ℬ𝒶𝒷 66

1.2K 35 3
                                    

Lega hati Hanis bila Fazrin dah sedar dari komanya dan doktor dah sahkan yang keadaannya mula stabil. Tapi, itulah hubungan aku dengan Fazrin kan dah macam kucing dengan tikus. Sedar je Fazrin dari koma dan nampak muka aku, terus dijelingnya. Tak padan dengan sakit!

Aku pun buat apa? Aku pun dengan bangganya buat bodoh jelah. Sekarang, semua benda Fazriq atau Harith yang buat. Aku hanya tumpang tengok je sebab bila aku nak tolong Fazrin awal-awal lagi dah tolak. Bukan setakat tolak tapi marah aku siap. Jadi, aku pun ambik langkah diamkan diri dan tunjuk reaksi yang aku langsung tak ada rasa nak tolong.

"Dia buat apa dekat sini?" soal Fazrin kepada Harith.

"Kak Hanis datang nak tengok abanglah. Kenapa?"

"Dia dah tengok kan? Suruh dia berambus dari sini!" halaunya.

"Abang...apa cakap macam tu? Kak Hanis cuma datang nak jenguk abang je. Salah ke?"

"Masalahnya aku tak nak tengok muka dia! Suruh dia berambus!" sakit hatinya tengok muka Hanis bila kenangkan balik apa yang dah jadi dekat aku.

"Abang Riq jaga abang Rin ehh?" Fazriq mengangguk manakala Harith pula membuat isyarat supaya mengikutnya keluar dari wad Fazrin. Hanis tak membantah dan segera mengikut Harith keluar dari situ.

"Akak jangan terasa dengan apa yang abang cakap tu."

"Taklah...akak tak terasa pun. Akak dah faham dah dia macam mana. Akak tahu macam mana pun dia akan bencikan akak. Dahlah, Harith janganlah risau."

"Akak sampai bila nak pendam semua ni? Akak tak risau ke kalau sampai tahu tahap nanti hati abang Rin dah tertutup untuk akak? Sebelum terlambat, baik akak cepat-cepat bagitahu benda yang betul," usulnya. Kesian tengok Kak Hanis terkapai-kapai macam ni. Dah terkapai-kapai kena marah pulak.

"Tak tahulah. Tapi, akak rasa kalau akak terus terang sekalipun, abang Rin dah takkan percayakan akak. Trust me. Hati dia dah macam batu. Akak dah nampak perubahan dalam diri dia."

"Tapi kak...tak lama lagi jugak akak dengan abang Rin bakal dapat anak. Tak kesian ke dekat anak akak bila suatu hari nanti akak berpisah dengan abang Rin?"

"Harith percayalah cakap akak. Teranglah macam mana pun situation yang sebenar dekat abang Rin, abang Rin takkan dengar jugak. Harith tak kenal ke dengan abang Harith sendiri? Sekali kepercayaan dia dipijak, sampai bila-bila pun dia dah takkan percaya orang tu. Jadi, Harith rasa kalau akak pergi bagitahu semuanya dekat abang Rin, dia nak dengar ke?"

Betul jugak apa yang Kak Hanis cakap tapi...takkanlah hati abang dah keras sampai macam tu sekali? Mesti ada cara lain untuk dapatkan kepercayaan abang Rin balik.

"Apa tujuan dia duduk dekat sini?" tanya Fazrin bila keadaan di dalam wadnya sepi. Fazriq pun sama krik-krik.

"Maksud abang?"

"Kau jangan nak buat-buat tak faham maksud aku," aku tahu Fazriq tahu apa yang aku cuba maksudkan tapi sengaja dia
buat bodoh.

"Apa salahnya kalau dia duduk dekat sini jagakan kau?"

"Dia? Nak jaga aku? Mimpi apa?" Fazrin tergelak sinis. Umpama dalam mimpi!

"Apa-apa pun dia masih isteri kau jugak kan?"

"Memang dia masih isteri aku tapi kau dah lupa apa yang dia dah buat? Kau dah lupa ke yang dia tu sebenarnya komplot dengan bapak dia? Yang baba pun satu baik hati sangat lepaskan perempuan tu! Kenapa tak heret masuk jail sekali?!"

"Astaghfirullahalazim...kau lupa ke dia tengah mengandung anak kau sekarang ni? Tergamak ke kau nak tengok anak kau lahir dalam jail kalau dah sampai masa Hanis nak bersalin nanti?"

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now