itu. Adel menapakkan kakinya ke depan. "Kau jalan selangkah ke hadapan , aryan mati !" Adel segera berhenti. Tangannya mengepal penumbuk.

Wanita itu gelak jahat lalu berjalan mengelilingi adel. Adel melihatnya tajam. "Aryan kelemahan Tuan Puteri ke ?" Senyuman sinis wanita itu membuatkan tangan adel automatik menumbuk perutnya.

"Kau !" Wanita itu tahan sakit lalu berundur setapak ke belakang. Adel melihat tangannya. Carl dan Nick cuba untuk melihat tangan adel namun adel menepis awal-awal.

"Kau sebenarnya blackrose ke bukan ? Asal kau tak kuat ?" Soal adel sinis. Mata wanita itu serta-merta melihat adel. Pegangan di perutnya yang terkena tumbukan dilepaskan.

"Kau jangan macam-macam Adel ! Orang aku ada dengan aryan" Baru sahaja adel ingin mengangkat pistolnya , wanita itu menunjukkan video dari telefonnya. Video aryan.

"Kau !" Adel mengemam bibirnya kuat. Wanita itu senyum sinis. "Kau bawah aku , sekali aku jentik kau jatuh" kata wanita itu sambil melihat mata adel tepat.

"Kau jangan lupa , aku boleh jadi jahat bila-bila je aku nak" Wanita itu gelak dengan kata-kata yang baru sahaja dilontarkan oleh adel.Adel melihatnya bingung .

"Bukan kau memang dah jahat ke ? Sakitkan hati Aryan tu bukan ?" Adel jalan ke hadapannya lalu menampar pipi wanita itu kuat , sangatlah kuat sehingga mengeluarkan darah ditepi bibir wanita itu.

"Aku jadi macam ni sebab kau lah bodoh !" Adel menamparnya lagi sekali. Wanita itu melihat adel tajam.

"Berani kau !" Anak mata adel yang perlahan-lahan berubah membuatkan wanita itu tersenyum sinis bukan terkejut. Carl dan Darl yang terkejut melihat senyuman sinis wanita itu.

"Nice to meet you as blackrose" Wanita itu menampar pipi adel perlahan lalu mecampakkan bebola yang mengeluarkan asap. Anak mata adel yang ingin bertukar menjadi dark blue perlahan-lahan bertukar menjadi seperti biasa.

"Adel !" Suara adel yang sedang batuk membuatkan Carl dan Darl mencari adel manakala Nick memastikan yang lain keluar. Carl dan Darl membawa adel keluar dari bangunan tersebut dengan segera.

"Kau ok ?" Adel menganggukkan kepalanya lalu membuka masknya kasar. Adel melihat bangunan tersebut. Baru dia perasan bahawa bangunan itu berwarna dark red dan terdapat logo bunga rose.

"Korang semua ok ?" Adel melihat redkiller dan carmonara. Mereka semua mengangguk serentak. Nick berdiri sebelah Adel. "So macam mana lepas ni bos ?" Nick melihat adel sambil menepuk dadanya perlahan kerana asap.

"Balik mansion" Adel berlalu masuk ke kereta ferrarinya dan terus meluncur laju tanpa menunggu mereka. Muka adel yang tegang membuatkan Carl dan Darl mengeluh manakala nick langsung tiada idea.




























Vote and comment
Done 💯✔️



































Siapakah wanita itu ???

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now