Adam terkejut saat terlihat wajah Zaara yang sudah siap berpakaian pejabat di luar pintu biliknya.
"Sayang nak pergi mana?". Tanya Adam seakan tidak tahu. Bongok ke lembab laki aku ni. Aipp mengata suami tak baik...
"Nak pergi pejabatlah. Saya kan kuli kena patuh". Perli Zaara sambil berjalan menuju ke arah tangga. Agak terhincut dia berjalan. Sakit masih terasa cuma taklah teruk sangat macam putus kaki.
"Tak payahlah. Abang bagi cuti. Rehat je. Nak jalan pun susah macam mana nak pergi kerja ". Ucap Adam kasihan. Tak senang duduk kalau isteri dia macamni.
Buatnya makin teruk luka tu dah siapa susah. Walaupun lebam je tapi kira sakit la jugak kan. Over caring pula Adam ni...
"Alah Zaara nak kerja. Lama tinggal nanti bertimbun lah kerja. Please..... Lagipun dah tak sakit sangat". Ucap Zaara sambil melapikkan kedua tangan lagak merayu.
Adam berfikir lama sebelum menganggukkan kepalanya. "Tapi naik kereta abang". Ucapnya lantas memapah Zaara menuruni tangga. Zaara hanya mengiyakan tak mahu berbalah...
. . . . . . . . .
"Hai semua". Ucap Zarra ceria. 3 hari cuti membuatkan dia terlebih tenaga pulak nak kerja.
Sapaan Zaara bersambut baik namun ada sepasang mata yang mencerlungnya tajam.
"Asal kau ada lagi dekat sini?. Eh kau patutnya dah kena pecatlah. Tak sedar diri lagi ke. Meroyan eh nak kerja balik. Ke kau nak usya bos yang hensem tu. Mentang-mentang masuk kerja dari bapak dia kau nak ambil kesempatan. Kau dengar sini eh bos kita tu bakal tunang aku. Hak aku".
Maki Aina seakan tak puas hati. Gayanya lagak perempuan meroyan saja. Yang lain hanya memandang tanpa riak. Namun ada seseorang yang ketawa geli hati.
Seseorang yang mengetahui status sebenar Zaara. Seseorang yang terdengar perbualan Zaara dengan pemangku bosnya itu.
Zarra membuat endah tak endah saja dengan kata-kata Aina. Dia tahu Aina memang membencinya dari awal kerja lagi. Bab bakal tunang tu.... No komen..
"Oi kau pekak ke hah perempuan? " Jerkah Aina lagi. Panas hatinya kerana dilayan endah tak endah oleh gadis itu.
"Apa bising-bising ni? ". Muncul satu suara dari belakang Aina. Semua pekerja berdiri menunduk hormat. Zarra yang baru sedar juga ingin berdiri dalam terkial-kial.
"Takpe Zaara you duduk je. I tahu kaki you sakit". Ucap Fiya sambil menunjukkan isyarat tangannya.
"I tanya lagi sekali apa bising-bising tadi tu? ". Tanya Fiya ingin tahu. Selaku pemangku bos dia juga berhak tahu apa-apa yang terjadi dalam syarikat. Walaupun job rasmi dia adalah modelling tapi syarikat pun penting jugak...
"Zarra tu. Dia dah kena pecat tapi still kerja. And dia datang kerja sebab nak rampas bakal tunang i". Ucap Aina yakin. Tangan Fiya dipegangnya. Yang lain sudah menggelengkan kepalanya.
Aina bekerja di situ 2 tahun lepas tapi masih bebal. Kau ingat dapat kerja sini so bos-bos pun kau boleh buat gang ke. Bingai....
"Wait pecat. I tak dapat apa-apa berita pun. And i tak tahu pun you ada bakal tunang dekat sini? ". Ucap Fiya tak tahu apa-apa. Dia yang terlalu loading ke atau tak ambik tahu pasal pekerja ni.
"You ni Fiya pasal kawan you pun tak tahu.. Adam tulah i punya bakal tunang. And pasal perempuan ni pulak haritu uncle dengan aunty ada datang panggil Zaara. Lepas berapa jam uncle and aunty keluar dengan muka marah. Sah-sahlah perempuan ni buat hal kan".
Terang Aina dengan senyum jahatnya. Bahu Zaara ditunjalnya kasar pekerja yang lain hanya memerhati tak mahu masuk campur.
Fiya yang baru faham segera menarik kasar tangannya dari pegangan Aina. "Since when kita kawan?. Since when you bakal tunang Adam?. Since when pulak Zarra kena pecat tanpa pengetahuan i. And berani you panggil nama Tengku Irfan and Tengu Emma dengan panggilan uncle and aunty".
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomansaTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...