Hanny melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dah habis buntu fikirannya sekarang ni macam mana nak pujuk anaknya makan. Dah tiga hari anaknya tak makan. Makan pun hanya biskut cicah dengan air milo. Itu je. Nasi langsung tak sentuh.
Apa nak jadilah dengan anak aku yang sorang ni? Makan pun tak nak apatah lagi kalau keluar bilik? Ya Allah...kenapalah jadi macam ni? Hati aku sebagai seorang ibu takkan pernah tenang kalau Fazrin masih lagi dengan perangai dia yang satu ni.
"Muka gelisah je ni. Fazrin tak nak makan lagi?" Ryan bersuara sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Tahu sangat apa yang bermain dalam fikiran isterinya. Dia pun naik sekali buntu macam mana nak pujuk Fazrin supaya makan.
"Yelah awaknya. Saya risau ni. Dah tiga hari tak makan nasi langsung. Asyik makan biskut dengan milo je. Kalau jadi apa-apa dekat Fazrin macam mana? Hati saya ni takkan tenang selagi Fazrin tak makan tau!"
"Nak buat macam mana? Kita ni dah habis air liur dah suruh dia makan tapi dia yang tak nak."
"Tak apalah...saya pergi pujuk dia lagi..." Hanny bangun lalu menuju ke bilik anaknya. Terselit juga doa di dalam hatinya agar Fazrin mahu makan walaupun sedikit.
Tombol pintu dipulas lalu melangkah masuk. Suasana dalam bilik anaknya gelap dan kusam. Baju yang dah pakai pun berterabur sana-sini. Hanny pantas mengutip baju-baju Fazrin lalu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Selepas mengutip baju anaknya, tirai bilik diselak.
Fazrin yang tadinya memejam matanya terus buka matanya sebaik saja cahaya matahari menusuk ke matanya.
"Umi!"
"Rin! Sampai bila Rin nak jadi macam ni hah?"
"Sampai bila-bila!"
"Berhenti jadi budak-budak boleh? Bukan Rin ke yang halau dia sendiri dan kenapa Rin act macam dia yang tinggalkan Rin?" suara Hanny dengan nada tak puas hati.
"Tak payah cakap pasal dia lagi umi."
"Ok! Umi takkan cakap pasal dia tapi yang umi tak faham sekarang ni kenapa Rin jadi macam ni lepas Hanis pergi? Kenapa?"
Fazrin mendengus kuat lalu menyelak selimut ke tepi dengan perasaan panas hati. "Sekarang ni umi nak apa?"
"Umi nak Rin berubah! Buat apa jadi macam ni? Benda dah jadi pun."
"Rin cuma perlukan space!"
"Space apanya kalau dah menyeksa diri sampai tak nak makan hah?! Tolonglah Rin! Jangan buat umi dan baba susah hati macam ni! Umi dan baba cukup susah hati bila Rin jadi macam ni! Tak nak makan apa! Kalau Rin tak kesiankan diri sendiri sekalipun, Rin tak kesian ke umi dan baba ke? Setiap hari risaukan keadaan Rin!"
"Tak ada guna pun kalau umi cakap dengan orang yang keras kepala macam abang Rin ni," sampuk Harith dari luar pintu bilik Fazrin. Di tangannya terdapat dulang berisi makanan dan minuman untuk Fazrin.
"Umi jangan risau. Harith akan buat abang Rin makan jugak nasi hari ni. Umi keluar dulu ya?" pintanya. Matanya tertancap pada Fazrin yang memandangnya dengan pandangan tak puas hati.
Selepas memastikan uminya beredar dari situ, Harith melangkah masuk lalu menutup pintu bilik abangnya. Dulang makanan diletakkan di meja sisi dan matanya terus memandang abangnya yang diam seperti patung di atas katil. Tangannya disilangkan ke dada sambil mengeluh kecil.
"Macam orang kehilangan bini je?" soal Harith dengan nada menyindir.
"Kau jangan bagi aku panas hati boleh tak?!"
"Aikkk? Panas? Kenapa?"
"Kalau kau ke sini sebab nak sakitkan hati aku, tak payah! Kau keluar dari bilik aku!"
YOU ARE READING
THE RYAN'S
RomanceAMARAN! ⚠⛔Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh author!⛔ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪𝒊𝒌𝒈𝒖 𝑩𝒐𝒐𝒌 2: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪�...