ℬ𝒶𝒷 61

1.3K 40 5
                                    

"Hello umi? Ada apa umi call Rin tiba-tiba ni?" terkejut jugak aku bila umi tiba-tiba call aku time Subuh macam ni. Takkan nak gerak aku bangun Subuh kot?

"Tak ada apa pun cuma umi nak tanya Rin ok ke duduk dengan Hanis?"

"Kenapa umi tanya macam tu? Rin ok je. Kalau dia buat hal pun, Rin tahulah nak handle dia macam mana."

"Rin...umi nak pesan. Benci dan marah macam mana pun Rin dekat Hanis sekarang, layanlah dia dengan baik-baik. Orang mengandung ni dia mudah terasa dan sensitif," nasihat Hanny. Dia pun terasa dengan menantunya tapi masih ada perasaan bertimbang rasa dalam hatinya untuk Hanis sebab Hanis sekarang tengah mengandung.

"Perlu ke lepas apa yang dia dah buat? Umi janganlah jadi baik sangat."

"Rin...ini bukan sebab umi baik ke apa tapi umi cakap ni atas apa yang umi rasa. Umi pun pernah mengandung jugak Rin. Wajarlah kalau umi tahu perasaan Hanis."

"Sorry umi. Rin tak sebaik lagi macam umi."

"Rin...umi yang mengandungkan Rin sampailah lahirkan Rin dan umi kenal sangat perangai Rin macam mana. Rin jadi macam ni pun bukan sebab Rin bencikan Hanis kan? Rin buat sebab semua ni sebab Rin sakit hati je kan? Umi tahu Rin bukannya seorang pendendam."

Fazrin menarik kerusi meja makan lalu duduk di situ. Tangan kirinya diletakkan di atas meja manakala sebelah lagi masih memegang telefon. Dah tu kalau tak pegang, jatuh pulak telefon aku.

"Rin tahu umi kenal dengan perangai Rin tapi umi...kenal macam mana pun umi dengan diri Rin, sifat baik Rin takkan kekal lama umi. Tambah-tambah lagi apa yang dia dah cakap dekat family kita dan paling sakit apa yang dia buat pada diri Rin. Tak boleh nak terimalah umi!" oh ya korang jangan ingat aku ni macam Joker pulak. Oh no, no, no. Aku bukan macam tu eh walaupun perumpamaan dia hampir sama.

"Rin..."

"Umi...Rin tahu apa yang Rin buat dan marah atau benci macam mana sekalipun Rin pada dia, Rin takkan sesekali naikkan tangan dekat dia. Langsung tak pernah terlintas dalam otak Rin yang waras nak pukul seorang perempuan."

"Rin dengar dulu apa yang umi nak cakap."

"Oklah umi. Rin mengantuk nak naik tidur dulu. Selamat malam umi," tanpa sempat uminya berkata apa-apa, dia terlebih dahulu mematikan panggilan.

Keluhan kecil keluar dari bibirnya. Umi cakaplah macam mana sekalipun yang Hanis terpaksa buat semua ni ke, atau apa-apa jelah...aku takkan terima dan aku tak nak dengar apa-apa pun. Sebab aku ni dah bodoh percaya ke yang dia dulu mati-mati cinta dan sayangkan aku tapi sebaliknya dia hanya berlakon untuk jatuhkan aku dan balas dendam dekat keluarga aku. Kalaulah aku ambik langkah berjaga-jaga, mungkin semua ni takkan terjadi.

Hanis yang mendengar perbualan antara Fazrin dan ibu mertuanya tadi hanya mampu menahan sebak yang bertandang di hati. Kalaulah aku cerita benda yang betul dekat Fazrin sekarang, apa dia akan percayakan aku bulat-bulat? Hmmm...itu semua dalam mimpi aku je dia nak percayakan aku balik sebab aku tahu sekali dia dikhianati atau ditipu, sampai bila-bila pun susah untuk dapat kepercayaan dia balik.





"LAJU nak pergi mana tu?" tegur Fazrin sebaik saja dia keluar dari bilik. Kebetulan Hanis pun baru saja melangkah nak turun tangga.

"Sibuklah!"

"Hanis! Aku tanya elok-elok ni!"

Hanis buat-buat mendengus besar lalu matanya dijeling tajam memandang Fazrin.
"Aku nak buat check-up. Anak kau dalam perut ni sihat ke tak. Kalau anak kau dalam perut ni jadi apa-apa, kau nak salahkan aku pulak!" kunci kereta yang terletak di dalam mangkuk kaca atas almari kasut diambil.
Nasib baiklah kereta aku diorang dah tolong ambilkan. Kalau tak, mahu aku pergi klinik dengan grab je ni.

