ℬ𝒶𝒷 31

1.1K 38 2
                                    

"Kau sedih sebab papa kau tak datang hari ni?" soal Fazrin bila matanya terpandangkan raut wajah Hanis yang sedikit suram. Aku tahu pada hari yang penting macam ni mesti anak perempuan nak jugak orang tuanya ada sekali even orang tuanya buat tak peduli.

Tangannya melingkar di bahu Hanis. Cuba menyalurkan semangat kepada Hanis.

"Hanis...it's okay kalau papa kau tak ada dekat sini. Kau ada aku dan family aku dekat sini. Kau jangan risau ok?"

Hanis mendongak memandang Fazrin lalu bibirnya mengukirkan senyuman kelat. Memang betul aku marah dekat papa tapi tak semestinya marah aku tu berlarutan sampai sekarang. Pada waktu macam ni, memang aku nak papa ada sekali. Tapi nak buat macam mana kan? Sebabkan dendam yang tak habis, papa langsung tak muncul hari ni.

"Saya ok je. Jangan risaukan saya sebab saya tahu papa memang macam tu," ujar Hanis dengan payah. Tak apa, aku boleh terima semua ni. Dalam mimpi jelah aku nak nampak papa dalam majlis ni. Tahap benci dia dekat keluarga Fazrin bukan tahap biasa.

Yara merapati Fardiana yang ralit menyalami tetamu yang datang. Dia berdiri di sebelah Fardiana. Tumpuan Fardiana teralih kepada Yara, adik Raid.

"Kenapa Yara?" soalnya.

"Bosanlah...mama dengan papa sibuk bersembang dengan tetamu diorang. Yara tinggal sorang je. Tak tahu nak borak dengan sapa..." ujarnya dengan nada sedih. Alah, sebenarnya nak cari perhatian je tu.

"Biasalah Yara. Hari-hari macam ni memanglah parents busy nak layan tetamu. Tengok saya sudahlah dari tadi asyik senyum je dekat tetamu. Sampaikan rasa rahang ni dah nak jatuh," betul! Aku dah tak larat nak senyum sebenarnya. Dah rasa kebas apa semua cukup. Tapi, takkanlah bila tetamu datang nak salam dengan kita, kita tak senyum pulak kan? Kang kena cop pengantin sombong pulak.

"Yang dok menempel dekat isteri abang ni dah kenapa?" Raid berdiri di belakang mereka berdua. Yara dan Fardiana menoleh memandang Raid.

"Saja...takkan tak boleh kot?" suara Yara dah mula bosan. Sumpah bosan gila! Tak tahu nak buat apa sekarang ni.

"Tak boleh. Pai thi nan ngai. Phee mi reung khuy kab phrraya khong phee kap..." Yara mencebik kepada abangnya. Kata aku yang nak menempel dekat isteri dia! Walhal dia pun sama je. (Pergi sana. Abang ada benda nak cakap dengan isteri abang.)

"Sing thi phee tongkar thi cha phud khuy keiyw kab na ka?" (abang nak cakap pasal apa?)

"Yung na...pai diaw ni! Pai..." Raid buat isyarat mata kepada adiknya supaya beredar sekarang. (Sibuk...pergi sekarang. Pergi...)

"Ok...ca pai laew ni!" Yara buat muka merajuk. Mentang-mentanglah abang aku dah ada bini, aku pun dihalaunya. Huhuhu sedih! (Ok...Yara pergi sekarang!)

"Cakap apa dengan Yara sampai dia buat muka macam tu? Suara awak macam menghalau dia je tadi?" Fardiana menyoal bila nampak riak perubahan pada wajah Yara bila Raid bercakap dengannya tadi guna dialog siam.

"Tak ada apa pun. Tapi, sekarang ni aku ada benda nak cakap dengan kau!" suaranya tegas.

"Apa benda?" tapi aku rasa macam aku dapat detect apa yang dia nak cakap dengan aku. Mesti baba ada cakap something dengan dia ni. Kalau tak, muka Raid tak adalah seketat ni sekarang.

"Pandai kau eh? Nampak je polos tapi rupanya..." Raid tayang senyuman sinis. "Rupanya kau ni boleh tahan jugak game kau."

"Maksud awak apa?" memang sah baba ada cakap something ni.

"Kau jangan buat-buat tak fahamlah. Aku rasa kau dah tahu syarat apa yang baba buat untuk kita berdua. Ok! Sekarang ni kita ada dalam win-win situation sebab baba kau dah tahu perjanjian kita. Tapi, jangan ingat bila baba kau buat syarat macam tu, aku akan berdiam diri!"

Fardiana pulak yang tersenyum sinis dengan apa yang Raid cakap. Cakap besar je mamat ni. Kalau baba aku buka langkah dia sekali je, aku rasa dia takkan berani cakap macam ni.

