"Baba ada dengar sendiri dari mulut Dian hari tu yang kamu nak bawak dia balik Thailand ya?" Ryan menyoal Raid bila hanya suasana krik-krik menyelubungi mereka.
"Betul baba. Mama dengan papa saya nak sangat jumpa dengan Dian. Jadi, saya fikir saya nak bawak Dian balik Thailand kejap?"
"Kamu yakin kamu boleh jaga anak baba dengan elok-elok bila baba izinkan Dian pergi dengan kamu? Baba tak percayakan kamu apatah lagi apa yang kamu dah buat dekat dia selama ni. Baba tak sepenuhnya percayakan kamu."
Aku tahu bab-bab macam ni memang Raid ada hak nak bawak Dian ke mana sekalipun tanpa mintak izin aku sebab dia suami kepada anak aku. Tapi, bila dia dah buat macam-macam dekat Dian, aku tak boleh nak terima dan aku risau dengan keselamatan Dian. Entah apa yang dia boleh buat dekat Dian nanti bila dekat Thailand.
"Betul tu..." Hanny turut bersetuju dengan apa yang dikatakan suaminya.
"Baba...umi...." Fardiana bangun lalu duduk di antara umi dan babanya. "Baba dengan umi janganlah risau. Dian yakin yang Raid boleh jaga Dian dekat Thailand tu nanti."
"Dian yakin ke Raid boleh jaga Dian? Dian percayakan Raid ke? Baba tak percaya..."
Fardiana memandang Raid seketika sebelum kembali menyambung bual dengan babanya. "Dian yakin dengan suami Dian baba. Lagipun, Raid nak bawak Dian pergi jumpa dengan mama papa dia je. Bukannya bawak ke mana-mana pun. Boleh ye baba? Kesian dengan mama papa Raid sebab teringin sangat nak jumpa dengan Dian. Tak salahkan kalau Dian tunaikan impian diorang?"
Ryan memandang Raid yang hanya diam dari tadi. Kemudian, memandang anak perempuannya pula. Risau tu memang aku risau tapi aku tak boleh menidakkan hak Raid sebagai suami anak aku. Dia pun ada hak untuk bawak anak aku ke mana sekalipun yang dia nak.
"Ok, baba bagi tapi ada satu syarat. Raid!" matanya terus memandang bapa mertuanya bila namanya diseru.
"Ya baba?"
"Baba percayakan kamu sekali ini sahaja dan baba nak kamu pegang kepercayaan yang baba bagi kepada kamu. Baba nak kamu jaga dia elok-elok dekat Thailand tu nanti. Kalau baba dapat tahu something buruk jadi dekat anak baba, baba takkan maafkan kamu. Faham?"
"Baiklah baba," jawabnya dua patah.
"Thank you baba!" Fardiana segera memeluk tubuh baba dan uminya serentak.
"Dian, kenapa sekarang umi nampak Dian gemuk ni? Makan banyak ehhh?" tanya Hanny bila dia sedar badan anaknya dah gebu lain macam.
"Betul tu. Dian makan apa sampai badan Dian naik berisi macam ni?" Ryan turut membelek tubuh anaknya. Gemuk banyak dah ni.
"Alah...sejak Dian mengandung ni, Dian selalu rasa nak makan makanan Thai. Banyak pulak tu! Sebab tulah badan Dian naik besar gedabak macam ni!" dalam masa yang sama sebab Raid masak sedap jugak! Hehehe!
"Makan dekat luar? Setahu umi, Dian tak pandai masak masakan Thai ni."
"Lah...suami Dian kan pure Thai?" mata Ryan dan Hanny terus melekat pada Raid.
"Raid yang masak untuk Dian?" suara Hanny seakan-akan tak percaya. Biar betul menantu aku ni yang masak?
"Iye! Sedap tau umi! Tak puas Dian makan. Semalam Raid masak tomyam. Fuh! Merecik hawauuu!!!" sebut je tomyam, terus dia terbayangkan tomyam yang Raid masak semalam. Fuh! Mahu meleleh lagi air liur aku dibuatnya. Nak suruh Raid masak tomyam lagilah!
"Betul ke?" Ryan masih lagi tak percaya. Tapi, percaya ke tidak memang aku sendiri tengok dalam rakaman CCTV yang Raid masak makanan untuk Dian. Tapi, tulah aku jadi musykil sebab apa Raid tiba-tiba jadi baik dengan Fardiana.
"Ya Allah baba! Betul! Sumpah Dian tak tipu. Macam-macamlah Raid masak makanan Thai untuk Dian. Semuanya sedap."
