6 | ♦ Mimpi ♦ |

506 17 0
                                    

Zaara mengemas meja kerjanya. Sebulan sudah pun berlalu. Layanan mereka masih sama tetapi ada yang masih baik melayannya. Zaara tak kisah. Sekurang-kurangnya dia masih ada Fiya.

"Hai Zaara nak balik dah ke? "..Tanya Amna sambil mendekati meja kerja kawannya. Amna salah seorang rakan baru Zaara. Amna juga memang selalu dibuli dulu. Jadi dia faham rasanya macam mana.

"Haah lah Amna. Dah pukul 6 ni". Jawab Zaara sambil menghadiahkan senyum manis.

"Oklah. Aku pun nak balik. Jom keluar sama-sama". Ajak Amna lantas memaut lengan Zaara. Zaara hanya mengikut tanpa banyak songeh.

Dia tak risau kalau rahsianya terbocor. Kerana dia dan Adam menaiki kereta asing. Adam membelinya sebuah kereta untuk kegunaannya sendiri. Kata Adam dia bukan selalu ada dipejabat untuk jemput dan hantar aku. Aku faham....

Kereta myvi aku pandu terus ke rumah tempat tinggalku. Suamiku masih belum balik. Mungkin ada hal di syarikat. Aku mengeluh sebelum menapak ke bilik tidur. Siap menyucikan diri aku mengemas dan memasak yang sepatutnya.

Jam menunjukkan pukul 10.30.Pintu ku lihat lama. Adam masih tak kunjung tiba. Kemana lelaki itu pergi.

Telefon diraih dan nombor Adam aku dail. Panggilanku bersambut namun apa yang kedengaran dicorong telefon memeranjatkan aku. Dia didalam kelab malam dengan lagu yang membingitkan. Suara manja perempuan-perempuan kedengaran disetiap sisi. Aku beristighfar....

Talian kumatikan. Mulut ditekup dek terkejut dengan perlakuan suamiku ini. Aku menangis mengenangkan perlakuannya ini. Sungguh aku tak menahu.

2 pagi... Pintu rumah diketuk berkali-kali dengan kasarnya. Hati ragu untuk membuka namun sebaik mendengari namaku dipanggil aku tahu itu siapa. Adam.....

Aku membuka dan muncullah wajah Adam yang sedang dipeluk seorang lelaki. Adam kelihatan khayal mungkin penangan daripada air mabuk itu.

"Maaf Zaara, Adam ni yang degil nak pergi zouk tu. I dah nasihatkan dia. Tadi pun dia call i suruh jemput dia" .Ucap lelaki itu menerangkan situasi sebenar. Dia tahu perempuan cantik ini adalah isteri sahabatnya. Kerana Adam sering menceritakan kepadanya.

"Takpe. Terima kasih tolong bawa Adam balik Dengan selamat. Maaf susahkan awak". Ucap Zaara lantas meraih tubuh sasa Adam dalam pelukannya.

"Awak perlukan pertolongan? ". Tanya Ikmal tak sanggup melihat gadis kecil itu memcempung Adam yang berat.

Namun penolakan dari gadis itu membuatnya mengangguk faham. Kunci kereta Adam diserahkan sebelum Ikmal berlalu pergi. Pintu rumah ditutup dan dikunci Zaara.

Tubuh suaminya masih setia dalam pelukan. Dengan kudrat lemahnya dia membawa tubuh suaminya ke sofa. Tak mampu menaiki tangga terus ke bilik.

Selimut dan bantal dari dalam bilik tetamu diambil dan diletakkan di tubuh suaminya.

Duduk dilabuhkan disis suaminya. Rambutnya dibelai. Bau arak masih ada namun cuba diendahkan.

"Adelia...... Zaara..... Zaara..... Pergi.. Pergi kau dari sini. Aku benci kau....". Rintih Adam dalam tidurnya. Mungkin mimpi ngeri.

Tapi tidak bagi Zaara. Dia seakan merasa suaminya benar-benar mahu dia pergi. Dia tak mampu menahan. Entah sampai bila dia harus begini. Hidup dalam ketidakpastian. Cintanya bertepuk sebelah tangan....

Perlahan Zaara memalingkan wajah mencari kekuatan yang bersisa. Tak mampu menatap wajah Adam lebih lama . Selamat malam. Ampunkan dosa-dosa saya harini. Assalamualaikum suami saya". Ucap Zaara seperti selalu. Pipi suaminya dikucup lembut.

Kali pertama kata-katanya dihiasi dengan wajah nyenyak suaminya. Entah bila lagi dia dapat peluang seperti ini.

"Ya Allah ampunilah suamiku. Berikanlah dia hidayah untuk terus mencintai dalam melakukan amalmu dan zahirkan kebencian dalam hatinya untuk berbuat mahupun mendekati maksiat". Doaku pilu. Wajah Adam kuusap perlahan. Selimut ditarik menutupi tubuh sejuk itu. Kepalanya diletak diatas meja dan Zaara tidur walaupun dalam keadaan duduk.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now