"Aku terima nikahnya Nailazaara NurAfra Binti Yusuf dengan mas kahwinnya 10000 ringgit tunai. "
Sah... Sahhh... Semua yang ada menganggukkan kepalanya. Papa yang mewalikan aku memasang senyum dan bersamanya mengalir air hangat....kegembiraan mungkin.
Majlis kahwinku hanya biasa-biasa sahaja. Aku hanya bernikah di masjid dan selepas itu hanya ada kenduri kecil-kecilan. Tetamu yang hadir hanyalah saudara-mara dan yang rapat sahaja. Kenapa tidak besar-besaran seperti yang orang lain mahukan?... Kerana aku dan dia ada sebabnya.....
Aku mengucup tangan suamiku manakala dia hanya beriak biasa meletakkan tangan kirinya diubun-ubunku. Selepas ini kisah hidup yang akan aku jalani semestinya ada dia bersama disisi.... Meskipun tidak sehati.
•♦•♦•♦•
Bilik pengantinku terhias cantik dengan bau-bauan harum daripada kelopak bunga ros. Aku menutup pintu perlahan sebelum membuka suis lampu. Suamiku?.... Mungkin sedang berbual lagi dengan babaku di luar.
Aku mengambil tuala mandi dan pakaian ganti sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Aku berendam di dalam tab mandi dengan mata yang tertutup. Memikirkan hari-hari yang akan aku lalui selepas ini.
Selepas puas aku segera memakai pakaian baru. Rambut yang basah dikeringkan menggunakan tuala sahaja. Pintu bilik air kukuak perlahan. Ada dia..... Duduk dibirai katil dengan muka yang tidak beriak...
"Seronok berendam lama-lama?. Alang-alang tu keluar jelah esok pagi tak pun tahun depan. Tak keluar terus pun tak apa. " Perlinya lantas memasuki bilik mandi dengan kasarnya. Bahuku dilanggar sengaja.
Aku hanya mendiamkan diri. Tahu apa yang sedang dia rasakan tika ini. Kerana aku juga merasa hal yang sama seperti dia. Aku dan dia tidak rela.... Kami terpaksa..... Berhimpit dalam kepura-puraan yang entah bila akan menghilang.
Aku membaringkan tubuh di atas katil. Penatku masih bersisa. Mata yang memberat dibiarkan tertutup. Dan entah bila aku mulai melayang bersama mimpi yang mendamaikan.
"Awak bangun.. Subuh dah ni". Panggil aku sambil mengerakkan tubuh suamiku perlahan. Dia yang sedang berbaring disofa mengeliat kecil. Tanganku ditolak kasar.
"Aku tahulah nak bangun. Kau tak payah nak sentuh-sentuh aku". Makinya di pagi buta. Aku tidak membalas makian itu. Aku terasa dengan perlakuannya namun sekali lagi aku faham. Aku faham keadaan itu.
Namun begitu dia masih tetap mengimamkan aku. 'Aku berdoa Ya Allah, jika memang dia jodoh yang tertulis untukku. Aku redha... Kau bukakanlah pintu hati kami untuk saling menerima dan mengasihi antara satu sama lain'. Pohon hatiku seikhlasnya.
Sekali lagi aku menghulurkan salam selepas saja selesai solat. Dia tetap menyambut huluran tanganku.... Meskipun lambat. Aku memandang wajahnya lama. Tetapi tidak dia. Mungkin masih tidak mampu menerima semua ini.
. . . . . . . . . .
"Ha Zaara, mana suami kamu?. Ajak dia turun sarapan sekali". Tanya papa sambil melipat surat khabar yang baru habis dibacanya. Aku hanya mengagngguk sebelum bergerak ke arah bilik.
"Papa ajak sarapan. Jom turun". Ajakku tatkala terpandangkan wajahnya yang baru keluar dari pintu bilik. Dia tak membalas malah menonong melintasi aku terus ke arah meja makan.
"Ha Adam,kamu cuti berapa hari? ". Tanya papa sambil menguis-nguis nasi goreng didalam pinggan. Adam yang mendengar segera memandang wajah papa sekilas.
"3 hari aje pa. Petang ni ingat nak balik KL. Takut lama-lama banyak pulak kerja tertangguh". Jawab Adam menjelaskan kerjanya.
"Ohh tak apalah. Papa faham orang berbusiness ni. Zaara nanti jaga suami kamu ni baik-baik. Tempat seorang isteri disis suami". Ucap papa sambil memandang ke wajahku. Aku hanya mengangguk tanda memahami. Suamiku pula.... berpura-pura sibuk dengan makanannya tanpa menghiraukan aku yang memandangnya sesekali.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
Roman d'amourTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...