Bab 81

1.8K 44 2
                                    

Selepas saja menikmati sarapan pagi, Hanis minta izin untuk beredar dan sepertinya Fazrin pun memang mengalu-alukan untuk dia keluar dari rumah ini secepat yang mungkin. Tak payah cakap pun dia dah tahu bila tengok muka Fazrin macam tu.

Hanny dan Ryan menghantar Hanis hingga ke muka pintu. Hanis pula sekadar menghadiahkan senyuman dan mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan dia tidur sini untuk sehari. Cuma, ada satu pesanan dari ibu meartuanya yang dia ingat sampai sekarang.

Hari ini Muqriz kena pergi klinik untuk cucuk. Hanis dah set dalam kepalanya untuk follow Fazrin klinik mana yang dia akan pergi. Kalau aku tak ikut masuk sekalipun, tengok dari luar pun dah cukup. Tambah pulak aku cukup risau dengan keadaan suami dan anak aku bila papa masih berkeliaran di luar.

Aku ada bagitahu baba pasal papa selalu perhatikan kawasan rumah baba tapi baba cakap dia tunggu papa punya action. Aduh! Aku tak faham betullah macam mana orang gangster berfikir. Takkanlah nak tunggu tumpah darah berlaku baru nak bertindak?

"Oklah, Hanis balik dulu?"

"Jangan lupa tau apa yang umi bagitahu tadi?" Hanis senyum lantas mengangguk. Mustahillah aku boleh lupa.





ENCIK Ahmad Farish Lee dan dua orang konconya dah bersiap-sedia dengan tempat masing-masing. Hari ini akan jadi hari yang paling bersejarah untuk keluarga Ryan Zarif. Akan berlakunya tumpah darah yang dah lama dia idamkan selama ini.

Selama ni aku sentiasa sembunyi dan berada dalam keadaan ketakutan sebab kau Ryan dan hari ini aku dah tak kisah dengan rasa takut aku sebab apa yang aku akan buat hari ni akan beri kepuasan dalam diri aku untuk selama-lamanya biarpun nanti hukuman yang aku bakal terima adalah setimpalnya!

Pistolnya pun sudah diisi dengan peluru begitu juga dengan dua orang konconya yang masih selamat tak ditangkap polis. Encik Ahmad Farish Lee memberi arahan kepada konco-konconya untuk bertindak selepas mendapat arahannya nanti.

Hanis pula mula turun dari kereta selepas memastikan yang Fazrin betul-betul dah masuk ke dalam klinik. Matanya memerhati ke dalam klinik tersebut. Tak ramai orang sangat dan proses untuk cucuk Muqriz pun takkan ambil masa yang lama.

Kira-kira dalam dua puluh minit menunggu, dia mula nampak kelibat Fazrin yang sedang duduk di kerusi klinik sambil cuba memujuk Muqriz supaya berhenti menangis. Kesian anak ibu menangis...mesti sakit kena cucuk.

Namun, tiba-tiba matanya tertancap ke arah tiga orang yang sedang berdiri di satu sudut bangunan yang tidak jauh dari klinik tempat Muqriz kena cucuk. Kejap! Itu kan papa?! Apa yang mengejutkan Hanis lagi ada lah papa dengan dua orang tu lagi pegang pistol!

Hatinya dah berdegup kencang tak tentu arah dan matanya memerhati ke arah Fazrin yang mula keluar dari klinik. No!!!! Hanis pantas membuka langkah seribu menghampiri Fazrin yang langsung tak sedar dengan kehadiran papanya. Apa yang membuatkan Hanis lagi panik bila papa dengan konconya dah mula menarik picu pistol dan...

Bang! Bang! Bang! Tiga das peluru pistol dilepaskan secara serentak. Hanis sempat menolak Fazrin jatuh ke bumi. Semoga Fazrin dan anak aku tak apa-apa.

"Hanis!" Encik Ahmad Farish Lee terkejut dengan kedatangan Hanis yang tiba-tiba menyelamatkan Fazrin.

"Apa kita nak buat ni bos?!"

"Cabutlah!"

Namun, belum sempat mereka cabut, ada beberapa orang awam dah mula mengepung mereka dan polis tiba di situ. Nasib baiklah ada orang awam di situ yang buat laporan pada polis. Kalau tak, terlepas lagi Encik Ahmad Farish Lee kali ini.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now