"Ohhh...patutlah adik abang ni makin gemuk!" ujar Fazrin lalu pipi Fardiana ditarik kuat. Fardiana meringis sakit.
"Sakitlah abang!!!" sikit punya kuat abang aku ni tarik pipi aku. Kalau tercabut pipi aku ni, macam mana?!
"Alohhh...orang tarik sikit je pun," Fazrin mencebikkan bibirnya.
"Rin, Hanis mana?" tanya Hanny bila Hanis tak turun sekali.
"Ada dalam bilik tu. Katanya badan dia still lenguh dan sengal."
"Ohhh...emmm...umi pergi dapur masak kejap eh? Raid dengan Dian makan dekat sini jelah ye? Lama rasanya tak berkumpul ramai-ramai. Ni bila dah ada ramai-ramai macam ni, rasa meriah sikit."
"Boleh umi! Dian pun teringin nak makan masakan umi. Tapi, Dian nak buat request boleh tak?" dia tersengih. Tiba-tiba pulak tekak aku nak makan... "boleh tak umi masak ayam masak paprik?"
Hanny tertawa kecil bila anaknya buat muka comel macam tu. "Mestilah boleh. Umi masakkan ye?" Hanny bangun lalu menuju ke dapur.
Hanny kembali keluar dari dapur menghampiri Fazrin. "Rin, boleh tolong umi tak? Tolong belikan sos tiram, sos ikan, bawang merah dengan jagung muda."
"Jagung muda? Bawang merah? Umi tahukan Rin tak pandai nak pilih benda tu?"
"Tak apa. Saya boleh tolong," Raid menghulurkan bantuannya.
"Serius ke ni Raid?" alah Hanny, kalau dia dah boleh masak untuk Dian, takkanlah dia tak pandai nak pilih bawang dengan jagung muda tu pulak kan?
"Betul umi. Saya pergi beli barang yang umi nak tu," Raid bangun dan keluar dari rumah.
"Tunggu aku! Nak ikut jugak!" jerit Fazrin lalu segera berlari keluar dari rumah.
"RAID...aku nak berterima kasih dekat kau sebab jaga adik aku elok-elok. Thank you sebab tunaikan permintaan aku yang satu ni. Nampak sangat kau jaga dia elok-elok sampai adik aku jadi bam bam macam tu."
"Hahahaha welcome bro. Aku rasa tak salah kalau aku tunaikan permintaan kau tu. Yelah, aku pun ada sorang adik perempuan dan sedikit-sebanyak apa yang kau mintak aku buat ni terksesan dekat aku jugak. Aku pun faham perasaan kau sebagai seorang abang."
"Oklah tak payahlah nak buka topik emo pulak. Cuma, sekarang ni aku nak tanya kau, kau memang pandai masak ke?" serius macam tak percaya bila dengar adik aku tadi cakap yang Raid masakkan semuanya untuk dia. Me that time like what?
"Kenapa? Kau tak percaya ke yang aku ni boleh masak? Hmmm? Aku boleh masaklah tapi makanan Thai jelah. Kalau kau suruh aku masak gulai, memang aku fail terus jawabnya. Silap-silap jadi tomyam!" mereka berdua ketawa kuat.
"Kalau Dian mintak kau masak itu-ini, kau akan masak jugak?"
"Yep! Sebab sekarang ni dia banyak mengidam makanan Thai. So, tak ada hallah aku nak masakkan untuk dia."
"Kau belajar mana masak semua tu?"
"Dari mama akulah. Bila dah pandai masak sendiri kan, nak masak apa pun senang. Macam kalau kita teringin nak makan something time tu kan, boleh masak terus. Tak payah harapkan orang lain."
"Baguslah kau ni," lagi bagus kalau kau layan adik aku baik-baik macam ni dan lupakan perjanjian bodoh tu dan bahagiakan adik aku macam ni.
"Kau balik Thailand tu berapa hari?" sajalah nak ambik tahu.
"Dalam seminggu macam tu je. Lepas tu, aku balik sini balik. Kenapa? Kau takut aku jual adik kau dekat Thailand tu ke?" terus Fazrin menumbuk lengan Raid.
"Kau berani nak buat macam tu? Silap hari bulan kau arwah sebab kena bunuh dengan baba aku. Aku saja je tanya"
Akhirnya, mereka sampai di Tesco. Fazrin dan Raid sama-sama melangkah masuk dalam Tesco. Tapi, yang tukang pilih barang tu semua Raid. Fazrin tengok je. Maklumlah, tak pandai!
YOU ARE READING
THE RYAN'S
RomansaAMARAN! ⚠⛔Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh author!⛔ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪𝒊𝒌𝒈𝒖 𝑩𝒐𝒐𝒌 2: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪�...