"Honestly sayang memang tak tahu yang daddy ada penthouse dekat dengan HPM" Siapa sangka bahawa penthouse mereka tidak jauh dengan HPM. Adel dan aryan masih kaku melihat penthouse tersebut. Besar.
"Alhmdulillah siap juga" Aryan duduk disebelah adel yang sedang membetulkan ikatan rambutnya. Tangannya laju sahaja membuka Itaewon Class. Aryan melihat adel tidak percaya.
"Dekat ruang tamu pun sayang nak tengok cerita ni ?" Adel mengangguk. Matanya tidak lepas dari melihat kdrama tersebut. Aryan menggeleng. Dia bangun dari duduknya dan melangkah ke dapur. Peti ais dibuka. Kosong.
"Sayang !"
"Bagi cerita sayang habis dulu !"
Muka aryan yang masam membuatkan adel gelak besar. Disebabkan kdrama kegemarannya aryan terpaksa tunggu selama 1 jam 50 minit.
"Hm dah sampai" Aryan keluar dari kereta dan masuk ke Village Grocer tanpa menunggu adel.
"Abang !"
"Sorrylah. Lepas beli barang sayang masakkan untuk abang eh ? Tau ? Tau ?" Aryan simpan senyum. Masih mahu merajuk dengan adel buat masa yang panjang. Baginya bila adel berusaha untuk memujuk dia nampak sangat comel !
"Kalau merajuk sayang tak nak masakkan untuk abang ! Order food panda je" Mulutnya dimancungkan. Aryan melihat adel dari ekor mata. Siapa yang merajuk sekarang ni ?
"Abang dah tak merajuk dah. Sayang ? My boo ?" Adel menoleh melihat aryan lalu melemparkan senyumannya.
"My boo ? I love that nickname !" Aryan gelak melihat muka adel. Troli ditarik. Adel jalan ke depan. Pelbagai makanan diangkut mereka berdua.
Aryan mengangkat telefon adel yang berbunyi. Aryan melihat ke arah adel yang sedang membeli ayam , udang , sotong dan kupang. Dia nak masak apa ?
Adel menghampiri aryan. Muka aryan yang terlihat gembira menimbulkan persoalan difikiran adel. Aryan meletakkan semula telefon adel ke dalam sling bag sang isteri.
"Nampak cam gembira je. Siapa ?" Tajam adel melihat aryan. Mana tahu ada kawan dia yang gatal telefon pastu bagi aryan ayat manis.
"Mummy call" Muka adel berubah teruja.
"Kenapa ? Ada apa-apa ke ?"
"Mummy suruh datang rumah. Good news I guess sebab cara mummy cakap happy" Adel mengangguk faham. Ayam , udang dan kupang yang dibeli diletakkan dalam troli.
"Sayang nak masak apa ?"
"Ayam barbecue , tomyam , udang goreng and sayur campur" Aryan melihat adel tidak berkelip. Adel melihatnya pelik. Puteri Spain ni pandai masak ?
"Sayang pandai masak eh !" Adel menjeling aryan. Tahu apa yang berada di fikirannya. Dia pandai apa masak. Makanan Spainlah dia paling pandai.
"Banyaknya , udang goreng tak payahlah sayang"
"Tak apalah. Lagipun ni first time kan sayang masak untuk abang" Aryan mengangguk. Masa duduk dengan keluarga mentuanya mestilah mak anie yang akan masak.
"Jomlah bayar then pergi rumah daddy" Aryan mengangguk. Troli yang penuh makanan ditolak perlahan.
"Boo tunggulah abang !" Adel gelak perlahan.
"Boo tunggu ni. Cepatlah"
*****
"Jomlah pergi HPM" Alice menggeleng lemah. Bibirnya dilap kasar dengan sapu tangan. Dari pagi sampai ke tengahari dia terasa mual dan tidak sedap badan. Mukanya yang pucat ditatap lembut oleh Tengku Arrel.
YOU ARE READING
Iloveyou Miss Mafia
Fanfic[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...