MM41

3.4K 193 6
                                    

"Angah bagilah balik !"

"Tak nak !"

"Angah ! Adik nak siaplah !"

"Don't care"

"Give me back lah bongok !"

"Adik sini. Biar angah tu. Dah penat nanti dia berhenti lari lah tu" Tengku Nalicia memanggil adel. Adel duduk di sebelahnya. Muka adel kemerahan akibat penat berlari. Dia menjeling Tengku Arriz yang berdiri tidak jauh daripadanya.

"Mummy , adel siap dulu eh" Tengku Nalicia mengangguk. Adel naik ke atas dengan menghiraukan panggilan dari Tengku Arriz. Tengku Arriz melihat Tengku Nalicia yang memandangnya tajam.

"Ye mummy , jap lagi angah bagi adel" Tengku Arriz sengih lalu naik ke biliknya untuk menukar pakaiannya.

"Along , nak pergi ambil dia ke ?" Tengku Arrel mengangguk. Dia masih belum bagitahu nama Alice. Tengku Adam memegang bahu anak sulungnya. "Kata kat dia , dont be nervous. Kami tak makan orang" Tengku Arrel gelak mendengar jenaka daddynya. Tengku Adam juga turut gelak.

*****

Alice menunggu Tengku Arrel dihalaman rumah keluarganya . Alice masuk ke kereta Tengku Arrel sebaik sahaja kereta itu sampai. "Hai dear" Alice senyum. Tengku Arrel melihat Alice yang mengenakan blouse panjang dan rambutnya yang digayakan messy bun. Cukup cantik di mata Tengku Arrel.

"Kenapa awak tengok saya macam tu ? Tak ok ke ?" Alice melihat baju yang dipakainya. Tidak terdedah dan semua tertutup. Apa yang tak kena ?

Tengku Arrel menarik tangan Alice lembut dari melihat bajunya. "No dear , you're so beautiful tonight" Alice senyum malu. Ye , dia masih malu dengan Tengku Arrel walaupun sudah sebulan ayat manis sentiasa keluar dari mulut Tengku Arriz.

Tengku Arrel dan Alice sudah berada di hadapan  pintu rumah Tengku Adam. Tengku Arrel melihat Alice yang berada di sisinya. "Don't be nervous. Mereka tak makan awak pun" perlahan sahaja Alice gelak walaupun perasaan gementar masih terasa.

Tengku Arrel mengetuk pintu besar itu lalu dibuka oleh  Mak anie. Mak anie senyum kepada Alice. Alice membalas senyuman mak anie. Tengku Arrel dan Alice sudah berada di ruang tamu utama. Tengku Adam dan Tengku Nalicia datang ke ruang tamu utama bersama.

Tengku Nalicia melemparkan senyuman kepada Alice. Alice menyalami tangan Tengku Nalicia. "Nama siapa ?" Alice melihat Tengku Arrel. Dia ingat Tengku Arrel dah bagitahu nama dia.

"Alice Malfoy" Tengku Adam mengerutkan dahinya. Macam familiar. Macam pernah dengar nama keluarga tersebut.

"Nama ayah ?" Tanya Tengku Adam untuk kepastian. "Alberte Malfoy" Tengku Adam melihat Alice. "Danity Company right ?" Alice mengangguk. Senyuman tidak usah kata. Ramah betul Tengku Adam dan Tengku Nalicia.

"Abang kenal ke ayah Alice ?"

"Dia business partner kita lah , yang"

"Kecil betul dunia" Alice senyum lalu melihat Tengku Arrel yang berada di sebelahnya. Tengku Arrel juga turut senyum. Dia dapat rasa , hubungan ini dapat restu daripada mummy dan daddynya.

Adel dan Tengku Arrel turun melalui tangga untuk ke ruang tamu utama. Mata alice tertarik untuk melihat adik perempuan Tengku Arrel yang juga dikenali sebagai Puteri ke-9.

Apabila adel sudah sampai ke ruang tamu utama , Alice melihat adel yang duduk bersebelahan Tengku Nalicia.

Putih , cantik , baik , itu apa yang Alice rasa sebaik sahaja melihat adel. Begitu juga mata biru cairnya. Adel senyum apabila melihat Alice yang senyum kepadanya.

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now