ℬ𝒶𝒷 77

1.4K 42 1
                                    

Sedar tak sedar masa sudah berlalu. Hanis memandang sayu ke arah anaknya yang tidur nyenyak di atas katil. Sebulan lebih berpantang hubungannya dengan Fazrin tetap dingin macam dulu dan hubungannya dengan Muqriz pula makin erat. Yang sedihnya, hari ini hari lastnya berpantang.

Kalau Muqriz menangis, dia orangnya yang akan memujuk sampailah Muqriz tak menangis lagi. Fazrin pujuk? Tak jalan. Aku terfikir macam manalah masa hadapannya nanti bila aku dah tak ada? Fazrin mampu ke pujuk Muqriz dari berhenti menangis? Aku pulak? Mampu ke berjauhan dengan anak aku sendiri?

Baju dan barang keperluan aku semua dah dikemas selepas Subuh tadi. Esok selepas solat Subuh aku pergi dari sini. Apa-apa pun aku tetap risau dengan keadaan Fazrin dan Muqriz bila aku dah pergi memandangkan papa pun masih belum diketemui. Hampir setahun papa masih dalam buruan polis. Aku pun tak tahu macam mana papa boleh bertahan melarikan diri dari polis. Tak penat ke asyik lari je?

"Dah ready nak berambus esok?" ayat yang keluar dari mulut Fazrin sungguh menyakitkan hatinya. Wajah Fazrin direnungnya dengan pandangan tajam.

"Dah..."

"Baguslah..."

Then...krik-krik...krik-krik hanya sementara sebelum Fazrin kembali membuka mulutnya.

"Aku tak nak lepas ni kau datang kacau anak aku dan aku tak nak langsung kau muncul depan anak aku. Faham?"

"Ye..." malaslah aku nak menjawab panjang-panjang. Buat sakit tekak je.

"Rin memang langsung tak boleh nak beri peluang dekat Hanis ke?" Ryan menyampuk dari luar sebelum melangkah masuk ke dalam bilik anaknya.

"Kenapa pulak Rin nak kena bagi peluang dekat dia baba? Baba sendiri dah tahu kan apa yang dia dah buat?"

"Kalau asyik menghukum kesalahan manusia yang entah dia niat atau tidak, kita takkan bahagia."

"Rin akan bahagia kalau dia pergi dari sini."

"Jangan sampai Rin menyesal di kemudian hari..." satu peringatan diberi kepada anaknya. Kalau anaknya menyesal di kemudian hari, memang dah tak ada gunanya.

"Rin takkan menyesal..." tiga patah perkataan yang membuatkan Hanis tersenyum kecil. Senyum dalam sedih dan sinis. Kita tengok nanti kau sedih ke tak.






"KENAPA sedih-sedih ni? Sedih sebab dah habis pantang ke?" Fardiana pantas mencubit lengan suaminya. Tak ada maknalah aku nak bersedih sebab dah habis pantang. Tak pernah dibuat orang.

"Mana ada. Saya sedih sebab esok Kak Hanis akan keluar dari rumah ni. Kenapalah abang Rin keras hati sangat tak nak terima yang Kak Hanis tak bersalah dalam hal ni? Dah berbuih-buih mulut umi dengan baba cakap benda yang betul tapi abang masih tak percaya jugak."

"Lagipun Hanis tak buka mulut pasal benda yang dah jadi kan? Sebab tulah Fazrin tak nak percaya."

"Kalau Kak Hanis buka mulut sekalipun, saya tahu yang abang Rin takkan percaya. Tak tahulah kenapa abang Rin keras hati sangat. Kesian saya tengok Kak Hanis everyday makan hati dengan perangai abang Rin."

Setiap hari dia tengok Kak Hanis asyik termenung di tepi kolam dan ada sekali-sekalanya dia menangis. Bila aku datang memujuk, dia akan menangis. Kalau maksu memujuk sekalipun dia akan menangis jugak. Abang Rin pulak kalau pak ngah tegur dia macam-macam, dia buat tak tahu je.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now