Fazrin memandu keretanya masuk ke kawasan garaj. Hanis pula hanya memandang kawasan rumah keluarga Fazrin. Walaupun hanya dua tingkat tapi tetap nampak mewah dan cantik dengan kawasan rumah yang luas.
"Kenapa tengok macam tu? Tak nak turun ke?" soal Fazrin bila Hanis hanya mendiamkan diri sambil matanya melilau memandang kawasan rumah babanya.
"Saya nak balik rumah papa..." ya, hanya itu je yang dia nak sekarang. Dia tak nak tinggal dekat rumah orang yang langsung tak ada kena mengena dengannya.
"Hanis..."
"Ye saya tahu. Perjanjian tetap perjanjian kan?" Hanis buka pintu kereta lalu melangkah keluar.
Macam manalah aku nak stay dekat sini sedangkan orang-orang dalam rumah ni langsung tak ada kaitan dengan aku? Ok bukan tak ada kaitan langsung. Dari segi pertalian keluarga tu memanglah ada tapi...aku tak selesa nak duduk dengan diorang. Selama ni hidup aku semuanya dengan papa.
"Hanis..." Hanny menghampiri Hanis yang masih lagi kaku di sebelah kereta Fazrin. Jujurnya dia tak sanggup nak tengok Hanis macam ni. Yelah, sapa je yang nak berpisah dari keluarga sendiri kan?
Lagipun, Hanis ni anak kepada sepupunya. Farish tu adik kepada Typhon. Aku tak kisah untuk jaga Hanis dekat sini tapi Hanis? Boleh ke dia duduk dekat sini?
"Ye mak cik?"
Alahai...tuanya rasa bila dia panggil aku mak cik. Alah, tapi aku memang dah tua pun. Uhuks...
"Jom masuk? Rin! Tolong angkat beg Hanis masuk dalam rumah. Umi nak tunjuk bilik dekat Hanis."
"Ok umi..."
"Jom..." Hanny menarik tangan Hanis masuk ke dalam rumah. Mereka menuju ke tingkat dua. Pintu kayu ditolak lalu mereka melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
"Ni bilik Hanis. Kalau tidak dulunya ni bilik Harith tapi dia dah pindah ke bawah sebab malas nak naik turun katanya. Bilik Hanis sebelah dengan bilik Dian. Hanis ok kan?"
Hanis hanya mengangguk lemah. Sebab bilik yang dia akan duduk sekarang ni dua kali ganda besar dari biliknya dekat rumah papa. Jadi, nak kata tak ok pun memang tak kenalah. Dah cukup selesa.
"AWAK tak rasa kejam ke buat macam ni? Saya tak kisah kalau awak nak ajar Farish tu tapi bukan dengan cara pisahkan diorang macam ni. Saya tengok Hanis tu saya kesian. Tadi pun dia makan sikit je..." ujar Hanny bila dia dan suaminya melangkah masuk ke dalam bilik.
Tengok keadaan Hanis macam tu tadi buatkan dia rasa kesian. Masa makan tadi pun sikit je. Tak sentuh banyak pun. Rasanya dalam 5 suap macam tu je lepas tu terus bangun bawak pinggan ke sinki.
"Saya pun tak sampai hati jugak nak pisahkan Hanis dengan Farish tu. Tapi, kalau saya tak buat macam ni, Farish tu takkan sedar. Ini baru sikit je saya buat. Ikutkan perangai dan hati saya yang dulu, dah lama saya suruh orang-orang saya bunuh dia."
"Awak!" aku paling tak suka dengar Ryan cakap pasal bunuh. Cukuplah dengan perangai lama tu.
"Tengok? Awak pun tak suka kan bila saya sebut pasal bunuh?" Ryan memandang isterinya. Muka pun dah berubah macam tertelan air laut masin.
"Tapi..."
"Dahlah...pasal Hanis tu tak payah risau. Nanti saya pergi cakap dengan dia. Apa yang saya tahu sekarang saya nak tidur. Letih..." Ryan merebahkan badannya ke atas katil. Hanny cuma memandang.
