ℬ𝒶𝒷 4

1.4K 43 0
                                    

Fazrin duduk di kerusi kerjanya manakala Ryan pula duduk di kerusi berhadapan dengan anaknya. Menunggu fail maklumat butiran diri Hanis dari HR. Tok! Tok! Tok! Pintu ofis Fazrin diketuk dari luar. Encik Syafiq melangkah masuk ke dalam ofis Fazrin dan menyerahkan butiran diri Hanis kepada Ryan.

"Terima kasih Syafiq..."

"Sama-sama. Saya mintak diri dulu," Encik Syafiq beredar keluar dari situ.

Ryan menilik fail milik Hanis. Nama penuh Hanis Nadiya Bt Ahmad Farish Lee...umur 23 tahun. Lulusan marketing dari SEGi Universiti. Kepala Ryan terangguk kecil membaca maklumat peribadi Hanis.

Ahmad Farish Lee...nama yang sangat familiar dan aku takkan sesekali pernah lupa nama ni. Nama ni jugak yang dulunya pernah ugut nak seksa keluarga aku waktu Harith dan Fardiana berumur sepuluh tahun kemudian menyepi sampailah sekarang dia kembali hantar virus masuk ke dalam Ryan's Group.

Aku tahu Farish...kau takkan pernah mengalah sebab kau belum tahu kebenarannya. Typhon a.k.a. Ahmad Izzat pernah cuba contact Ahmad Farish Lee nak bagitahu perkara yang sebenarnya tapi dia yang tak nak dengar then terus menghilangkan diri sampai tak dapat dijejaki.

Sekarang? Dia dah muncul. Dia hantar anak dia masuk ke dalam Ryan's Group. Kau silap Farish kalau kau rasa aku tak tahu kau sedang cuba nak memerangkap keluarga aku melalui anak kau.

Tak apa...aku nak tengok sejauh mana sangat rancangan kau ni berjalan dengan lancar dan aku akan mudahkan urusan kau nak laksanakan plan tu.

"Baba? Baba ok ke? Kenapa baba senyap je?" Fazrin bersuara bila melihat babanya hanya diam menyepi sambil memandang maklumat butiran diri Hanis. Riak muka baba pun berubah.

"Baba nak Rin mintak Thalia inform dekat Encik Haikal yang baba nak jumpa dengan dia. Jumpa baba dekat ofis baba..."

"Untuk?"

"Baba ada hal sikit nak bincang dengan Encik Haikal. Tolong informkan sekarang..."

"Ok..." Fazrin tanpa banyak tanya terus menekan punat nombor 3 yang menyalurkan terus kepada Thalia.

"Ye bos? Ada apa?" suara Thalia di talian.

"Saya nak awak inform dekat HR yang baba saya nak jumpa dengan Encik Haikal sekarang. Baba tunggu dekat ofis dia..."

"Baik bos..." talian diputuskan.

"Oklah, baba ke ofis baba dulu. Kalau ada apa-apa nak bincang dengan baba, jumpa dekat ofis baba je," Fazrin sekadar mengangguk.

Nampak sesuatu sangat baba ni. Aku syak mesti ada kena mengena dengan Hanis sebab riak muka baba tadi serius sangat. Tapi, bila aku tengok balik butiran diri Hanis ni, aku macam pernah dengar nama Ahmad Farish Lee tapi dekat mana eh? Macam familiar sangat nama tu.

Argh! Tak payah fikir sangatlah Rin! Nanti-nanti jelah kau tanya dekat baba pasal tu.




BANGKOK, THAILAND.

RAID menghampiri mama dan papanya yang sedang bersantai di ruang tamu. Aku balik ni pun sebab mama ada call tadi cakap papa ada hal nak bincang dengan aku. Hal apa pun aku tak tahu.

"Pho tongkar/txngkar phud khuy keiyw kab arai phx/pho?" soal Raid sebaik saja punggungnya dilabuhkan ke atas sofa. (Papa nak bincang pasal apa?)

"Pho hwang wa Izz ca mi korth pho tha phud reuxng ni," ujar Tuan Arya sambil memandang anaknya. (Papa harap Raid tak marah dengan apa yang papa nak cakap ni.)

Dalam keluarga, mereka panggil Raid dengan panggilan Izz. Hanya family member sahaja yang panggil dia dengan panggilan Izz. Kawan-kawan ataupun orang luar akan panggil dia Raid.

"Man khux arai pho?" Raid mengerutkan dahinya. Dengar macam serius je apa yang papa nak cakap tu. (Apa dia papa?) (Sebutan khux bunyi macam ke.)

"Pho txngkar hi Izz taengngan," membulat mata Raid mendengar permintaan papanya. Permintaan apa ni? Papa nak aku kahwin? Tapi dah kenapa tiba-tiba? (Papa nak Raid kahwin.)

"Tapi kenapa papa? Papa sendiri tahu kan yang Izz tak bersedia lagi nak kahwin. Izz nak fokus pada kerja dulu."

"Papa tahu tapi pho txngkar hi Izz mi thayath khxng khrxbkhraw ni..." jelas Tuan Arya. (papa nak Raid ada pewaris untuk keluarga ni.) (Sebutan khxng-khong, khrxbkhraw-khrobkhraw.)

"Izz...ini je permintaan papa. Takkanlah Izz tak boleh nak tunaikan?" soal Puan Adresia lembut.

"Izz tahu mama tapi mama dan papa sendiri tahukan yang Izz memang tak bersedia nak kahwin lagi lepas apa yang jadi dekat Elleana?"

Tuan Arya dan Puan Adresia saling berpandangan. Tahu apa yang anak mereka rasa tapi sampai bila nak hidup dalam keadaan macam ni?

"Sebab tu papa mintak kamu kahwin. Kalau Izz tak nak carikan, biar mama dan papa yang carikan."

Raid mendiamkan diri.

"Izz?" tegur Puan Adresia.

"Huh?"

"Izz ok?"

"Ok...cuma Izz mintak masa je. Kalau Izz dah bersedia, Izz bagitahu mama dan papa nanti," Raid bangun dari situ lalu menuju ke biliknya.

Raid merebahkan badannya ke atas katil. Fikirannya masih melayang kepada permintaan papa. Langsung aku tak terfikir nak kahwin sekarang ni selepas Elleana pergi. Tapi, dah kenapa pulak papa tiba-tiba suruh aku kahwin ni? Bukannya papa tak tahu yang aku memang tak bersedia lagi nak kahwin. Haih...

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now