ℬ𝒶𝒷 64

1.2K 38 1
                                    

Seperti yang dirancangkan Harith pagi tadi, dia kembali ke hospital dengan membawa bekal untuk Harith dengan Fazriq. Takkanlah aku nak bawak makanan untuk aku je kan? Tak bestlah macam tu.

Perlahan wad menempatkan Fazrin ditolak dari luar. Ketika dia melangkah masuk, Fazriq dan Harith memandang tepat ke arahnya. Fazriq pun dah tahu pasal ni. Mulanya Fazriq kurang percaya dengan cerita Harith tapi dia mula percaya bila Harith bersungguh-sungguh terang dekat Fazriq dan boleh diterima dek akal.

"Kak Hanis ok ke nak jaga abang Rin sampai esok pagi?" soal Fazriq.

"Boleh je Riq. Akak tak kisah pun kalau nak jaga dia sampai bila-bila pun. Tapi, akak mintak sangat dekat Riq dan Harith supaya tak hebohkan benda ni? Buat sementara ni biarlah yang lain anggap akak ni jahat asalkan ayah akak takkan kacau keluarga korang lagi," ujarnya lalu beg kertas berisi makanan diserahkan kepada mereka berdua.

Aku tak tahulah papa nak dengar ke tak cakap aku. Tadi pun aku dah mengamuk habis dekat papa bila papa buat Fazrin macam ni. Tapi, mengamuk aku tu bukannya berpihak pada Fazrin. Kalau aku marah bagi pihak suami aku, lagilah papa akan buat macam-macam.

"Wah! Macam sedap ni!" ujar Harith dengan nada teruja bila dia bawak keluar bekas berisi ayam masak lemak cili api dan nasi putih.

"Ada racun tak ni?" kasar betul soalan Fazriq tapi pantas Harith menyiku lengannya tanda supaya tanya soalan yang elok-elok.

"Akak tak jahat lagilah Riq nak racunkan orang," jawab Hanis tenang.

"Sorry..." Fazriq tersengih.

Hanis menumpukan perhatiannya kepada Fazrin yang berbaring di atas katil tak berkutik. Kaku.

Tak semena-mena air matanya mengalir. Tangannya menggenggam tangan besar Fazrin sambil diusap perlahan. Saya mintak maaf Fazrin. Apa yang jadi dekat awak semuanya berpunca dari saya. Saya tak tahu macam mana nak hentikan papa dari buat semua ni lagi. Takkanlah selama-lamanya nak hadap benda yang sama je? Tak! Aku kena buat sesuatu. Tapi apa je yang aku boleh buat?










FARDIANA kagum dengan suasana di Siam Paragon even keadaannya agak sesak dengan pengunjung. Tambah-tambah lagi bila datang waktu malam. Lampu di sekitar mall mengeluarkan cahaya yang cantik dan nampak mewah. Ada air pancut pulak tu.
Dah tu kalau nak ambik gambar pun tak payah risau sebab suasana dari setiap sudut Siam Paragon memang cantik dan luas.
Tapi kecantikan tu aku tak dapat nak merasa sebab aku datang pagi. Hahahah!

Kalau aku bandingkan antara Publika, Pavillion dengan Siam Paragon, aku lebih prefer kepada Siam Paragon. Bila masuk dalam Siam Paragon lagilah kagum banyak sebab cantik dan mewah.

Tapi, bila aku datang sini aku tak tahu aku nak beli apa. Mulut Yara pulak celoteh ceritakan dekat aku apa yang ada dalam Siam Paragon. Tapi, yang sebetulnya Yara nak bawak aku pergi Sea Life Bangkok Ocean World.

Harga tiket nak masuk Sea Life Bangkok Ocean World ni 624 or 625 baht something dan kalau convert dalam duit Malaysia hanya RM 86. Ini pun dapat harga murah sebab Yara dah beli online siap-siap. Kalau beli dekat kaunter dia mungkin mahal sedikit dari harga ini. Harga asal 1090 baht bersamaan dengan RM 150.15 untuk harga adult.

Muka Fardiana dah teruja lain macam bila masuk akuarium tersebut. Lebih kurang macam akuarium dekat KL tapi sini luas lagi dan banyak sepsis yang ditonjolkan di sini.

"Akak larat ke nak jalan ni?"

"Larat je...akak suka tengok benda-benda macam ni," jawabnya dengan senyuman.

Mata Yara dan Fardiana ralit memerhatikan sekeliling yang dikelilingi dengan pelbagai jenis spesis laut. Macam biasalah ada jerung, ikan pari, ikan badut, lion fish, tapak sulaiman dan macam-macam lagilah. Kalau aku list, korang mesti bosan kan hahaha.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now