MM33

3.9K 202 13
                                        

"Mummy" adel memasuki bilik bacaan yang menempatkan Tengku Nalicia. "Yes ?" Tengku Nalicia menoleh ke belakang. Adel menolong Tengku Nalicia mengangkat beberapa buku.

Tengku Nalicia senyum. "Ha baik semacam ni ... adik nak apa ?" Tak ada bengkok-bengkok , Tengku Nalicia straight to the point terus. Adel melihat Tengku Nalicia dengan sengihannya.

"Adik nak jumpa Tengku Suraya boleh ?" Adel dan Tengku Nalicia duduk di ruangan yang disediakan di dalam bilik bacaan. "Tengku Suraya ? Anak perempuan Tengku Malik ?" Adel mengangguk dengan segera.

"Kenapa ?" Tengku Nalicia ingin tahu. "Aip , mummy . Ni hal budak kecil" selesai sahaja kata sebegitu , adel gelak. Tengku Nalicia juga turut gelak. "Yelah , kamu memang kecil" Adel sengih.

"Boleh ke tidak mummy ?" Adel melihat Tengku Nalicia dengan penuh harapan. "Nak mummy aturkan perjumpaan kamu dengan dia ?" Adel menggeleng.

"Thank you , mummy !" Adel mencium pipi Tengku Nalicia lalu berlari keluar dari bilik bacaan. Tengku Nalicia senyum melihat gelagat puterinya.

*****

Sambil menunggu Tengku Suraya , adel menyisip americano ais yang diordernya sebentar tadi. Selang lima minit , Adel dapat melihat Tengku Suraya yang berada di luar cafe. Sebaik sahaja Tengku Suraya sampai , adel bangun lalu memeluknya. Mereka cukup rapat untuk dipanggil kawan baik.

"Awat Tuan Puteri panggil patik ?" Tengku Suraya menyisip americano ais yang sudah terhidang untuknya. "Tuan Puterilah sangat" adel pura-pura seperti ingin muntah. Tengku Suraya senyum.

"Kau kenal Kiara  ?" Tengku Suraya nampak sedikit terkejut. "Kenal . Kenapa ?" Adel senyum. Tengku Suraya sudah tidak senang duduk apabila melihat senyuman creepy si adel.

"Dia pernah buat masalah dengan kau ? Kalau tak sebab kau tarik balik kes tu , mesti dia masuk lokap kan ?" Tengku Suraya terkejut kerana adel tahu semua tentang masalah kayla dengan dia.

"Betullah tu. Tapi nak buat macam mana , dia nampak baik so aku biarkan jelah dia" adel membulatkan matanya apabila perkataan 'baik' menyentuh gegendang telinganya.

"Kenapa dengan dia ? Dia buat masalah dengan kau juga ke ?" Rasa ingin tahu Tengku Suraya terhadap Kiara  dan adel makin kuat. Adel menyisip dahulu airnya.

"I guess she is" Tengku Suraya mengangguk. Kiara  cari lawan yang dia tak akan dapat kalahkan. Itu yang bermain di minda Tengku Suraya.

*****

"Kau tahu tak wei ? Aku dengar Alice minat bos kita"

"Seriouslah ?! Omg !"

"Tapi ni dari mulut oranglah. Mana tahu salah . Kau senyap-senyap jelah dulu"

Tengku Arrel yang sedang lalu disitu berhenti apabila terdenga nama Alice. Dia dapat dengar semua apa yang pekerjanya kata. Tengku Arrel berdiri belakang mereka dengan senyap.

Salah satu pekerja yang berada di situ menunjukkan Tengku Arrel dengan pandangan matanya. Tapi , kawannya pula tidak faham sehingga Tengku Arrel berdehem.

"Eh bos" mereka berdua pandang lantai. Tak kuat semangat nak pandang muka bos yang serupa singa. Tengku Arrel hanya senyum.

"Tak ada kerja ke nak cakap pasal orang lain ?" Mereka masih tak bergerakkan kepala mereka. "Go to your place" Tengku Arrel kata dengan tenang. Dia pun tak ada masa nak marah pekerja dia.

Tengku Arrel melalui meja Alice. Alice bangun lalu mengucapkan selamat pagi dan menundukkan sedikit kepalanya. Rutin harian seorang PA. Selain itu , dia juga perlu membersihkan bilik kerja Tengku Arrel yang sudah tersedia bersih.

Iloveyou Miss MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang