Tepat jam 9.30 pagi, Fardiana dah tercongok depan pintu ofis Raid. Sempat lagi dia membebel dalam hati pasal Raid. Sampai nak kena tandatangan agreement bagai! Menyusahkan hidup aku! Apa? Ingat aku ni jenis tak pegang pada janji ke? Serabut betullah dia ni.
Nafasnya dihembus perlahan lalu tangannya naik mengetuk pintu ofis Raid. Tangannya memulas tombol pintu bila terdengar arahan masuk dari dalam. Ketika dia melangkah masuk, dia terpandangkan Raid yang sedang membelek satu kertas putih. Sah! Aku rasa tu kertas perjanjian.
"Silakan duduk," tangan Raid ditunjukkan pada kerusi di hadapannya. Fardiana nak tak nak duduk jugak di kerusi hadapan Raid.
Raid menghulurkan satu kertas putih di hadapan Fardiana dengan sebatang pen. Matanya memandang reaksi Fardiana. Langsung tak ada reaksi minah ni. Hati kayu ke apa? Ah! Kisah pulak aku.
"Baca semua syarat perjanjian tu then sign dekat bawah tu..." bibirnya tersenyum sedikit ketika menuturkan itu. Syaratnya tak banyak tapi mungkin agak kejam pada Fardiana.
Fardiana meneliti satu persatu syarat yang ditulis atas kertas putih tersebut. Syarat dia tak banyak tapi mampu melukakan hati aku.
"Syarat-syarat ni aku akan guna pakai bila kita nak bercerai nanti."
Antara syarat-syarat yang dikemukakan Raid ialah:
1) Ryana Fardiana hanya diberhakkan untuk menjaga anak ketika masih dalam keadaan tempoh pantang. Selesai sahaja tempoh pantang, Ryana Fardiana anak tersebut haruslah diberikan hak penjagaan di bawah jagaan ayahnya tanpa bantahan. Ryana Fardiana tidak ada hak untuk menuntut hak penjagaan anak.
2) Ryana Fardiana tidak ada hak untuk berjumpa dengan anak kecuali diizinkan oleh Muhammad Zayne Izz Raid.
3) Ryana Fardiana akan diceraikan sebaik sahaja tamat tempoh berpantang.
4) Bayaran pampasan sebanyak tiga ratus ribu akan diberikan kepada Ryana Fardiana sebaik sahaja diceraikan.
5) Jika Ryana Fardiana berkeras dengan syarat-syarat yang disertakan, Ryana Fardiana boleh dikenakan tindakan saman.
Tiga ratus ribu? Harga diri aku ni hanya tiga ratus ribu ringgit saja ke? Sepanjang tempoh aku hidup selama 21 tahun, harga ini saja yang berbaloi untuk diri aku?
"Kenapa buat muka kerut macam tu? Tak setuju or kau ada syarat yang kau nak tambah? Tambahlah...aku tak kisah," ujarnya bila ternampak kerutan di wajah Fardiana. Syarat aku tak adalah kejam sangat kan? Sekurang-kurangnya aku bayar pampasan dekat dia.
"Tak ada syarat tambahan pun. Cuma tulah bila tengok balik dekat bayaran pampasan tu kan, murahnya harga diri saya ni. Sepatutnya bayaran pampasan tu lebih dari 1 billion untuk harga diri saya. Tapi kalau bos bayar saya 1 billion sekalipun takkan mampu melawan harga diri saya yang sebenar," Fardiana mencapai pen lalu tudung pen dibuka.
Mata pen dilarikan di atas syarat nombor empat lalu digaris panjang pada setiap ayat berikut. Memotong syarat tersebut.
"Terima kasih untuk bayaran pampasan tu tapi saya tak perlu pun semua tu. Cukuplah sekadar empat syarat sahaja. Pasal bayaran tu tak payahlah susah-susah keluarkan duit untuk perempuan yang murah harga diri macam saya ni yang hanya layak tiga ratus ribu."
"Habis tu? Kau nak berapa? 1 billion? Kau sapa nak mintak harga macam tu?" Raid membentak. Matanya dicerlungkan tepat pada wajah bersih Fardiana.
"Saya tak kata pun saya nak duit tu. Tak perlu. Sebab tu saya potong syarat tu. Duit tu simpan untuk masa depan. Cuma, saya nak tambah satu lagi syarat. Simple je."
"Tambah jelah."
Laju Fardiana menoleh syarat yang dikehendakinya. Hanya satu syarat yang simple untuk Raid. Kertas perjanjian dihulurkan kepada Raid selepas menulis syaratnya serta dengan tandatangan.
YOU ARE READING
THE RYAN'S
RomanceAMARAN! ⚠⛔Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh author!⛔ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪𝒊𝒌𝒈𝒖 𝑩𝒐𝒐𝒌 2: 𝑴𝒂𝒓𝒓𝒊𝒆𝒅 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒓.𝑪�...