ℬ𝒶𝒷 27

1K 36 0
                                    

Hanis memandang Fazrin yang melangkah ke arahnya. Bukan nak katalah tapi asallah mamat ni rajin sangat jaga aku dekat hospital ni? Adik-beradik dia yang lain pun datang jenguk je. Sama jugak dengan umi dan baba dia. Dia? Jaga aku sehari suntuk. Tak penat ke? Balik kerja je datang hospital. Kadang-kadang waktu lunch pun dia datang jenguk aku.

Beg kertas berisi nasi dan sup ayam untuk Hanis diletakkan di atas meja kecil sebelah dengan katil Hanis.

"Nasi putih dengan sup ayam untuk kau. Umi yang masak. Umi cakap dia kesian tengok kau asyik makan makanan hospital yang tak berapa nak sedap tu. So, umi aku masak special untuk kau. Bukan sekadar sup ayam tau? Ada mushroom, carrot, bunga kubis..." belum habis dia cakap, Hanis dah menyampuk dulu.

"Wooo cukup ok? Awak ni promoter makanan ke? Rajin sangat nak senarai bahan apa yang ada dalam sup tu?" aku tengok dia bercakap, aku yang terasa penatnya.

"Tak adalah. Aku cuma bagitahu je. Nanti tak adalah kau rasa macam nak muntah je kan makan benda yang sama? Kau nak makan ke?"

"Emmm boleh jugak. Perut saya pun dah mula lapar..."

Fazrin mengeluarkan Tupperware berisi nasi putih dan sebungkus sup ayam. Ikatan getah dibuka lalu sup dituang ke dalam Tupperware. Hanis yang bau aroma sup ayam tersebut terus rasa lapar. Yelah, perut aku ni dah jemu tau makan makanan hospital yang kadang-kadang rasa tawarlah apalah.

Sudu diambil lalu menggaul sedikit nasi dan sup dalam Tupperware. Nasi dicedok dengan cendawan lalu disua ke mulut Hanis. Hanis pula memandang Fazrin dengan renungan...kenapa kau nak suap aku pulak?

"Kenapa? Kau tak nak makan pulak ke?" soal Fazrin bila Hanis tak buka mulutnya. Kang aku yang makan semua ni dia pulak yang kebulur.

"Saya ni bukannya patah tangan sampai tak boleh nak suap sendiri. Bak sudu tu saya boleh makan sendiri..." Hanis bertindak untuk mencapai sudu di tangan Fazrin namun Fazrin terlebih dahulu melarikan tangannya.

"Tak apa, aku suap kau. Kau kan sakit?"

"Memanglah saya sakit tapi tangan saya tak sakit. Baklah sini sudu tu!"

"Hey!" percubaannya nak ambik sudu dari tangan Fazrin terbantut bila Fazrin memandangnya tajam. "Cuba dengar cakap aku? Aku tahulah kau tak sakit tangan tapi biar jelah aku suap kau. Apa masalahnya?"

Hanis pula tayang muka tak puas hati level 999999. "Masalahnya saya nak makan sendiri!"

"Kau ni degillah. Kau jangan nak acah kuat sangat dah eh? Semalam nak pegang botol pun terketar-ketar. Ada hati nak suap sendiri?"

Hek eleh mamat ni! Ikut hati aku yang dah mula panas ni, mahu je aku kick punggung dia biar jatuh katil ni. Biar padan muka tu. Nak tunjuk kerek sangat dengan aku.

"Yelah..." terpaksalah aku mengalah sebab kalau aku fight dengan dia pun, putar sana-sini aku tetap kalah jugak. So, dari perang dunia berlaku antara aku dengan dia, baik aku mengalah awal-awal.

"Macam tulah. Baru aku sayang..."

Dup dap dup dap! Haish jantung! Kenapa pulak kau nak kena dup dap bila dia cakap macam tu dekat kau? Mata Hanis memandang tepat wajah bersih Fazrin. Sebenarnya tak adalah bersih sangat. Adalah jugak jerawat satu dua dekat muka dia tapi still nampak muka dia macam clean.

Baru aku perasan anak mata dia dark brown. Rambut dia lebat tapi nampak hensem bila dia sikat rapi macam tu. Nampak hot. Hati aku pun dah mula cair ni. Yang paling penting, dia tak merokok.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now