Kunci kereta Hanis dirampas semula lalu tangannya mengambil kunci kereta miliknya. Hanis pula bersuara dengan tak puas hati.

"Kau ni dah kenapa nak main rampas-rampas?!"

"Pergi dengan aku!" balasnya dingin.

Baru Hanis perasan yang Fazrin hanya mengenakan pakaian santai. Seluar jeans dengan T-shirt hitam. Aikkk? Dia tak kerja ke hari ni?

"Kau tak kerja ke?"

"Aku ambik cuti hari ni."

"Kenapa pulak?"

"Nak temankan kau pergi buat check-uplah! Banyak tanyalah kau ni!" Fazrin merengus sebelum keluar menghidupkan enjin keretanya.

"Hahaha..." Hanis ketawa sinis. "Kau tak payahlah susah-payah nak teman aku pergi klinik. Aku tahu kau terpaksa je kan? Tak payah! Tak payah! Aku boleh pergi sendiri!" Hanis masih lagi berdegil. Tak tahu yang Fazrin dah menggelegak dekat situ sebab Hanis tak habis-habis nak pangkahnya.

"Kau faham tak maksud pergi dengan aku?"

"Tak!" balasnya selamba. Fazrin tak menunggu lagi pantas tangan Hanis ditarik keluar dari rumah. Nasib baik tak sembam dia dibuatnya. Pintu rumah ditutup dan dikunci.

"Apa ni pegang-pegang?!" marahnya sambil
merungkaikan tangannya yang dah mula rasa sakit dalam genggaman suaminya.
Pegang aku serupa tangan aku ni tangan ironman! Ingat tak sakit ke dia genggam macam ni?

"Apa masalahnya? Tak payah cakap peganglah, kalau aku nak rogol kau depan rumah ni pun tak ada masalah!"

"Eh mulut tu jaga sikit! Gila ke apa?!" terlebih psiko dia ni. Sikit lagi mulut tu mintak makan batu!

Fazrin menolak badan Hanis menuju ke keretanya. Dahlah kasar, tolak Hanis masuk dalam kereta lagi kasar. Nasib baik tak terhantuk kepala tu dekat bumbung kereta. Kasar tak agak-agak langsung.





SELEPAS check apa yang patut, Hanis berbaring di atas katil untuk scan kandungannya. Hanis cuma memandang Fazrin yang menolongnya untuk berbaring di atas katil. Berlakon je ni! Nak tunjuk kata dia ni suami yang gentleman depan doktor.
Tapi tulah...angan-angan mat jenin aku jelah nak rasa Fazrin layan aku dengan ikhlas sekarang ni.

Bajunya diselak ke atas membuatkan Hanis sedikit malu. Pipinya mula memerah. Errr...rasa segan gila bila Fazrin tengok perut aku even dia ni suami aku. Perutnya dilumurkan dengan gel kemudian alat scan dilarikan di sekitar perutnya yang disapukan dengan gel.

Imbasan baby di dalam rahimnya dipampangkan di skrin. Fazrin dan Hanis sama-sama memandang ke arah imbasan tersebut. Comelnya anak mama dalam perut mama! Bibir Hanis mengukirkan senyuman gembira. Ini second time aku datang buat check-up. Yang first masa dekat Kedah.

Fazrin pun apa kurangnya? Turut tersenyum melihat anaknya di dalam rahim Hanis. Comel sangat! Tak sabar pulak rasanya nak tengok anaknya keluar nanti. Mesti lagi comel dari yang ni.

Pandangannya dijatuhkan kepada wajah Hanis yang tersenyum gembira. Langsung dia tak perasan yang Fazrin tengah memandangnya. Bila dah happy sangat, orang sekeliling pun dia tak endahkan. Matanya hanya difokuskan kepada kandungannya.

Dia senyum sebab dia gembira ke sebab dia terpaksa je? Tingkah Fazrin di dalam hati. Tapi, kenapa aku rasakan senyuman dia tu betul-betul ikhlas dan langsung tak nampak wajah dia terpaksa atau marah dengan kandungan ni.

Fazrin! Dah! Jangan nak ikut sangat! Kau kena lebih banyak berhati-hati dengan dia. Even dia senyum ke apa kau jangan percaya. Kalau kau terpedaya dengan helah dia sekali lagi, kau jugak yang merani nanti.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now