𝓑𝓪𝓫 11

1.1K 41 0
                                    

Harith memandang Fardiana dari balkoni biliknya. Dah kenapa dengan adik aku ni sejak dua menjak ni? Aku tahu dia ada sorokkan rahsia besar dari pengetahuan kami tapi semuanya hanya buat bodoh seolah-olah tak nampak yang dia tengah ada masalah.

Bukannya tak pernah tanya tapi dah beribu kali tanya. Sampai umi paksa dia cakap pun dia tak nak cakap. Katanya tak ada apa-apa. Ha...inilah tak ada apa-apa dia. Termenung mengalah orang putus cinta lagi.

"Kau dah tanya Dian kenapa dengan dia?" tiba-tiba suara Fazrin menerjah ruang biliknya.

"Huish abang ni! Terkejut aku. Hmmm mulut aku ni dah berbuih sabun pelbagai jenama dah hah tanya apa masalah dia tapi jawapan yang aku dapat sama jelah. Tak ada apa-apa."

Fazrin turut memandang adiknya dari balkoni. Risau. Dian sorang je satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Aku takut kehilangan dia.

"Aku rasa ada benda yang terjadi dekat ofis. Kejap! Kejap! Kalau tak silap aku, bukan kau ada nombor kawan dia nama Nida tu ke?"

"Nida? Eh! Mana ada."

"Isy! Takkan kau dah clear contact kot? Kan dua hari lepas Dian ada pinjam fon kau nak call Nida?"

Harith cuba ingat balik. "Hah! Ada! Ada! Kejap..." Harith menuju ke katilnya lalu telefonnya diambil. Laman call dibukak lalu mencari nombor Nida yang didail 2 hari lalu.

"Nak call Nida ke?" Fazrin hanya mengangguk. Dari mereka tertanya-tanya macam ni, ada baiknya tanya ke Nida terus.

Nombor Nida ditekan lalu telefon dilekapkan ke telinga. Panggilan berjawab. "Hello."

"Hello? Sapa ni?"

"Ryan Fazrin...abang kepada Fardiana."




"ADA apa awak berdua nak jumpa saya?" tanya Nida sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Fazrin, Harith dan Fazriq.

Nida cuba kawal muka gelabahnya. Yelah tiga abang kepada Fardiana nak jumpa dengan dia. Mahunya tak gelabah. Aku ada buat silap dekat Dian ke sampai tiga-tiga abang dia nak serang aku terus.

"Rileks...kitaorang nak jumpa awak bukan nak serang pun," ujar Harith seperti dapat tahu apa yang ada dalam hati Nida.

Fuh...lega kejap.

"Actually kami nak jumpa awak ni sebab ada benda kami nak tanya dekat awak pasal Dian," ujar Fazrin dengan nada sedikit tegas.

"Dian? Kenapa dengan Dian?"

"Dia ada masalah ke dekat ofis? Sebab bila dia balik rumah je dia akan termenung macam ada masalah besar. Dia ada masalah dekat ofis tu?" soal Harith pulak. Aku sebagai kembar dia lagilah terasa yang dia tengah ada masalah.

Nida memandang ketiga-tiga mereka serentak. Errr...nak bagitahu ke tak? Isy! Kalau aku cakap aku tak tahu apa-apa, nampak sangat aku menipu sebab aku je yang paling rapat dengan Dian. Tapi...Dian dah cakap dekat aku supaya jangan bagitahu sapa-sapa pasal rahsia dia tu.

"Nida? Awak senyap macam ni maknanya memang ada something lah kan?" tebak Harith.

"Sebenarnya memang ada tapi saya dah janji dengan Dian tak nak bagitahu sapa-sapa. Dian suruh saya rahsiakan benda ni dari semua orang."

"Ok...tapi kalau jadi apa-apa dekat Dian, awak nak bertanggungjawab? Satu family Dian tak tahu apa-apa ni. Kalau jadi apa-apa dekat Dian, kami akan target awak dulu."

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now