𝓑𝓪𝓫 18

1K 41 0
                                    

Majlis dimulakan selepas solat Isyak. Staf Ryan's Group mula memenuhi khemah. Ziyad memberi ucapan di atas pentas selaku pengacara majlis. Hanis pula memantau segala persiapan makanan. Memang itu tugas dia dengan Kak Julie pun.

Tapi yang sebetulnya pasal pemantauan makanan apa ni tak ada pun dalam perancangan tapi ada benda yang dah diaturkan. Sebab tu Fazrin lantik Hanis sebagai pemantau makanan walaupun semua tu dah siap sedia dipantau oleh pihak katering.

Kak Julie? Dia jadi orang tengah untuk Fazrin. Segala gerak-geri Hanis akan dipantaunya. Apa yang Hanis buat semuanya akan dimaklumkan dekat Fazrin. Sebenarnya dia pun tertanya-tanya jugak kenapa Fazrin buat semua ni tapi malaslah nak ambik tahu sangat. Tak pasal-pasal kena gantung kerja.

Dari jauh Hanis terpandangkan orang-orang papanya merangkap orang dalam papa. Mata Hanis melilau mencari kelibat Fazrin dan keluarga Fazrin. Semuanya ada dekat khemah.

Tangkas Hanis menghantar mesej kepada papanya. Sekali-sekala matanya dilarikan ke sekitar kawasan majlis. Manalah tahu ada yang memandangnya dengan pandangan curiga.

Me: Line clear papa.

Papa: Okay...ingat! Tepat je pukul 10 malam Hanis datang ke tempat yang kita dah janji.

Me: Ok papa...

Selepas membalas mesej papanya, terus telefonnya ditutup dan disimpan ke dalam poket kain yang dipakainya.

Kak Julie memandang skrin telefonnya bila terasa getaran. Ada mesej masuk dari bos.

Bos: Hanis tengah mesej dengan seseorang ke tadi?

Pantas dia membalas mesej dari Fazrin.

Me: Ye bos tapi saya tak pasti pulak dia mesej dengan sapa sebab kalau jenguk lebih-lebih kang kantoi pulak.

Bos: Tak apa...saya tahu dia mesej dengan sapa.

Wow! Bos tahu? Bos aku ni ahli nujum ke?

Me: Ok bos.

Tak lama lagi, tikus akan termasuk sarang perangkap dari musuh sendiri. Ryan Zarif tidak sebodoh yang disangka.

TEPAT pukul sepuluh malam, Hanis mengatur langkahnya menuju ke bilik Fazrin. Orang-orang papanya dah siap menunggu di situ. Hanis berhadapan dengan papanya.

"Papa nak buat apa dengan bilik Fazrin?" tanyanya takut-takut. Cemas pun ada sekarang ni takut kantoi.

"Papa nak Hanis masuk dalam bilik Fazrin. Tunggu dalam tu sampai orang-orang papa bawak Fazrin balik ke bilik."

Dahi Hanis berkerut. Kenapa macam lari dari plan asal ni? Papa ubah plan ke? "Kenapa pulak? Bukan ini yang kita plan before this papa."

"Papa ubah rancangan. Takut rancangan yang pertama tu kantoi so papa ubah plan."

"Tapi kenapa Hanis kena masuk dalam bilik dia? Tak naklah!"

"Hanis masuk je dulu dan papa jamin tak ada benda yang buruk jadi dekat Hanis ok."

"Papa sure ke ni?"

"Sure."

"Ok..."

Bagus! Bagaikan lembu dicucuk telinga. Eh tak tak! Lembu dicucuk hidung. Turut je apa yang papa kau suruh. Yelah, perempuan kan? Sembilan nafsu satu akal. Itu yang tak boleh nak berfikir secara rasional.

"Bob dengan Don...perhati Fazrin dekat mana. Kalau nampak dia jalan sorang-sorang, terus serkup dia. Faham?" kedua-dua mereka hanya angguk mendengar arahan Encik Ahmad Farish Lee.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now