MM69

2.7K 164 1
                                    

Adel merangkul lengan aryan. Mereka berdua saling membalas tatapan satu sama lain. Adel senyum begitu juga aryan.

"Ehem .. sudah-sudahlah tu" suara Tengku Arriz menyentakkan mereka berdua. Aryan menjeling kawan merangkap abang iparnya.

"Kat mana nak bersweet , kat situ jugalah ada angah" kata adel sambil membetulkan mahkota di atas kepalanya. Tengku Arriz berlalu masuk ke dalam dewan hotel.

Tiada satu bunyi dari dewan hotel dan lampu menghala ke arah pintu dewan hotel dibuka dari dalam. Aryan dan adel melangkah masuk. Senyuman dilemparkan. Lensa kamera berkelip tidak lepas begitu juga keluarga dan kawan rapat yang turut mengambil gambar mereka berdua.

Rangkulan adel menjadi kuat. Aryan menoleh melihatnya lalu memberikan senyuman. Dia tahu adel gementar namun dia dua kali ganda lebih gementar.

Aryan dan adel sudah duduk di atas pelamin yang dihias dengan mewah dan cantik. Aryan mengelus tangan adel perlahan dengan penuh kasih sayang.

"Keluarga di-raja Park boleh dibenarkan untuk naik ke atas pentas dan bergambar bersama Puteri dan suaminya" Adel melihat keluarganya yang naik ke pentas dengan senyuman lebar.

Adel dan aryan bangun ketika Tengku Aqash dan Tengku Avella sudah berada di atas pentas. Tengku Aqash dan Tengku Avella bergilir memeluk adel.

"Cucu nenda" Tengku Avella mengusap pipi adel perlahan. Adel senyum nipis. Mereka sekeluarga mengambil gambar dan sudah semestinya heboh dengan gaya yang diminta oleh mereka semua.

Selepas lima jam resepsi berlangsung , akhirnya adel dan aryan dapat berehat. Penat tak terkata. Keluarga KyleLee ingin berkenalan dengan adel begitu juga Putera-puteri Spain yang ingin menangkap gambar bersama mereka.

Adel menyandarkan badannya ke kerusi. Mahkota yang hanya dimilikinya diletakkan ke atas meja. Aryan menghampiri adel. Bahu adel diurut perlahan.

"Kesian sayang" Adel senyum nipis. Tangannya menarik tangan aryan daripada terus mengurutnya. Tengku Adam menghampiri mereka berdua.

"Baliklah dulu. Pergi bersihkan diri kamu berdua. Hotel kamu dekat dengan rumahkan aryan ?" Aryan mengangguk perlahan. Tengku Adam melihat muka anaknya dan menantunya. Penat.

"Daddy dah panggil driver untuk ambil. Dah nak sampai dah tu. Pergi balik dulu" Adel mengangguk perlahan dan bangun dari duduknya lalu melihat aryan

"Tak apa ke daddy ?" Tanya aryan dengan penuh bersalah. Dia yang CEO dan juga pengantin lelaki namun dia tak dapat nak berada di situ kerana kepenatan.

"Tak apa aryan" jawab Tengku Haydan yang baru sahaja menghampiri mereka berdua untuk berborak bersama Tengku Adam.

Adel dan aryan terus memasuki bilik adel yang kini merupakan bilik mereka berdua. Adel mengambil tualanya lalu melihat aryan yang tercegat di depan pintu.

"Masuklah , orang nak mandi dulu" adel segera masuk ke dalam bilik air. Aryan duduk di tepi katil yang mempunyai bentuk hati dari kelopak bunga ros. Dia mengambil gambar lalu membersihkan katil dan membaringkan dirinya.

Adel keluar daripada bilik air. Matanya tertancap pada aryan yang sudah tertidur di atas katil. Badan aryan digerakkan namun masih tiada respon.

"Bangunlah mandi" tangannya menampar pipi aryan perlahan namun tangan adel ditangkap oleh aryan. Matanya dibuka lalu tersenyum melihat adel dihadapannya.

"Call me abang first" Adel menjelingnya. Tangannya cuba untuk ditarik namun pegangan aryan agak kuat.

"Abang. A-B-A-N-G" aryan mendekatkan mukanya ke adel. Mata adel membulat dan membuatkan aryan senyum gatal. Satu ciuman hinggap di bibirnya. Adel mengemam bibirnya dan matanya melihat aryan tidak puas hati.

"That's my first kiss !" Adel melihat aryan yang sedang senyum nipis ke arahnya . "Me to" kata aryan selamba sambil melihat sekeliling bilik tersebut. Adel melihat aryan pelik.

"Cari tuala ke ?" Aryan mengangguk sambil melihat adel. Adel berlalu ke wardrobe lalu menarik tuala berwarna putih dan dihulurkan ke aryan.

"By the way , sayang nampak sexy bila rambut sayang basah" ujar aryan lalu terus masuk ke dalam bilik air. Adel menjeling aryan lalu berlalu pergi ke meja solek untuk menyikat rambutnya yang basah.

"Along , angah , aryan , adik tak nak tido ke ?" Suara Tengku Nalicia yang bergema membuatkan mereka berpaling melihat Tengku Nalicia. Aryan melihat adel yang duduk di sofa hadapannya.

Tengku Arrel dan Tengku Arriz melihat aryan dan adel silih ganti. Senyuman jahat ditayangkan sesama sendiri.

"Ehem .. ada orang nervous ke ?"

"Angah better you shut up" adel segera berjalan ke lift untuk masuk ke biliknya. Gelak tawa Tengku Arrel dan Tengku Arriz dihiraukan. Adel merengus kasar dengan usikan abang-abangnya namun dia tetap takut untuk melangkah masuk ke biliknya.

Adel duduk di atas meja solek lalu night krim diambil dan disapu ke mukanya. Pintu bilik dibuka dan aryan masuk ke dalam bilik. Rasa awkward menylubungi bilik tersebut.

Ikatan rambut dilepaskan lalu adel berjalan ke katilnya. Aryan yang sudah baring ke atas katil melihat ke arah adel. Rambut panjang paras pinggang adel sentiasa menawan hatinya.

Aryan melihat pergerakan adel. Teragak-agak isterinya untuk baring. Aryan simpan senyum. Tangannya mencapai tangan adel dan membuatkan adel melihatnya.

"It's okay. Tak payahlah nak takut sangat. Abang bukannya nak 'makan' sayang hari ni juga" kata-kata aryan membuatkan adel menampar tangan aryan perlahan. Aryan gelak.

"Cepatnya sesuaikan diri" aryan menoleh melihat adel dalam gelap.

"Kalau abang tak sesuikan diri , sayang nak ke sesuaikan diri dulu dari abang ?" Adel senyap lalu memejamkan matanya. Tidak rasa ingin membalas apa yang dikatakan oleh aryan.

Badannya ditarik ke dalam dakapan aryan. Adel membuka matanya. Jantungnya memainkan peranan.

"Just call me abang. That's what I want right now" kata aryan perlahan dengan nada yang begitu sayu. Adel mengeluh perlahan lalu membalikkan badannya dan menghadap aryan. Adel senyum nipis walaupun aryan tidak nampak.

"I'm sorry abang" tangannya mengusap lembut rambut adel lalu dia mencium dahi adel.

"Good night and sweet dreams my love"












Vote and comment
Done ✔️💯










Adel and aryan dah kahwin ! 🧚🏻‍♀️
Stay tune












Let's archive 100k guys ! You can do it 🙆🏻‍♀️

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now