"Kau ok tak bro ?" Aryan diam. Dia melihat kawan baiknya dengan pandangan kosong. "Kau tak bolehlah nak moody macam ni je" Aryan senyap. Masih dengan pandangan kosongnya.
"Kau carilah sebab kenapa adel nak mengelak dari kau" Aryan melihat kawan baiknya yang duduk dihadapannya.
"Kau tu yang 24 jam dengan adel takkan tak tahu kenapa adel mengelak dari aku ?" Amir sengih. Aryan melihatnya dengan tajam lalu menjelingnya. Amir bodyguard dan juga dikenali sebagai pembantu peribadi Tengku Adelina.
"Manalah aku tahu. Kalau dia nak pergi mansion semua tu , mana dia bagi aku ikut. Sorry bro"
"Tak apalah ... tapi kau takkan tak ada satu pun maklumat kenapa adel jadi macam ni ?" Amir yang sedang mengingat semula menjadi senyap di tempat duduknya.
"Yang aku tahu , blackrose bagi amaran dekat adel" Aryan melihat Amir bingung. Blackrose ? Kenapa tiba-tiba blackrose terlibat dengan perubahan adel sekarang ?
"Blackrose ?"
"Yeeee. Kau ada dengar aku cakap nama group lain ke ? Tak ada kan ?" Amir menjeling aryan lalu melihat semula aryan apabila perkataan blackrose diulang semula oleh aryan.
"Eh blackrose kan pernah jadi musuh kau ? Or lebih tepat still jadi musuh kau ?" Aryan mengangguk perlahan.
"Tapi kenapa blackrose serang aku sorang je sedangkan adel ada time tu. Redkiller pun musuh blackrose" Amir mengangguk tanda betul. Dia sendiri pelik yang blackrose mati-mati nak bunuh aryan.
"Aku rasa dia attack kau sebab ...... jeles kot" Aryan menjeling lalu mencampakkan sebatang pen yang dipegangnya. Tepat kena dahi amir. Amir mendengus perlahan.
"Blackrose tu perempuan lah bongok!"
"Sakitlah woii" Amir melihat aryan tajam lalu menjelingnya. Dia mengusap dahinya yang baru sahaja 'dikerjakan' oleh aryan. Aryan mengangkat keningnya lalu menyilangkan kedua tangannya.
"Tulah , lain kali jangan merepek. Kan dah kena" Amir menjeling aryan lalu mencampak semula pen yang dicampak oleh aryan ke arahnya.
"Hoho , revenge" Amir menutup matanya kerana tahu pen yang dicampak kena aryan namun tiada bunyi ataupun mendengus kesakitan. Amir membuka matanya dan pen tersebut berada di pegangan aryan. Amir membulatkan matanya.
Aryan senyum kemenangan. "Revenge always lose" Amir menjelirkan lidahnya. Aryan gelak. Amir melihat aryan dengan pandangan serious. Aryan pelik.
"Revenge always lose ? But adel kalau revenge tak pernah kalah pun" Mati terus senyuman aryan. Amir senyum kelat.
*****
Adel menapak keluar dari lift. Sepanjang perjalanan untuk ke tempat parkingnya , adel hanya memasang muka dinginnya.
"Kau pergi mana hah ?!" Amir yang baru sahaja ingin masuk ke lobi utama terkejut dengan sergahan adel. Amir langsung menundukkan kepalanya.
"Sorry bos. Ada emergency tadi" Adel melihat Amir tidak puas hati. "Bawa kereta" Adel mencampakkan kunci keretanya ke Amir. Huh nasib baik aku dapat tangkap.
'Aryan punya kerjalah ni. Kalau dia tak ajak aku borak tadi tak adanya aku kena marah dengan adel'
"Bos nak pergi mana ?"
"Hantar aku pergi mansion then kau balik" Amir menoleh ke belakang sekilas.
"Nanti bos balik naik apa ?"
