ℬ𝒶𝒷 79

1.5K 38 2
                                    

Sejak dari malam itu, Hanis tidak pernah memunculkan dirinya lagi di hadapan keluarga Fazrin mahupun Fazrin sendiri. Malah, sebelum dia beredar keluar dari rumah malam itu, Fazrin dah pun memberinya amaran awal-awal supaya tidak menjejakkan kakinya ke situ lagi.

Apa yang dia mampu buat selama ni hanyalah memandang dari jauh. Dah serupa penculik pulak kan? Tapi, nak buat macam mana? Itu jelah cara yang aku ada untuk aku lepaskan rindu pada suami dan anak aku. Aku takut nak pergi dekat dah tak pasal-pasal pulak kena marah free.

Bibirnya tersenyum kecil melihat anaknya yang berada di dalam dukungan Fazrin sambil bawa mengelilingi kolam renang. Alangkah seronok kalau ada sekali waktu itu? Ah! Berhenti berangan Hanis!

"Kesian kau kan...tengok anak sendiri dari jauh..." satu suara yang menyapanya dari belakang membuatkan Hanis hampir terloncat dan menjerit sebab terkejut.

Bila dia menoleh, matanya membulat terus apabila gerangan papanya yang sedang berdiri di belakangnya.

"Papa!"

"Kenapa? Terkejut aku boleh ada dekat sini?" Encik Ahmad Farish Lee memandang anaknya dengan senyuman sinis.

"Papa! Tolonglah berhenti buat kerja bodoh ni dan Hanis merayu sangat dekat papa jangan apa-apa kan Fazrin dengan anak Hanis! Tolonglah..."

"Kau merayu bagai macam ni, suami kau akan terima kau balik ke?"

"Tak kisahlah dia nak terima Hanis dalam hidup dia ke tak tapi apa yang Hanis merayu sangat dekat sini tolonglah jangan apa-apakan diorang!"

"Huh! Kau sapa nak arahkan aku? Lagipun, kau masih ada beberapa hari untuk tengok suami kau dan anak kau berada dalam keadaan sihat sebelum kejadian tumpah darah berlaku!" Encik Ahmad Farish Lee terus beredar selepas berkata demikian yang membuatkan hati Hanis bertambah gusar dan risau dengan keselamatan anak dan suaminya.

Apa yang aku kena buat sekarang ni? Bagitahu pasal ni? Fazrin takkan percayakan aku bulat-bulat. Dia sorang je yang tak percayakan aku. Hanis! Kau kena jumpa jugak dengan baba dan bagitahu pasal ni. Lagipun, tadi aku sempat buka kamera dan rekod apa yang papanya cakap. Picit butang volume down dua kali dan slide ke kiri untuk pilih video kamera then tekan butang rekod. Simple! Nasib baik otak aku bijak jugak time cemas macam tadi. Bolehlah jadi bukti untuk baba dan polis.

Hanis berjalan menghampiri gate rumah lalu loceng rumah ditekan. Fazrin yang tadinya ralit main dengan anaknya, berhenti dan memandang ke arah gate. Siapa pulak yang datang?

Hanny melangkah keluar dari rumah menuju ke gate lalu gate dibuka. Tersenyum dia bila melihat gerangan menantunya yang sedang berdiri di luar gate. Fazrin menghampiri uminya dari belakang. Amarahnya mula meledak bila matanya memandang ke arah Hanis yang menyalami tangan uminya.

"Kau buat apa dekat sini lagi? Kan aku dah cakap dekat kau jangan jejakkan kaki kau lagi dekat rumah keluarga aku!"

Hanny menoleh lalu memberi amaran melalui matanya. Tak boleh ke nak cakap elok-elok dengan bini sendiri?

"Umi...mintak maaf kalau kehadiran Hanis dekat sini tak diundang tapi Hanis ada benda penting nak bincang dengan baba. Baba ada tak umi?"

Manakala Fazrin pula membuat isyarat kepadanya supaya pergi dari sini. Hanis hanya buat tak tahu dan buat-buat tak nampak isyarat mata dan mulut Fazrin.

"Ada! Masuklah..." Hanny menarik tangan Hanis masuk lalu menyuruh Hanis masuk ke dalam rumah dahulu.

"Rin...apa masalahnya kalau Hanis datang sini?"

"Rin tak suka!"

"Apa-apa pun dia masih isteri Rin dan menantu kepada umi dan baba. Kalau Rin tak suka dia, kenapa Rin tak lepaskan je dia? Dalam hidup ni Rin, kita kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah. Jangan sampai satu hari nanti, benda buruk terjadi dekat Hanis baru Rin nak menyesal. Time tu nak menyesal pun dah tak ada guna lagi," sempat lagi dia ceramahkan anaknya sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now