16 | ♦ Sayang ♦ |

415 13 1
                                    

Esok genap setahun perkahwinan aku dan Adam. Esok anniversary yang paling aku tunggu. Kerana esok akan aku luahkan rasa aku pada Adam. Selama 3 bulan dia melayanku baik. Seikhlas mungkin dia menunjukkan rasa cintanya. Dan aku ingin mempercayaimya.

Tepat jam 12 akan aku luahkan penerimaanku. Aku dan Adam akan mulakan hidup baru dengan bahagia. Senyum terpasang tak sabar menanti hari malam.

Perut diusap perlahan. "Anak mama akan tambahkan lagi rasa bahagia papa dengan mama malam ni dan hari yang akan datang. Terima kasih sayang mama".

Ucap Zaara sambil tersenyum. Perut yang masih kempis diusap lembut. Terbayang bahagia yang bakal tiba. Segala juadah kegemaran Adam telah siap dimasaknya.

Hari masih siang. Telefon diraih dan nombor Fiya didail. Hanya beberapa saat telefonnya telah bersambut. "Fiya jom jumpa". Ajak Zaara tatkala suara Fiya kedengaran dicorong telefon. Persetujuan dicapai.

Zaara segera bersiap menuju ke destinasi yang ingin dituju. Tak sabar rasanya untuk malam ini tiba....

. . . . . . . . . . .

"Hai Zaara. Ha nak apa ajak jumpa ni?". Tanya Fiya sambil memeluk wajah yang dirinduinya itu. Senyuman sudah lama menghiasi wajah cantik itu.

"Haihh awak ni. Saya nak ajak awak jalan-jalan. Tolong hilangkan nervous saya untuk malam ni". Ucap Zaara sambil memeluk erat batang tubuh Fiya.

"Malam ni. Kenapa you nak buat something ke malam ni? ". Tanya Fiya sambil meletakkan jari jemarinya didagu gaya berfikir. Sengih nakal sudah terpasang.

Zaara yang memahami otak kotor Fiya itu segera meluku kepala Fiya perlahan. "Otak awak behave eh. Malam ni anniversary sayalah. Saya nak luahkan rasa saya dekat Adam. Saya dah sedia nak bina hubungan baru dengan dia. Masa yang saya mintak dari dia saya akan tamatkan malam ni" Terang Zaara membetulkan pemikiran Fiya.

Fiya yang mendengar hanya tersengih lagak kerang busuk. Orang gurau jek... Janganlah ambik serious...

"Akhirnya Zaara kesayangan saya ni akan hidup bahagialah nampaknya. I melepas lah ni untuk dapat Adam". Rengek Fiya sekadar bergurau.

Zaara yang sememangnya tau dengan perangai sengal Fiya hanya tertawa geli hati. "Ohh ada hati dekat suami kita eh". Seloroh Zaara sekadar menyambut gurauan yang dimulakan Fiya.

"Erkkk tak ada makna der. I tak naklah kahwin dengan sepupu i sendiri. Tak berkembang keluarga i. Lagipun i taknak anak i nanti jadi bengong macam Adam". Jawab Fiya sambil menjuihkan bibir.

Berani bengongkan laki aku minah ni.. Amboii mulut... "Alah Fiya kalau anak awak tak ikut Adam dia tetap ikut awak. Bengong juga jadinya". Sambung Zaara sambil tergelak lebar.

Wajah Fiya yang membulat matanya menambahkan gelak tawanya. Fiya juga ikut ketawa kerana ada benar apa yang diucapkan Zaara itu.

"Eh dahla apa cakap pasal i dengan Adam sewel tu. Patut cakap pasal you dengan dia. Ha ni nanti cepatlah bagi i baby". Ucap Fiya sambil mengelap air matanya yang keluar kerana ketawa tanpa henti.

Zaara yang mendengar hanya tersenyum... "Hmmm... Awak tunggu ajelah yang dalam ni keluar". Ucap Zaara sambil mengusap perutnya.

"Apa maksud you tunggu dalam ni keluar?". Tanya Fiya blur. Apa yang dalam perut.. Jap... Jap babylah kan kalau dah diusap gitu. Takkan usus pulak...

"Maksud you baby ke?.  Oh my god i akan jadi makcik la ni. Tak sabarnya". Jerit Fiya teruja. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan.

"Kalau macamtu i nak bagi something dekat babylah". Ucap Fiya sambil mengusap perut Zaara. Walaupun masih kempis tetapi dia tahu ada janin yang hidup.....

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now