Zaara menjenguk ke arah luar pintu entah buat keberapa kalinya. Telefon ditangan setia dipegang dan kejap dibelek. Menanti panggilan mahupun sms daripada seseorang. Seketika dia terlupa.... Dia tak pernah ada no kau kan....ish lecehlah.. Sendiri yang tak bagi nak salahkan orang pulak.
Jam didinding dikerling sekilas... Tepat menunjukkan jam 2.30 pagi. Kelibat lelaki itu masih tidak muncul. Zaara kembali risau. Takkan pasal semalam kut dia terus merajuk lari rumah...
Zaara berfikiran negatif. Sejak pagi tadi sehinggalah sekarang lelaki itu masih tidak pulang... Risau dibuatnya. Jap... Jap.... Asal nak risau pulak Zaara. Kau masih sayangkan dia kan....
'Maaf abang ada kerja dekat Pahang. Tak dapat balik beberapa harini ☹️. Miss you a lot sayang😘. And also Dina😉'.
Mesej text dari Adam dibaca. Sedikit lega hati Zaara menerima khabar dari lelaki yang ditunggunya. Perlahan kakinya melangkah menuju ke bilik tidur. Melegakan hati yang sudah tenang. Takut sekiranya benar lelaki itu meninggalkannya sekali lagi.... Dia takut untuk kehilangan.
Jujur dikatakan... Semestinya kelakuan Adam sejak dia dibawa ke sini sangat baik dan sebagai suami yang penyayang. Zaara sendiri kadang kala tersenyum melihat wajah yang dirinduinya sekian lama itu. Hanya dalam ketidaksedaran lelaki itu sahaja memberanikan dirinya untuk mengamati setiap inci wajah itu.
Sungguh isteri mana yang tidak merindui belaian penuh kasih dan cinta yang diberi oleh suami sendiri walaupun retaknya hubungan buat seketika... Apa-apa pun dia masih seorang isteri yang memberi cinta hanya pada suami sendiri.
. . . . . . . . . . .
Adam memandang smsnya lama. Tiada balasan daripada pihak yang sana. Dia mengeluh seketika. Tanda baca sedia ada berwarna biru....
"Mungkin dia ngantuk sangat sampai sempat baca aje kut. Sedarlah Adam... Kau siapa untuk dia tunggu dan tercari-cari". Ucap Adam pada diri sendirinya. Seakan mengabarkan tentang hakikat yang satu itu. Earphone dicapai sebelum dipasang di telefon...
Aplikasi i music dibuka dan mencari lagu yang paling sesuai dengan perasaanya tika ini.... Semakin dia mendengar semakin dia terbuai... Terbuai dek rasa sedih yang menggunung...
"Adakah aku harus akhiri sahaja semua ini. Kerana kebahagiaannya terlihat lebih jelas tanpa kehadiran aku". Ucap Adam seakan mahu mengalah... Mata dipejam menghadirkan wajah Zaara yang tersenyum memandangnya.
Arghh senyuman itu.... Senyuman yang mengasyikkan dirinya untuk terus membelai dan setia disisi wanita itu... Adam mengangkat tangannya seakan mahu mengusap wajah itu.... Meskipun hanya dalam khayalannya sendiri.
Bunyi pintu dikuak membantutkan gerak tangannya. Tertanya siapa yang melawatnya lewat malam begini. Mata dibuka memandang tepat ke arah susuk tubuh perempuan yang sedang berdiri menghadapnya.
"Wow... Terharu bila cousin melawat i jam 3.25 pagi ye". Ucap Adam dengan riak terharunya. Music sudah dimatikan untuk fokus pada tetamunya.
Fiya hanya menjeling tajam wajah Adam yang sedikit pucat itu. " I seligi kepaa you nak?. Dah berapa lama menetap dekat bilik ni? ". Tanya Fiya dingin. Mangkuk tingkatnya dibuka satu persatu.
"Seriously Fiya.... You nak suruh i makan awal pagi ke ni?. ". Tanya Adam sekadar mengelak pertanyaan Fiya. Lagipun soalan ni memang dia nak tanya jugak. Logik ape makan awal pagi siak... Gemok doh nanti.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...