ℬ𝒶𝒷 59

1.2K 39 1
                                    

"Dian, hari ni aku nak bawak kau pergi ofis aku. Kau siap-siap eh? Lepas je kita breakfast, kita gerak pergi ofis," ujar Raid sambil melipat sejadahnya dan disangkutkan ke penyidai.

"Errr...kenapa saya kena pergi pulak?" aku bukannya ada kena mengena dalam syarikat tu pun. Nak kata pewaris memang jauh sekalilah.

"Aku nak kenalkan kau dekat staf-staf ofis aku. Lagipun, dulu diorang ada tanya pasal kau. Diorang nak kenal jugak dengan kau so aku decide hari ni aku nak bawak kau jumpa dengan diorang."

"Hah? Errr...tapi...saya..." aku dah boleh bayang macam mana kalau aku meet and greet dengan staf ofis Raid nanti sebab faham-faham jelah. Diorang mesti akan meet and greet aku dalam bahasa Thai. Mampus aku nak menjawab. Kalau diorang tanya aku dalam bahasa Thai, aku nak jawab apa dowh?

"Apa? Kau takut diorang soal kau macam-macam dalam bahasa Thai?" cepat-cepat Fardiana mengangguk. Memang itu pun yang aku takut sebenarnya.

"Tak apalah...aku kan ada? Aku boleh jadi translator kau. Tapi, kalau kau cakap dalam bahasa Inggeris pun diorang faham je. Kalau kau tak faham apa yang diorang cakap, kau tanya balik dalam bahasa inggeris."

"Tapi..."

"Alah kau ni banyak tapi sangat. Tak ada apalah. Diorang tu semua baik-baik tau. Kita pergi eh?"

"Emmm yelah," kalau aku menolak sekalipun, Raid tetap akan heret aku pergi sana jugak.




SAMPAI sahaja di hadapan ofis Raid, badannya dah menggeletar dan tangan pun dah sejuk semacam. Bukan datang nak interview pun tapi gemuruh dia lain macam. Iyelah, ini pertama kali aku berjumpa dengan pekerja-pekerja Raid. Aduh! Masalah betullah bila jadi isteri bos ni. Semuanya pakat nak kenal belaka.

Raid mencapai tangan Fardiana lalu digenggamnya. Amboi! Sejuk lain macam je tangan bini aku ni? Serupa baru lepas pegang ais ketul.

"Sejuknya tangan kau. Rilekslah...kau datang bukan nak kena interview kerja pun."

"Masalahnya kalau saya masuk pun saya tetap kena interview dengan staf-staf awak jugak. Nervous tau!"

Raid tertawa bila riak wajah Fardiana berubah lagi keruh dari tadi. "Kau jangan risau. Staf aku baik-baik belaka. Diorang takkan berani kutuk kau. Trust me sebab pekerja-pekerja aku semuanya terlatih. Kalau ada masalah attitude, terus kena buang. No second chance. Jom masuk," Raid segera menarik tangan isterinya masuk ke dalam ofis.

Dari pintu masuk ofis lagi semuanya menunduk sedikit dan tangan kiri dan kanan bercantum di tengah dada tanda hormat kepada Raid dan Fardiana. Faham kan macam mana gaya orang siam menunjukkan rasa hormat diorang kepada tetamu dan orang atasan?

Sebaik saja kaki mereka melangkah masuk ke dalam ofis, semua staf yang tengah duduk terus berdiri dan memberi penghormatan pada mereka berdua sambil mengucap sawatdee ka/kap. Raid turut membalas dengan ucapan sawatdee kap.

Hah...sawatdee jelah yang aku faham sekarang ni yang bermaksud hello. Lepas tu apa yang diorang cakap tu langsung aku dah tak faham. Yang Raid pun satu, bukannya nak bagitahu aku apa yang diorang tengah sembangkan sekarang ni.

"Uiii! Suway mak-mak ley na ka!" puji salah seorang dari staf mereka. (Cantiknya!)

"Awak..." panggilnya dalam nada berbisik. "Suway apa benda entah diorang cakap tu apa makna?"

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now