ℬ𝒶𝒷 30

1.2K 47 3
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Fardiana memandang imejnya yang siap sarung baju pengantin dan disolek oleh jurusolek. Wajahnya nampak berseri tapi hatinya? Tak ada siapa yang tahu. Dia dah jadi isteri kepada Raid dua jam yang lalu. Sekarang bersiap-siap untuk resepsi majlis pulak. Resepsi majlis dijalankan di halaman luas yang berhadapan dengan rumahnya. Resepsi majlis dijalankan serentak dengan abang Fazrin sekali.

Seketika kemudian dia termenung sendiri sambil memandai inai merah di jari. Ya Allah...betul ke apa yang aku buat sekarang ni? Tiba-tiba pulak rasa diri ni bodoh sebab ikut je perjanjian tu! Dian!!! Kenapalah kau baru nak bijak sekarang hah?! Kenapa kau tak bijak dari dulu lagi! Sekarang, memang dah makan diri kau sendiri!

Harith mengintai adiknya di sebalik pintu bilik yang terbuka sedikit. Nampak sedih je adik aku ni. Ke, sebenarnya dia tak nak teruskan rancangan kahwin ni? Harith berjeda seketika sebelum masuk kembali ke dalam biliknya dan mengambil kunci kereta. Kakinya diatur ke bilik Fardiana.

"Dian..." panggilnya perlahan.

"Abang Harith? Ada apa?"

Harith menarik tangan Fardiana lalu kunci keretanya diletakkan ke atas tangan adiknya. Fardiana pula memandang abangnya dengan pandangan tak faham. Dah kenapa abang aku bagi kunci kereta dia pulak ni?

"Kenapa abang bagi kunci kereta dekat Dian? Nak buat apa dengan kunci ni?" soalnya masih blur. Nampak sangat otak Fardiana ni bukan otak kaki lari.

Harith bertinggung di hadapan adik kembarnya lalu menghadiahkan senyuman kecil buat adik kembarnya.

"Abang tahu Dian tak rela dengan perkahwinan ni sebab terikat dengan perjanjian bodoh tu kan?" Fardiana mengangguk kecil.

Namun, tanpa mereka berdua perasan, baba mereka curi-curi dengar perbualan mereka berdua di sebalik pintu. Dapat dia dengar dengan jelas apa yang diborakkan antara Fardiana dan Harith.

"Sebab tulah abang bagi kunci kereta ni so that Dian boleh lari dari sini. Ok abang tahu yang sekarang ni Dian dah sah jadi isteri kepada Raid tapi this is your chance untuk lari dari dia. Dian larilah jauh-jauh ke mana pun. Yang selebihnya, biar abang yang uruskan. Abang tak sanggup tengok twinnie abang macam ni. Apa yang Dian rasa abang pun boleh rasa."

"Lupakan je perjanjian bodoh antara Dian dengan Raid. Dian sanggup ke nak hadap masa depan yang entah apa-apa tu? Fikirlah Dian. Apatah lagi syarat yang dia akan ceraikan Dian sebaik saja habis tempoh berpantang dan Dian langsung tak ada hak ke atas anak tu nanti. Dian! Itu betul-betul gila Dian! Please Dian dengar cakap abang? Lari dari sini Dian. Just go!"

Apa benda ni?! Perjanjian bodoh apa pulak antara anak aku dengan Raid?! Raid akan ceraikan Dian sebaik saja Dian melahirkan dan habis tempoh pantang? Dian langsung tak ada hak ke atas anak tu?! Kurang ajar kau! Jadi, kau bukan bersungguh-sungguh pun nak anak aku selama ni?! Patutlah aku rasa lain macam je hati ni bila Dian nak kahwin dengan Raid. Rupanya inilah puncanya. Tapi, kenapa Dian sorokkan semua ni dari aku? Kenapa dia langsung tak bagitahu aku pasal ni?

"Kenapa Dian sorok dari baba pasal hal ni hah?!" soal Ryan keras bila telinganya dah tak tahan dengar apa yang diborakkan anak-anaknya pasal perjanjian tu.

"Baba..." Harith dan Fardiana berkata serentak. Jantung diorang berdua tak payah cakaplah. Dah dup-dap kalah larian satu kilometre.

"Apa semua ni hah?! Dian?! Harith?! Apa benda lagi yang kamu berdua sorok dari baba?!"

"Baba..." Fardiana bangun dan berdiri di hadapan babanya. "Dian tak...tak bermaksud nak rahsia dari baba tapi..."

"Tapi apa?! Perkara besar macam ni pun Dian sorokkan dari baba?! Harith pun sama bersekongkol dengan Dian!"

Habislah baba dah naik angin!