"Macam nilah...saya rasa awak masih belum tahu siapa baba saya, Ryan Zarif. Kalau awak tahu siapa dia dulu, awak takkan berani cakap macam ni. Sejahat-jahat awak sekarang ni, baba saya sepuluh kali ganda boleh jadi jahat lebih dari awak. Saya tahu baba ada cakap sesuatu tadi dekat awak tapi saya nak ingatkan awak...baba saya boleh cakap lembut-lembut dengan awak pun sebab atas permintaan saya sendiri. Kalau saya tak mintak, saya rasa dah lama awak mati dekat sini sebab kena bunuh dengan tangan baba saya sendiri."

"Kalau awak ada niat nak buat benda yang tak baik dekat saya, baik awak lupakan sebab baba saya takkan lepaskan awak sampai bila-bila kecuali awak dah lepaskan saya nanti. Oh ya, pasal perjanjian tu jangan risau saya akan tunaikan jugak. Saya akan lahirkan awak anak dan lepas je habis tempoh pantang, saya akan serahkan anak tu dekat awak dan saya akan pergi. Tapi, awak pun kena ikut syarat saya yang dah ditetapkan dalam perjanjian tu. Ok? Awak jangan risau. Walaupun baba dah tahu semua ni tapi saya masih pegang dengan perjanjian kita tu."

"Aku nak kau ingat dalam kepala otak kau! Semasa tempoh kau jadi isteri aku, kau takkan pernah dapat layanan seorang isteri dari aku. Faham?" jangan harap aku nak layan dia baik-baik macam mana seorang isteri layak dapat layanan yang baik dari suaminya. Kau tunggu je!

"Saya langsung tak kisah sebab saya tahu kita kahwin ni pun bukannya sebab cinta tapi sebab awak dah gila! Ok?" tanpa menunggu balasan dari Raid, dia segera pergi dari situ.

Aku pun tak pernah berangan nak dapat layanan baik dari kau Raid sebab aku tahu kau akan layan aku buruk-seburuknya nanti.

"Dian..." bahunya dipegang dari tepi. Fardiana menoleh memandang abangnya. Abang??? Abang dengar ke tak apa yang aku cakap dengan Raid tadi?

"Are you serious?"

"Apa yang serius?"

"Dian...Dian boleh ke hidup dengan dia sedangkan Dian tahu kan macam mana layanan dia dekat Dian nanti?" Fazrin bersuara risau. Sungguh dia risau nasib adiknya nanti bila hidup sebumbung dengan Raid. Apatah lagi dia dengar dengan jelas apa yang Raid cakapkan dekat adiknya tadi.

"Abang jangan risau. Dia takkan berani buat lebih-lebih dekat adik sebab baba dah warning dia awal-awal lagi."

"Baba warning dia? Maksud Dian?" baba dah tahu ke pasal ni?

"Pasal surat perjanjian adik dengan dia dah kantoi dekat baba sebab baba terjumpa surat perjanjian tu."

"Baba tak mengamuk?"

"Tunggu lagi baba tak mengamuk. Sebab kantoi jugaklah buat adik rasa selamat sikit sekarang ni."

"Maksud Dian?"

"Baba dah buat syarat win-win situation. Kalau abang nak tahu, abang pergi tanya dekat baba sendiri. Adik malas nak buka cerita dekat sini..." Fardiana segera menuju ke rumah.

Win-win situation? Matanya mengerling ke arah Raid yang sedang bercakap dengan mama dan papanya. Agak-agaknya apa syarat yang baba dah buat? Aku kena tanya dekat baba lepas selesai majlis. Kalau nak tanya sekarang, memang tak kena masa sebab majlis belum selesai.

"Izz dengar cakap papa. Even Fardiana tu dah jadi isteri Izz sekalipun dan Izz ada hak ke atas dia, Izz jangan sesekali guna kekerasan ke atas dia. Walaupun dia isteri Izz tapi dia masih lagi anak kepada ayah mertua Izz sekarang. Kalau ada salah faham ke apa, bincang elok-elok. Jangan sakitkan hati dia."

"Baik papa..."

Walhal papanya tak tahu memang kehidupan Fardiana dengannya selepas ni takkan bahagia langsung dan tak akan ada layanan istimewa khas untuk si isteri. Aku takkan dera dia dari segi fizikal tapi aku akan dera dia dari segi mental.

"Mama tengok Fardiana tu baik orangnya. Bagi mama, tak wajar langsung kalau Izz ada niat nak sakitkan hati dia nanti. Mama harap sangat Izz boleh jaga dia dengan baik dan jangan pernah lepaskan dia. Ingat pesan mama ni Izz."

"Ye ma..."

Kalaulah mama tahu memang suatu hari nanti aku akan lepaskan Fardiana, agaknya apa reaksi mama? Marah? Kecewa? Mesti mama akan kecewa teruk dengan aku. Itu semestinya. Sorry ma...Izz tak dapat tunaikan permintaan mama. Suatu hari nanti mesti Fardiana akan sakit hati dengan Izz dan pastinya Izz akan lepaskan dia sebaik saja dia dah habis tempoh pantang.

THE RYAN'SWhere stories live. Discover now