"You're too loud" Adel menjeling Amir lalu menyandarkan kepalanya dan menutup matanya. Amir serta merta diam.
'Nilah sikap bos aku lepas blackrose bagi amaran. Sebelum ni boleh dia cakap elok-elok dengan aku. Sekarang ... no'
Adel menoleh ke belakang melihat Amir yang masih tercegat dibelakangnya. Adel menghela nafas kasar. Rambutnya diramas perlahan.
"Ni bukan kali pertama aku suruh kau balik lepas hantar aku pergi mansion. Yang kau overprotect sangat hari ni kenapa ?" Adel menghadap Amir.
"Baliklah ! Aku kasar dengan kau nanti. Bukan , aku memang akan kasar. Kau nak balik atau nak mati ?" Amir masih tercegat di tempat berdirinya. Adel mengeluarkan pistol kesayangannya yang berada dalam sling bagnya.
Adel mengacukan pistol ke arah Amir. Amir menundukkan sedikit kepalanya lalu berlalu masuk ke dalam kereta Range Rover Adel.
Adel membuka pintu mansion dengan kasar. "Mana Nick dengan Carl ?" Nick yang baru sahaja duduk di sofa berhadapan adel memanggil Carl yang sedang melihatnya dari tingkat atas.
Carl segera turun dan duduk disebelah adel. Adel melihat Nick. Nick menggeleng. "Maklumat peribadi Kiara dijaga ketat" Adel menutup matanya sebentar.
"Tapi kenapa kau nak tahu pasal Kiara ? Kan Kau dah tahu dia siapa"
"Aku rasa ada yang tak kenalah. Aku rasa dia bukan orang biasa" Nick dan Carl melihat adel serentak.
"Apa pun , kau kena try juga buka maklumat dia" Nick mengangguk lalu mencatatkan ke dalam ipadnya.
"Carl , aku nak minta kau cari siapa sebenarnya blackrose and orang yang hantar surat amaran" Carl mengangguk. "Nick , ketatkan kawalan keselamatan dekat rumah and mansion , HPM to" Nick mengangguk dan berlalu pergi ke bilik cctv.
"Kau ok ?" Adel melihat Carl malas. "Dari segi ?" Balas adel lalu melihat Carl yang sedang melihatnya. Serious betul mamat ni hari ni. Dia nak tanya aku apa pulak dah ni , haihlah Carl.
Adel mengangkat tangannya sebelum sempat Carl membuka mulutnya."Kalau kau nak tanya dari segi perasaan , baik kau stop and tak payah tanya pun pasal tu" Carl menjeling adel.
"Tahu je kau" Adel mengangkat keningnya.
"Tahulah , dah semua budak carmonara bila jumpa aku mesti tanya pasal perasaan. Apa dorang fikir aku ni nak bersedih je manjang ?" Adel menjeling Carl yang sedang melihatnya sambil sengih.
"Boss" Adel menoleh melihat Nick. "Boss punya pertabalan tinggal 1 bulan 2 minggu sahaja. Jadi macam mana dengan blackrose ?" Adel mengangguk. Baru ingat bahawa hari pertabalannya makin hampir.
"So cepatlah cari siapa blackrose and dekat mana blackrose sorok. Kiara pun" Nick mengangguk. Carl melihat adel dari tepi. Aura evilgirl adel yang makin lama makin kuat membuatkan dia sendiri rasa seram sejuk.
"Adel" Adel melihat Carl lalu mengangkat keningnya.
"Kau nak apa lagi ?" Adel melihat Nick bosan. Carl menggeleng serta senyuman kelatnya.
'Tuan Puteri , you change a lot , to lot until I don't know where is our princess'
Vote and comment
Done 💯✔️Next chapter is adel with Kiara ? Jessica ? Zack ? Or ...... aryan ? 🤔
YOU ARE READING
Iloveyou Miss Mafia
Fanfiction[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...