"Kenapa Dian langsung tak bagitahu baba dan umi pasal semua ni?! Kenapa Dian sorok benda yang penting macam ni dari pengetahuan kami hah?! Dian ingat perjanjian ni boleh buat main ke?! Kalau baba tahu dari awal benda ni, jangan harap baba bagi Dian nikah dengan dia! Baba tak kira, baba nak bersemuka dengan dia dan baba nak dia ceraikan Dian!"

"Baba!"

"Dian! Dian anak baba dan baba nak yang terbaik untuk anak baba! Dian satu-satunya anak perempuan baba dan baba tak boleh tengok anak baba kena aniaya macam ni!"

"Baba..." Fardiana mencapai tangan babanya. Air mata mula berkumpul di kelopak matanya. Rasa sebak dan sedihnya tak mampu ditahan lagi. "Dian tahu awal lagi kalau baba tahu pasal perjanjian ni, baba akan mengamuk."

"Mananya baba tak mengamuk?! Dian kahwin dengan dia dan terikat dengan perjanjian bodoh ni?!"

"Baba..." nafasnya ditarik dalam-dalam. "Dian tahu kalau Dian cerita semuanya dekat baba, baba akan marah. Sebab tu Dian rahsiakan semuanya dari baba. Lagipun, Dian buat semua ni sebab..."

Matanya memandang babanya. Sebab...???




RYAN menghampiri Raid yang sedang bersembang dengan saudara-maranya. Mukanya tidak seketat tadi masa bercakap dengan Fardiana. Dia cuba untuk beriak tenang walhal hati sekarang dah panas terbakar lain macam bila dia makin dekat dengan Raid.

Tangannya didaratkan ke atas bahu Raid. Raid menoleh memandangnya lalu tersenyum. Aku pun tak tahu nak senyum ikhlas ke tak sekarang ni sebab sekarang apa yang aku tahu aku rasa macam nak letak penumbuk je dekat muka menantunya ini.

"Raid, baba ada benda nak cakap dengan Raid sikit..."

"Baba nak cakap pasal apa?" kenapa pulak muka baba serius lain macam ni?

"Boleh kita cakap dekat hujung sana?" pintanya. Raid hanya mengangguk dan mengikut langkah ayah mertuanya ke hujung khemah tetamu.

"Oklah, baba cakap straight to the point jelah ye? Sebenarnya baba tahu kenapa kamu nak sangat kahwin dengan Dian. Baba tahu setiap isi perjanjian yang kamu dengan Dian deal tanpa pengetahuan baba..."

Baba tahu?! Dian bagitahu baba dia ke?! Tak guna betullah dia ni. Yang pergi bagitahu baba dia dah kenapa?!

"Jujur baba marah dekat kamu sebab perguna anak baba demi kepentingan kamu. Tapi tak apa, baba akan buat win-win situation untuk pihak anak baba sebab baba tahu masa kamu deal dengan dia, dia tak mampu nak lawan kamu. Jadi, baba akan buat deal dengan kamu. Pasal perjanjian yang dah ditetapkan tu guna pakai macam biasa tapi baba nak kamu dengan Dian duduk dekat kondo yang baba dah beli untuk kamu berdua so that baba dan umi dapat jenguk Dian ataupun kalau Dian nak balik rumah baba everyday sekalipun, kamu kena benarkan.

"Plus, baba tak nak tengok satu tanda lebam pun ada dekat badan Dian. It's okay kalau kamu rasa baba tengah main-main sekarang ni dengan apa yang baba cakap tapi kamu belum kenal baba sepenuhnya. Setakat perjanjian bodoh yang kamu dah buat dengan Dian tu, baba boleh settlekan. Kalau tak cara halus, baba boleh guna cara kasar. Kamu jangan main-main dengan baba. Kamu belum kenal siapa Ryan Zarif yang sebenarnya. Kalau kamu buat Dian terluka sekali saja, baba boleh buat lebih dari kamu..."

"Oh ya...lepas je Dian dah lahirkan anak kamu dan habis berpantang...kamu akan lepaskan dia kan? Benda last yang baba mintak...kamu tinggalkan Fardiana untuk selamanya dan jangan pernah cari dia lagi sebab baba takkan izinkan kamu untuk jumpa dia lagi lepas tu," usai berkata, terus Ryan pergi dari situ. Aku tak main-main dengan apa yang aku cakap.

Kalau sekalipun aku terpaksa bunuh dia, aku akan buat demi anak aku, Fardiana. Aku takkan biarkan sapa-sapa pun senang-senang je sakitkan hati anak aku. Aku dah jaga dia selama 21 tahun dan sekalipun aku tak pernah sakitkan hati dia. Bila ada orang buat macam ni dekat anak aku, aku takkan lepaskan dia macam tu je.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now