3 | ♦ Luka ♦ |

532 19 2
                                    

Aku membelek jam loceng disebelahku. 6.15 pagi. Aku menenyeh mata yang bersisa dengan  rasa mengantuk. Aku bangun dari perbaringan menuju ke arah bilik air. Aku mandi lantas mengambil wuduk untuk solat subuh.

"Ya Allah, andai dia sememangnya jodohku kau wujudkanlah rasa cinta antara kami. Jika dia bukanlah yang terbaik kau tunjukkanlah jalan yang sebenar mengenai ikatan perkahwinan ini. Dia lelaki yang baik.... Selayaknya dia untuk mendapat bidadari dunia yang baik. Hanya kepadamu hambamu ini meminta kerana engkaulah sebaik tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang". Doaku sebelum mengaminkan doa tersebut.

Seperti biasa aku mengaji sebelum mula membuat sarapan pagi. Semasa melintasi bilik Adam aku berkira-kira untuk mengejutnya solat. Aku akhirnya berlalu sahaja. Mungkin dia sudahpun bangun bersiap untuk pergi kerja.

Roti sandwich dan mi goreng terhidang di atas meja. Rambut yang mengurai ku ikat sanggul. Kelibat suamiku kelihatan di tangga. Menuruni perlahan.

"Awak jom sarapan. Saya dah masak ni". Ajakku seraya tersenyum meski mengetahui Adam sedikitpun tidak memandang.

"Aku breakfast luar. Kau makanlah sorang". Jawab Adam segera berlalu pergi meninggalkan Zaara yang termangu sendirian. Hatinya sakit. Seakan terhiris dek tajamnya pisau. Namun dikuatkan. Nama Allah meniti dibibir berulang kali memohon kekuatan dan kesabaran.

. . . . . . . . . .

"Bro okay tak? ". Tanya Ikmal tatkala terpandangkan rakan karibnya yang seakan rungsing itu. Berkerut semacam aje. Nak kata klien semua projek dapat kut. Ada masalah apa lagi.

"Entahlah bro. Aku stress pasal  perkahwinan aku ni. Mummy ,daddy and papa perempuan tu asyiklah cakap jaga perempuan tu elok-elok. Dia dah besar jagalah diri sendiri". Keluh Adam rimas.

"Lah memanglah dia da besar. Tapi dia wife kau. Tanggungjawab kau untuk pastikan dia baik". Jawab Ikmal akan apa yang terlintas di benaknya.

"Kau ni tak faham bro. Aku dengan dia kahwin bukan sebab cinta. Semuanya aturan our parents. Aku malas tau tak. Kau tau kan aku ada Adelia". Bentak Adam agak kuat. Panas hatinya tatkala ini.

Semua idea kolot mummy and daddynya. Old fashion betul. Zaman sekarang dah tak ada lah orang kahwin sebab aturan keluarga lagi.

"Kau ni chill la. Aku tahu kau ada Adelia. Tapi kau yakin ke Adelia tu ade rasa yang sama. And lelakikan boleh kahwin empat. So kau tetap dapat Adelia". Cadang Ikmal tanpa berfikir panjang.

"Gila... Memang taklah aku nak menduakan Adelia. Aku akan ceraikan perempuan tu baru aku pinang Adelia". Usul Adam bernas. Senyum jahat sudah terpasang. Memikirkan hari bahagianya dengan Adelia.

"Ikut kaulah bro. Aku malas nak sembang lebih. Ini hal rumah tangga kau. Cuma kadang-kadang permata tu dah ada depan mata tapi orang tetap nak kejar kaca. Lagipun aku percaya takdir yang bawa kau dengan wife kau untuk bersama". Ucap Ikmal malas mahu berkata apa-apa lagi.

Kakinya telah melangkah keluar dari pejabat rakannya. Makin dilayan makin mengarut Adam cakap. Bergegar Arasy sebut pasal cerai ni. Masjid dah bina nak runtuhkan pulak.

Adam hanya memandang pemergian sahabatnya tanpa riak. Sedikit terasa dengan kata-kata yang keluar daripada Ikmal. Tapi dia dah lama dengan Adelia. Dia dah cinta mati dengan perempuan itu. Tak mungkin akan ada yang dapat menghalang hubungan mereka.

Telefon dipandang. Senyum dipasang tatkala terlihat nama yang terpapar. Mesej dibuka lantas membaca isi kata yang diterima.

"Jom keluar nak malam ni. Bosan lah".

"Okey" .Reply Adam dengan lajunya. Sekurang-kurangnya dia tak perlu menghadap wajah perempuam itu malam ni.

                                   •♦•♦•♦•

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now