Adel yang ingin bangun dari kerusinya terbantut kerana tangannya tertolak little bear. Adel mengangkat semula patung itu. Patung pemberian niell.
Flashback
"Akak harap wad ni" Adel mengetuk lalu masuk ke wad tersebut bersama niell. Adel ternampak seorang wanita menangis didalam pelukan lelaki. Mungkin mereka suami isteri , fikir adel.
Tanpa sempat adel hendak buka mulutnya , niell sudah melepaskan tangannya dan berlari ke wanita itu. Adel rasa itu mama dan papa niell. Adel senyum. Wanita dan lelaki itu mengahmpiri adel. Wanita itu mengucapkan terima kasih , begitu juga suaminya.
"Eh adel , buat apa dekat pintu ni ? Masuklah dulu" Tengku Raulya yang ingin masuk melihat adel berada di depan pintu wad. Adel bingung. "Adel tak ingat ke ? Ni wad aryanlah sayang" Adel senyum kelat.
"Ya allah niell , siapa jumpa kamu ?" Tengku raulya memeluk niell. Niell senyum. "Kakak cantik ni yang jumpa niell" jari telunjuknya dihalakan kepada adel.
"Terima kasih adel sebab jumpa niell. Kalau orang lain mungkin kami tak dapat jumpa niell" Tengku Raulya meraih kedua tangan adel . Adel senyum.
"Sama-sama aunty"
Wanita dan lelaki itu melihat Tengku Raulya dan adel silih ganti. Lelaki itu menarik tangan Tengku Raulya untuk beritahu siapa adel. "Eh mama lupa pula , ni anak sulung aunty dan isterinya"
"Tengku Rayyan , Tengku Natasha Athirah" Tengku Rayyan memperkenalkan dirinya dan isterinya. Tengku Natasha dan adel bersalaman. "Ha along , takkan tak tahu dia ni siapa ?" Tengku Raulya melihat Tengku Rayyan yang hanya mengerutkan dahinya.
"Ni , cucu Tengku Adam , Tengku Adelina Natrah" Tengku Rayyan dan Tengku Natasha melihat satu sama lain.
"Tuan Puteri"
"Eh-eh , tak payah. Panggil adel je" Adel menegah mereka daripada berkata sebegitu. Adel senyum. "Nama niell sebenarnya apa ?" Adel menyamakan paras ketinggiannya dengan niell.
"Niell lupa pula nak bagitahu nama niell" Niell sengih. Pipinya yang putih kemerahan dan tembam betul-betul membuatkan niell kelihatan comel. "Nama niell , Tengku Daniell Kyle Lee" Adel senyum. Tengku Rayyan dan Tengku Natasha senyum melihat telatah anak lelakinya
"Nama kakak cantik pula ?" Adel senyum. Hendak sahaja tawanya dilepaskan kerana panggilan yang masih tidak berubah. "Nama kakak , Tengku Adelina Natrah Park" Daniell senyum.
"Wahh nama kakak cantiklah"
"Nama niell pun cantik" Adel mencubit lembut pipi niell yang tembam. "Niell , akak nak keluar tau. Nanti ada masa , kita jumpa lagi eh" Adel bangun dan menundukkan sedikit badannya kepada Tengku Raulya dan yang lain.
Baru sahaja adel hendak melangkah keluar , tangan adel dipegang oleh niell. "Kakak cantik jom jumpa uncle niell dulu" tangan adel ditarik lembut oleh niell untuk pergi ke aryan yang sedang tidur.
"Eh niell-"
"Ni uncle niell. Hensem kan ?" Adel hanya senyum tanpa membalas soalan niell. "Kakak cantik tak nak cakap dengan uncle niell ke ?" Suara niell yang agak lantang itu sedikit banyak menganggu aryan dari tidurnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Iloveyou Miss Mafia
Fanfiction[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...