Ketika Raid melangkah masuk ke dalam wad, Fardiana baru selesai menyusukan baby. Selepas membetulkan pakaiannya, Fardiana meletakkan kembali anaknya ke dalam katil baby di sebelah katilnya.
"Macam mana hari ni? Ok?"
"Oklah sikit walaupun rasa letih tu tak berapa nak habis lagi," jawabnya sambil membetulkan kedudukannya menyandar di kepala katil. Hah...baru rasa selesa sikit.
"Nak aku tolong apa-apa tak?"
"Emmm...ada."
"Tolong apa?"
"Tolong bawak saya pergi tandas boleh tak? Rasa nak terkucil..." Fardiana tersengih. Dari tadi lagi sebenarnya aku tengah tahan nak kencing. Sekarang ni dah tak boleh nak tahan lagi.
"Boleh..." Raid membantu Fardiana turun dari katil. Perlahan-lahan dia memimpin tangan isterinya ke tandas.
"Nak aku masuk sekali ke?"
Fardiana mengangkat penumbuk kepadanya. Gatal!
Dalam beberapa minit kemudian, Fardiana keluar dari tandas dan Raid memimpinnya hingga ke katil. Fardiana perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di atas katil wad.
Matanya memandang wajah Raid lama. Ada sesuatu di benak fikirannya.
"Raid...saya dah lahirkan anak awak. Sekarang, saya dah mula pantang. Awak masih ingat kan perjanjian kita dulu?"
Raid menelan liurnya yang tiba-tiba kesat kalah pasir pantai. Sungguh dia tak menyangka yang Fardiana akan sebut pasal hal ini.
"Raid?" panggilnya bila suaminya hanya mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaannya.
"Kenapa awak senyap je? Awak tak suka ke saya buka topik ni? Tapi, saya cuma nak ingatkan je yang tak lama lagi saya akan pergi dari hidup awak. Saya masih ingat lagi perjanjian kita dulu dan saya harapkan yang awak jugak boleh tunaikan permintaan saya yang satu tu? Lupakan saya."
Tak betah lagi mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut Fardiana, lantas tapak tangannya menekup mulut isterinya dari berbicara. Matanya menikam tajam ke dalam anak mata isterinya.
"Tolonglah jangan cakap lagi pasal ni. Kau baru je bersalin. Perlu ke kau bawak keluar topik macam ni?" ahhh! Raid! Bagitahu jelah benda yang sebenarnya! Susah apa?!
"Kenapa? Tak ada kena mengena pun topik ni dengan saya baru lepas bersalin. Tak ada salahnya pun..." ayat Fardiana terputus di situ bila Raid segera mencelah dalam percakapannya.
"Aku dah koyak perjanjian tu!"
Dian! Kau salah dengar ke hah? Betul ke dia cakap yang dia koyak perjanjian tu?
"Hah?"
"Aku dah koyak perjanjian tu! Dengar?"
"Hah? Kejap! Kenapa awak koyak? Bukan ke kita berdua dah sepakat..." sekali lagi percakapannya dipotong Raid.
"Perjanjian tu tak wujud pun! Aku sengaja reka perjanjian tu so that kau setuju nak kahwin dengan aku. Aku tak gila sangat nak buat perjanjian macam tu! Kau ingat aku kejam sangat ke?"
"Saya tak faham...kan saya dah sign perjanjian tu? Kejap...confused."
Kedua-dua belah bahu Fardiana dipegangnya lembut sambil merenung tepat ke dalam anak mata isterinya. "Lepas je kau dah sign perjanjian tu dan beredar dari ofis aku, aku terus koyak perjanjian tu. Sejahat macam mana sekalipun aku, aku takkan hidup dalam perjanjian, kontrak apa sekalipun. Aku tak kejam sangat nak seksa hidup kau dengan perjanjian bodoh tu."
YOU ARE READING
THE RYAN'S
RomanceAMARAN! ⚠⛔Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh author!⛔ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪𝒊𝒌𝒈𝒖 𝑩𝒐𝒐𝒌 2: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪�...