"Macam mana? Dia tak syak apa-apa ke bila Rin suruh dia ajak driver dia duduk sana sekali?" soal Ryan Zarif. Matanya tetap dihalakan ke arah tv yang menyiarkan berita.
"Dia tak syak apa-apa pun baba. Lagipun, dia ingat Rin ni bodoh kot baba sebab percaya je apa yang dia cakap. Rin tahu bila dia cakap papa dia suruh datang ke sana dengan driver, mesti dia dengan papa dia dah planned something. Jadi Rin pun ikut jelah rentak permainan diorang."
Ryan mengangguk kecil. "Kalau diorang dah ada plan, automatik kita pun dah ada plan. Tak apa, kita tunggu dan lihat je apa yang diorang plan."
"Ya..."
"Tapi baba rasa diorang tak ada rancangan lain ke? Yelah, bukannya diorang tu tak kenal sapa baba sebenarnya?" sampuk Fazriq yang baru tiba di ruang tamu. Harith mengambil tempat di sebelah Fazriq dengan mug berisi milo di tangannya.
"Diorang tu Riq hanya fikirkan dendam. Baba kenal sangat dah dengan orang macam ni. Diorang takkan fikir benda yang lain selain dendam. Baba berani bet yang diorang langsung tak ada back up plan."
Ketiga-tiga mereka mengangguk faham.
"Sebab tu baba nak pesan mulai esok kita dah kena aware untuk everything masa dekat majlis tu nanti. Tapi jangan risau sebab baba dah bagitahu orang-orang baba pasal ni. Diorang akan pantau setiap gerak-geri musuh kita. Tapi, jangan harapkan orang-orang baba je. Mata kamu bertiga pun kena perhati jugak dan bersedia tambah-tambah lagi Fardiana."
"Jangan risau baba. Pasal Dian tu kami boleh uruskan," Ryan mengangguk dengan kata-kata Fazrin.
Apa yang dia harapkan ialah segala rancangan yang telah dirancang awal lagi akan berjalan dengan smooth. Ahmad Farish Lee...aku takkan biarkan kau kacau keluarga aku.
FAZRIN mengetuk pintu bilik adiknya lalu dibuka perlahan. Kepalanya terjengul di sebalik pintu memandang adiknya yang tengah packing barang. Dia menghampiri adiknya lalu duduk di hadapan katil. Matanya terpandangkan ke arah skateboard yang tersandar di tepi katil adiknya.
"Serius nak bawak skateboard tu?" jarinya ditunjukkan ke arah skateboard berwarna merah hitam itu.
"Seriuslah. Kenapa?"
"Tak takut orang curi?" Fardiana menjulingkan matanya ke atas. Soalan entah apa-apa abang aku ni.
"Nak curi kebendanya? Macamlah selama ni Dian tak pernah bawak kan? Tak hilang pun..." setakat skateboard aku ni tak ada maknanya orang nak mencuri. Yelah, kalau pergi jual balik dekat kedai pun berapa harga sangatlah dapat kan?
"Abang bukan nak kata tapi Dian memang always dengan skateboard kan? Suka sangat main skateboard bila hujung minggu. Tapi tulah dah berapa minggu dah abang tengok Dian tak keluar main skateboard lagi. Kenapa? Dah bosan?"
Sengaja aku tanya macam tu. Nak korek rahsia sikit.
"Bukannya bosan tapi malaslah nak pergi taman. Tak ada mood."
Nak ada mood apanya kalau tiap-tiap hari aku makan hati dengan perangai si Raid tu? Rasa macam nak terperap dalam rumah je tiap-tiap hari nak layan mood aku yang dah tak betul ni. Aku nak perbetulkan balik mood aku yang dah tak betul.
"Ye ke? Tak ada sebab lain? Dian jangan tipu abanglah. Tiap-tiap hari abang perhatikan Dian dan abang nampak macam Dian tengah sembunyikan something. Ada benda yang Dian nak share dengan abang?"
YOU ARE READING
THE RYAN'S
RomanceAMARAN! ⚠⛔Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh author!⛔ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪𝒊𝒌𝒈𝒖 𝑩𝒐𝒐𝒌 2: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪�...