MM27

3.8K 207 7
                                    

Tengku Arrel keluar dari penthousenya untuk menghirup udara segar. "Tengku nak saya teman ?" tanya Syafiq ; setiausaha peribadi Tengku Arrel . "No need" Tengku Arrel senyum nipis.

Syafiq mengangguk berserta senyuman nipis. Kereta porsche berwarna putih laju meluncur keluar dari perkarangan penthouse Tengku Arrel.

Tengku Arrel selamat sampai di taman air pancut. Salah satu tempat kesukaannya. Tengku Arrel duduk di bangku yang berhadapan air pancut. Sungguh indah ciptaan Mu , ucap Tengku Arrel dalam hatinya.

Angin perlahan-lahan menampar pipi Tengku Arrel . Terasa sangat sejuk dan aman. Masalah yang selama ini berada dalam otak , hilang begitu sahaja.

"Tolong !" jeritan seseorang menyentakkan Tengku Arrel. Tengku Arrel bangun untuk mencari dari mana datangnya jeritan itu. Tengku Arrel jalan selangkah demi selangkah. Tengku Arrel sampai ke belakang kedai.

Dia nampak seorang lelaki sedang mengheret seorang perempuan . "Tolong !" betullah tekaan Tengku Arrel , jeritan itu datang dari perempuan yang diheret oleh lelaki berbadan tegap.

"Woi berhenti !" jerit Tengku Arrel . Lelaki berbadan tegap dan perempuan itu berhenti. Tengku Arrel lari pergi ke mereka . Lelaki itu melihat Tengku Arrel atas bawah . "Nak berlagak hero ke ?!" Tengku Arrel juga memakai mask , seperti adel.

"Tak , aku suruh kau lepaskan dia je" kata Tengku Arrel selamba. "Kau siapa bagi dia ?!" jerkah lelaki itu lagi. Tengku Arrel melihat perempuan itu. Dia kenal perempuan tu. Kenal sangat.

"Aku tunang dia" ayat ini keluar secara spontan. Dia sendiri pun terkejut dengan apa yang dia kata. Perempuan itu dua kali ganda terkejut. Perempuan itu tahu yang lelaki dihadapannya berkata sebegitu hanya untuk menolongnya.

Lelaki berbadan tegap itu melepaskan tangan perempuan itu dengan kasar . Perempuan itu jatuh terduduk. Tengku Arrel mencangkung untuk melihat perempuan itu terluka ataupun tidak.

"Kau ok tak ?" tanya Tengku Arrel. Perempuan itu nangis tanpa mengeluarkan satu suara pun. Dia hanya mengangguk. Tengku Arrel melihat sekeliling . Matanya terpandang akan bangku yang didudukinya sebentar tadi. "Bangunlah , jangan duduk sini. Jom , duduk dekat bangku tu" ajak Tengku Arrel. Perempuan itu hanya menurut.

"Asal dengan lelaki tu ?" tanya Tengku Arrel setelah perempuan itu tenang sedikit. Mata dia sedikit bengkak disebabkan dia nangis terlalu lama. Perempuan itu melihat Tengku Arrel yang duduk disebelahnya.

"Sebenarnya , masa saya nak singgah kedai kek beras , lelaki tu ada dekat depan kedai . Saya buat tak tahu je bila dia kacau saya. Last-last dia heret saya" terang perempuan itu lalu menghadap air pancut. Tak kisah dengan penampilan dia yang nampak selekeh.

"Kau ok kan ?" tanya lagi Tengku Arrel untuk kepastian. "Saya okay , boss" kata Alice merangkap PA KV'sky. Tengku Arrel melihat muka Alice dari tepi. "Boss tak apa-apa ke ?" tanya Alice tanpa memandang muka Tengku Arrel . Dia tidak sedar mungkin yang Tengku Arrel sedang menatap wajahnya.

Tiada sahutan. Alice memandang tepi , dia melihat Tengku Arrel memandangnya. "Err boss ?" Alice melambai tangannya dihadapan muka Tengku Arrel. "Yeppo (cantik)" gumam Tengku Arrel perlahan. Sangat perlahan sehingga Alice tak akan dapat mendengarnya.

