"Assalammualaikum ". Ucap Fiya dari depan pintu rumah Tengku Emma. Kelibat Natrah yang membuka pintu bersama segaris senyum dipandangnya.
"Sampai pun akak. Dari tadi Nat tunggu". Ucap Natrah sambil menyalam tangan mulus itu. Fiya membalas senyum. "Alah jalan jem tadi. Nak-nak hujan ni kan". Jawab Fiya menerangkan sebab kelewatannya.
"Tak pelah. Jom masuk". Ajak Natrah sambil menarik Fiya bersamanya untuk masuk kedalam rumah. Kelibat Tengku Emma dan Tengku Irfan menjamah pandangan mata.
"Mak long, pak long. Adam mana? ". Tanya Fiya tatkala menyedari akan seorang lagi yang tiada. Sambil itu tangan tua itu disalamnya sambil tersenyum mesra.
"Kejap lagi baliklah tu. Dia pergi kerja harini". Ucap Tengku Emma menjawab soalan Fiya. "Dia tak tahu ke Nat suruh kumpul ni?". Tanya Fiya lagi.
"Tak". Ringkas Natrah jawab. Fiya hanya mengangguk lantas mengambil duduk disebelah Natrah. Beberapa saat berlalu Natrah tetap diam.
"Err Nat nak cakap apa?. Kenapa tak cakap sepatah pun". Tanya Tengku Irfan pula memulakan bicara. Dah kumpul tak cakap pula anak bongsunya ini.
"Nat malu kut. Nak cakap pasal pakwe mat saleh dia ni". Seloroh Fiya sambil mencuit tangan Natrah disisinya. Natrah hanya tersengih.
"Pandailah akak. Natrah tunggu abanglah. Tak lengkap kalau abang tak de. Abang orang paling penting untuk tahu ni".
Ucap Natrah menjelaskan kebisuannya beberapa minit tadi. Yang lain hanya diam tidak memahami. Apa yang mahu disampaikan oleh Natrah sebenarnya.
Kelibat Adam di balik pintu mengamit perhatian. Natrah tersenyum. "Abang sampai pun. Lama kitaorang tunggu. Sini duduk. Nat nak cakap sesuatu".
Ucap Natrah teruja. Makin tak sabar nak bercerita. Wajah abangnya yang kusut dipandang lama. Namun Adam..... Pandangan sipi sahaja dipandang. Tak nak masuk campur.
"Abang nak naik. Penat ni". Ucap Adam malas. "Mana boleh. Benda ni penting. Abang kena dengar". Ucap Natrah mahu abangnya ikut dengar.
Adam mendengus geram. "Abang penat... Abang nak naik bil.... ". Belum sempat Adam menghabiskan kata ayatnya terlebih dahulu dipotong Natrah. Memeranjatkan semua yang ada.
"Adik dah jumpa akak. Akak Zaara. Abang tolong dengar. Kita sama-sama kembalikan akak zaara dalam keluarga kita. Kita kembalikan anak buah Natrah . Dalam hidup abang". Pinta Natrah bersungguh-sungguh.
Adam memaling pandang ke wajah adiknya. Mencari kebenaran yang mungkin terlakar. Dalam ketidak sedaran kakinya melangkah jua mendekati..
"Apa maksud Nat dah jumpa Zaara? ". Tanya Fiya pula inginkan jawapan. Macam mana Nat boleh jumpa sedangkan dia sendiri tak. Sedangkan mak long pak long pasang penyiasat pun boleh tak jumpa.
"Maafkan Nat terlebih dulu sebab tak bagitahu semua awal-awal. Nat jumpa akak Zaara dekat UK. Sebulan lepas Nat dapat sambung belajar sana 2 tahun. Time tu akak masih mengandung lagi.
Mummy, daddy... Punca Nat tak nak balik lepas habis study sebab kak Zaara. Nat nak jaga akak dekat sana. Nat nak selalu ada disisi akak sentiasa. Minta maaf dulu sebab Nat paksa mummy daddy untuk biarkan Nat tinggal dekat UK lebih lama dari yang dijanjikan. Jujur Nat tak tahu Nat akan jumpa akak dekat sana.
Nat dapat kerja sebagai doktor dekat sana. And percaya tak Nat yang sambut kelahiran anak buah Nat". Ucap Natrah mula menangis. Yang lain mendengar dengan teliti. Dan mereka juga menahan tangis mereka tetapi tidak abang. Air matanya sudahpun jatuh.
"Anak akak lemah... Mungkin sebab akak terlalu stress atau pernah tercedera. Tapi akak kuat. Walaupun time tu akak sendiri lemah dan akak dalam keadaan yang tak stabil. Akak jaga Medina setiapa masa. Akak baik sangat. Nat pernah dengar ada orang tanya pasal ayah Medina... Medina Nadra.. Tahu tak akak Zaara cakap apa?...
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomantiekTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...