𝓑𝓪𝓫 15

1K 39 0
                                    

Hanis memerhatikan penampilannya buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari biliknya. Beg baju yang dipackingnya semalam dah dimasukkan ke dalam kereta. Puas dengan penampilannya, Hanis melangkah turun ke ruang tamu menuju ke arah papanya.

"Done?" Ahmad Farish Lee menilik anaknya. Nampak gaya dah siap ni.

"Dah siap papa."

"Ingat apa yang papa pesan?"

"Ingat...sampai je sana mulakan plan. Perhatikan setiap gerak-geri langkah diorang."

Ahmad Farish Lee mencuit hidung anaknya. "Good girl."

"Mestilah. Oklah pa, Hanis gerak dulu. Nanti apa-apa Hanis akan roger papa terus."

"Alright...have a safe journey. Bob, Don! Jaga anak aku elok-elok. Kalau jadi apa-apa dekat dia, siap korang!"

"No worry boss..." balas Bob.

Ahmad Farish Lee memandang kereta Toyota Alphard yang mula memandu keluar dari perkarangan rumahnya. Tangannya sempat melambaikan ke arah Hanis yang melambai ke arahnya dari dalam kereta.

Bibirnya tersenyum jahat. Tak lama je lagi dan plan aku akan bermula. Tak sabar rasanya nak berhadapan dengan Ryan Zarif.




FARDIANA melangkah keluar dari kereta milik Fazrin lalu memandang sekeliling kawasan Villaku Residence. Cantik tempat ni tak pernah berubah malah makin cantik pun ada!

Namun, baru matanya nak menikmati keindahan kawasan residens tersebut, matanya tertancap kepada gerangan yang baru keluar dari kereta BMW Sport. Kejap! Kejap! Kejap! Brekkk!!! Apa yang dia buat dekat sini?! Weyh tak lawaklah dia ada dekat sini jugak! Takkan dia ada kerja dekat sini jugak?

"Abang yang ajak dia..." suara Fazrin menjengah halwa telinga Fardiana.

Fardiana memandang abangnya dengan pandangan tajam plus tertanya-tanya. "Dah kenapa abang ajak dia datang sini? Eiii!!! Tahu tak menyemak?!" gerutunya geram.

"Apa salahnya kalau abang ajak sekali pun kan? Dia dah nak jadi part of our family nanti lepas adik grad," Fazrin tersenyum mengejek sebelum berlalu meninggalkan Fardiana tercegat di tempatnya.

"Abang ni!!!" tak habis-habis nak mengata aku. Hish!

Raid menghampiri Fardiana yang masih berdiri di situ. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis buat Fardiana. Mesti dia terkejut bila aku ada dekat sini. Yelah ni event syarikat ayah dia dan kenapa pulak aku tiba-tiba ada kan?

"Surprise to see me?"

Surprise to see me hotak dia! Bukan surprise tapi nak muntah campur meluat bila dia ada dekat sini. Tak habis-habis nak kacau hidup aku. Boleh tak kalau sehari je dia tak muncul dalam hidup aku? Serabut tahu tak? Tiba-tiba pulak rasa macam nak tercirit.

"Tak surprise pun. Buat apa dekat sini? Awak bukannya staf under Ryan's Group pun. Partner Ryan's Group pun bukan."

"Ya memang aku ni bukan antara kedua-dua yang kau cakapkan tu tapi aku datang sini pun sebab abang kau yang ajak since dia dah tahu kesemua rahsia antara kau dengan aku. Aku tak naklah kalau aku tolak pelawaan dia, kecoh pulak nanti."

"Ye? Ke takut kena penumbuk?" balas Fardiana dengan nada menyindir.

"Setakat penumbuk abang kau yang lima puluh sen tu, aku tak hairan langsung. Aku datang sini sebab aku hormat permintaan dia."

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now