"Hah ?" dahi Alice berkerut. "Pardon ?" kali ini Tengku Arrel pula yang berkerut. Alice gelak sopan. Bagi dia muka Tengku Arrel tadi lawak plus blur. Tengku Arrel senyum melihat Alice gelak sebegitu. Dia pun tak tahu kenapa mata dia nak sangat tatap muka Alice sedikit ni.

Tengku Arrel memandang air pancut semula. Alice bangun "Saya balik dulu , terima kasih sebab tolong saya. Kalau boss tak ada tadi , mungkin saya tak dapat berkhidmat lagi dengan KV'sky . Terima kasih lagi sekali" Alice menundukkan badannya. Tengku Arrel hanya melihat pemergian Alice dengan perasaan yang sukar ditafsir.

Tengku Arrel meletakkan telapak tangannya di dada. Betapa kuatnya jantung dia berdetak sekarang. "Aku suka dia ke ?" Tengku Arrel menanyakan kepada dirinya. Tengku Arrel menutup matanya sebentar . "Arghh tak mungkinlah" Tengku Arrel sendiri yang menafikan , kenapa ? Sebab dia susah nak jatuh cinta.

Alice masuk ke dalam keretanya. Alice juga melakukan perkara yang sama , meletakkan telapak tangannya di dada. "Jantung ni ...... selalu sangat macam ni bila dengan Tengku Arrel . Stoplah !" Alice menepuk dadanya.

Ye dia suka Tengku Arrel , puas ? Tapi , dia siapa untuk ada perasaan dekat Putera Spain ? Dia nak hilangkan perasaan itu. Ingatkan senang , rupa-rupanya lagi susah berbanding bunuh diri.

*****

Tengku Arriz mengetuk pintu bilik adel. "Ye masuk" sahut adel dari dalam biliknya. Adel melihat ke muka pintunya. "Eh angah . Angah nak apa ?" tanya adel yang sedang duduk di meja kerjanya. Dia sedang melihat borang pekerja HPM.

"Princess buat apa ?" kali ini Tengku Arriz pula yang menanyakan soalan. "Ni hah , borang pekerja HPM" adel mengangkat kertas yang dipegangnya. Tengku Arriz duduk di sofa yang berada dalam bilik adel.

"Nak tak kita video call dengan along ?" ajak Tengku Arriz dengan sengihan creepy dia . "Patutlah dia bawa iphone dia masuk dalam bilik aku" gumam adel sambil matanya melirik ke Tengku Arriz yang tersengih. "Adik tak kena bayar bil angah kan ?" Tengku Arriz menggelengkan kepalanya.

"Haihlah adik . Abang mu yang satu ni tak adalah sejahat tu" Tengku Arriz menjeling adel. Adel gelak. "Mana tahu" adel sengaja buat Tengku Arriz marah . Tengku Arriz ? Dia pandang adel bagai nak marah tapi dia tak akan marah punya. Adel bangun lalu duduk di sebelah Tengku Arriz. Tengku Arriz mendail nombor Tengku Arrel.

"Assalamualaikum adik-adik along" sapaan Tengku Arrel membuatkan adel dan Tengku Arriz ingin muntah.

"Waalaikumsalam. Yuck , asal along kata macam tu ? Gelilah pandai" Tengku Arriz kata dengan mimik mukanya. Dia betul-betul gelilah tu. "—- habis telinga angah sebab dengan along kata macam tu" sambung Tengku Arriz lalu tahan gelak yang bakal terhambur juga nanti.

"Tah along ni . Gelilah" adel juga sama. Mukanya dibuat-buat macam ingin muntah. Tengku Arriz dan adel saling berpandang lalu sengih antara satu sama lain.

"Hello !! Kamu dua yang call along pastu nak cari pasal pula . Adik-adik tak guna" kali ini Tengku Arrel pula yang naik berang. Jari telunjuknya dihalakan kepada Tengku Arriz dan adel. Tengku Arriz dan adel gelak.

Tengku Arrel juga ikut gelak. Walaupun seorang jauh perangai mereka langsung tak berubah. Dan malam itu banyaklah lagi yang adik beradik Park bergurau dan bertanya khabar antara satu sama lain. Malam itu , dipenuhi dengan gelak tawa dan gurau senda adik beradik Park.

























Vote and comment
Done 💯✔️


























Alice jodoh Tengku Arrel ?

































Rindu korang dekat tiga Park dah terubat belum ? Dah kan ? Heheh (smile)

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now