Laki aku ni kalau itu yang dia cakap, itu jelah yang dia akan buat! Perangai dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Haih...
HANIS termenung di sisi kolam sambil melihat langit yang gelap. Macam mana gelapnya langit dekat atas tu, macam tulah gelapnya hidup aku sekarang ni. Tak ada istilah gembira langsung yang dia rasa. Entah sampai bila dia kena duduk sini.
Fazrin memerhati di sebalik pintu kaca. Apalah yang dia buat dekat situ sorang-sorang macam ni? Dah pukul dua belas tengah malam. Dia nak duduk situ sampai bila?
"Hanis..."
Teguran Fazrin membuatkan dia terkejut kecil. Dia menoleh memandang Fazrin yang berdiri di belakangnya.
"Nak apa?" tak boleh tengok aku senang langsung! Mesti akan potong mood aku.
"Sampai bila nak duduk sini? Dah tengah malam. Nanti masuk angin pulak badan kau tu..."
Hanis buat tak layan. Yang nak kisah badan aku masuk angin ke, masuk hantu ke dah kenapa? Badan aku bukan badan dia! Pandai-pandai akulah nak jaga diri aku dekat luar ni.
"Tak payah sibuklah."
"Hanis, kalau ye pun kau tak suka duduk sini tapi janganlah buat perangai keras kepala macam ni. Dahlah tadi makan malam pun kau makan sikit je. Dah tu kau berjemur tengah-tengah malam macam ni, nanti kau jatuh sakit susah!"
"Hey!" Hanis bangun menghadap Fazrin. "Ada saya suruh awak kisah ke pasal saya sakit ke apa? Tak ada kan? Yang menyibuk nak ambik kisah pasal saya dah kenapa? Pasal saya makan sikit ke banyak ke ikut suka sayalah! Tak ada kena mengena dengan awak pun!"
"Ha baguslah! Kalau kau buat perangai tak semenggah macam ni, aku assume kau berpakat dengan papa kau untuk sakitkan hati keluarga aku so that kau boleh berambus cepat-cepat dari sini. Tapi kau silap! Makin kau buat keras kepala kau, makin lama kau kena duduk dekat sini. Kau kena ingat Hanis sekarang kau berurusan dengan siapa dan kau duduk dekat rumah siapa!"
Makin berasap Hanis dibuatnya. "Saya tak mintaklah duduk dekat sini! Awak dengan baba awak yang heret saya duduk dekat sini! Ingat tu!" Hanis berlalu pergi dari situ. Kau ingat kau boleh pijak aku senang-senang macam tu ke hah, Ryan Fazrin? Kau belum kenal Hanis yang degil dan keras kepala. Keras-sekerasnya.
Eiii! Menyampah betul aku dengan dia ni. Apa? Ingat aku ni teringin sangat ke nak duduk sini? Kalau bukan sebab terpaksa, memang taklah aku nak jejakkan kaki aku dan duduk dekat sini. Kalau bagi lima juta sekalipun, aku tak pandanglah!
Aku pun musykil. Tadi tu aku bercakap dengan manusia ke gorilla? Cara dia cakap tu amboi volume dia dah macam mak gorilla tengah marah. Sikit lagi berdarah telinga aku. Tak apa Fazrin...kau biar je dia macam tu. Berapa lama sangatlah dia nak boleh meroyan kan? Kan?
Daripada aku tercegat macam ni, lebih baik aku masuk bilik, tidur. Fazrin masuk ke dalam rumah. Pintu kaca ditutup lalu dikunci. Tirai ditarik supaya orang luar tak nampak isi dalam rumah. Selepas memastikan pintu-pintu semua dikunci, barulah dia masuk ke dalam bilik. Kalau tak kunci pintu, ada lah hamba-hamba Allah yang tak waras pecah masuk rumah orang malam-malam macam ni. Bangun-bangun pagi esok habis barang rumah tak ada. Semuanya dah dikebas.
YOU ARE READING
THE RYAN'S
RomantikAMARAN! ⚠⛔Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh author!⛔ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪𝒊𝒌𝒈𝒖 𝑩𝒐𝒐𝒌 2: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪�...